Johnny Depp Bakal Pegang Watak Joker Dalam Batman Baharu Versi Robert Pattinson?

Pelakon legenda, Johnny Depp dikatakan antara nama yang disenarai dalam pilihan untuk memegang watak Joker dalm filem Batman pertama Robert Pattinson.

Dalam kebanyakan filem superhero, wira biasanya menang dalam pertarungan melawan orang jahat, dan penjahat biasanya mati.

Biasanya… .tetapi tidak selalu. The Joker, penjahat dalam kategori super villain yang terkenal, adalah contoh klasik.

Dia mungkin dikalahkan tetapi entah bagaimana selalu kembali untuk bertempur melawan musuh tradisinya dalam sekuel Batman.

Tanpa ragu, Joker telah menjadi antihero kegemaran kita semua. Melangkau pagar moral untuk memunculkan francaisnya sendiri, kita sudah mulai bersikap empati dengannya ketika kita mengetahui kisahnya yang unik dan memahami sebab-sebab di sebalik kecenderungannya terhadap keganasan.

Dan Joker kini diakui sebagai ikon budaya pop sejagat yang sangat disayangi, super villain berambut hijau yang unik dengan senyuman cacat yang melekat di wajahnya yang penuh tragik.

Tidak perlu dikatakan banyak sangat, kerana kita semua sudah terbiasa dengan kisah Joker, seorang pelawak berdiri dengan bercita-cita yang telah dilayan buruk oleh orang-orang di sekelilingnya.

Lalu dia mempercayai bahawa dunia ini tidak ada keadilan langsung setelah dia mengabdikan sebahagian besar dalam hidupnya untuk melakukan kebaikan sepanjang hidupnya.

Kehidupan kejahatan menawarkan ganjaran yang lebih besar dan tiket lebih baik untuk membalas dendam.

Johnny Depp sebagai Joker?

Yang terbaru dalam francais filem akan dibintangi oleh Robert Pattinson sebagai Batman dan diarahkan oleh Matt Reeves.

Reeves dilaporkan bakal meletakkan tanggungjawab di bahu Johnny Depp untuk memaiknak peranan Joker yang terkenal itu.

Johny Depp akan berpeluang menempatkannya dirinya di kalangan nama nama pelakon Joker legenda seperti Heath Ledger dan Joaquin Phoenix, yang memenangi Oscar baru baru ini.

Pada masa ini, Batman sedang menjalani penggambaran di UK, walaupun – seperti banyak produksi lain – terhalang dan ditangguhkan oleh wabak yang melanda.

https://twitter.com/anuragpaathak/status/1261960263038676992

“The Batman” versi Reeve dilihat memilki super villain yang sangat tinggi reputasinya untuk memperkuat ceritanya, selepas apa yang disajikan oleh Joker kepada peminat dalam filem Joker sendiri sebelum ini.

Kisah Joker telah berkembang berdasarkan pelakon yang memainkan peranan. Heath Ledger yang mirip kepada lelaki psiko, Jared Leto, lelaki yang kesepian dan antisosial.

Manakala Joaquin Phoenix pula lelaki yang sakit mental. Setiap pelakon telah menawarkan watak unik yang menambahkan makna yang lebih mendalam.

Oleh itu, para peminat tidak sabar untuk melihat bagaimana pelakon Captain Sparrow akan berubah menjadi Joker.

Depp telah membuktikan berulang kali bahawa dia dapat menjadikan watak-watak yang dimainkannya ikonik dan tidak dapat dilupakan. Beliau seringkali disolek untuk menjadi apa sahaja watak.

Jadi apa yang boleh kita harapkan dari Joker versi Depp?

Peranan paling ikonik Depp melalui karier lakonannya termasuk Kapten lanun yang baik hati – Jack Sparrow – di Pirates of the Caribbean, dan Mad Hatter di Alice in Wonderland.

Dalam peranan Kapten Jack Sparrow, dia berkongsi sisi liar dan tidak dapat diramalkan, mungkin ia boleh menjadi unsur-unsur yang dapat dia masukkan untuk Joker.

Dengan gaya Mad Hatter mungkin ia Joker yang kita harapkan untuk melihat wajah Depp ditutup dengan make-up, bermata lebar dan tidak dapat diramal tindak tanduknya, tetapi kali ini dengan lebih banyak motivasi untuk menyebabkan kerosakan dan kekacauan.

Anehnya, ini bukan kali pertama Depp dipertimbangkan untuk memainkan peranan sebagai penjahat super (super villain); namanya disebut sebelumnya untuk The Dark Knight sebelum Heath Ledger ditawarkan peranan itu.

Ya, sudah ada peminat yang teruja untuk melihat Joker versi baru Depp, tetapi ianya masih belum disahkan dari mana-mana pihak bahawa pelakon Pirates of the Caribbean itu sebenarnya akan menjadi watak antagonis dalam The Batman.

Namun, jika khabar angin itu benar, agak menarik untuk melihat bagaimana versi baru francais yang disukai ini ramai ini, yang menampilkan Johnny Depp sebagai Joker.

Seperti biasa, di sebalik ramai yang setuju, ramai juga yang tidak setuju. Malah mereka merasakan Depp sebagai Joker dalam filem Batman yang menjadikan Robert Pattinson sebagai hero, adalah satu malapetaka.

Korang pula macamana?

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi