[VIDEO] Jojo Melepasi Tekanan Dengan Skil Draw And Close Move Yang Memukau

Jorginho telah melakukan satu skil draw and close move yang padu dalam aksi berhadapan dengan Belgium. Di mana Jorginho ataupun nama manjanya Jojo telah melepasi tekanan daripada lawannya dengan drag bola ke belakang dan kemudian menolaknya semula ke hadapan.

Peminat bola sepak mulai memanggil Jorginho sebagai Jojo, selepas Eden Hazard memberikannya nama itu.

Sejak daripada hari itulah orang memanggil Jorginho dengan nama sahabat baik Didi dan Nana itu.

Berbalik kepada aksi hebat Jojo semalam, beliau telah melakukan skil yang sangat tenang dan efekti. Dan skil tersebut diiktiraf sebagai skil terbaik untuk aksi hari pertama suku akhir Euro yang melibatkan 2 perlawanan semalam. Saksikan di sini:

Jorginho terus menjadi nadi penting Itali dalam membantu negaranya mara sehinga ke separuh akhir Euro 2020.

Itali menyingkirkan cabaran Belgium dalam suku akhir dengan kemenangan 2-1. Di mana dua gol Itali adalah menerusi Nicolo Barella dan Lorenzo Insigne. Manakala gol tunggal Belgium adalah menerusi penalti Lukaku.

BACA JUGA: Netizen Kagum Lihat Chiellini Tersenyum Puas Berjaya Hadang Rembatan KDB Dengan Mukanya 

Seorang pertahanan sejati akan merasa puas apabila berjaya menghadang bola daripada masuk. Chiellini menunjukkan kepada dunia erti sebenar seorang pertahanan yang sanggup bergadai nyawa di atas padang daripada dibolosi.

Dalam aksi di antara Belgium dan Itali, satu detik di mana Kevin De Bruyne melakukan rembatan deras yang tepat ke muka Chiellini.

Namun pertahanan otai itu menganggap ia satu kesempatan berbanding dengan malapetaka. Ada sesetengah pertahanan akan mengelak bola tersebut. Tidak bagi Chiellini terutama sekali apabila negara kamu melahirkan pertahanan legenda seperti Maldini, Baresi, Cannavaro dan ramai lagi.

Chiellini dengan berbesar hati menadah mukanya untuk menghadang percubaan De Bruyne itu. Selepas itu, De Bruyne melihat ke arah Chiellini untuk memastikan pemain itu ok.

Chiellini dengan tersenyum puas berjaya menghadang bola itu daripada masuk.

Tekan link ini untuk melihatnya:

Keadaan itu membuatkan ramai peminat kagum dengan semangat juang dan kekentalan pertahanan veteran Itali itu yang mungkin akan beraksi pada Euro terakhir dalam kariernya.

NineRole berkata: “Chiellini menyambut sepakan jauh De Bruyne tepat ke kepalanya dan mulai tersenyum. Dia monster!”

Ramai lagi memberikan reaksi ke atas tindakan Chiellini itu.

Itali 2 Belgium 1

Perlawanan yang menarik berlangsung ketika pasukan nombor 1 dunia, Belgium menghadapi pasukan kebangsaan Itali di Fussball Arena Munich pada perlawanan suku akhir Euro 2020.

Itali menang 2-1 ke atas Belgium. 2 Gol Gli Azzurri dijaringkan oleh Nicolo Barella dan Lorenzo Insigne. Sementara itu, gol Belgium oleh Romelu Lukaku. Sekaligus meneruskan rekod cemerlang di bawah Mancini.

Kedua-dua pasukan menunjukkan semangat melawan dan saling menyerang. Leonardo Bonucci berjaya menjaringkan gol pada minit ke-13. Malangnya gol itu tidak dibenarkan setelah pengadil melihat VAR kerana Giorgio Chiellini berada di kedudukan offside sebelum gol itu berlaku.

Namun Itali tetap mendapat gol pertama mereka pada minit ke-31 menerusi Nicolo Barella. Dia melakukan sepakan deras yang menewaskan Thibaut Courtois.

Minit ke-44, pasukan kebangsaan Itali menjaringkan gol kedua mereka sebelum rehat. Kali ini menerusi Lorenzo Insigne dengan rembatan lencongan yang lawa.

Sebelum babak kedua berakhir, pasukan kebangsaan Belgium mendapat penalti. Giovanni Di Lorenzo mengasari pemain yang memberikan masalah utama kepada Itali iaitu Jeremy Doku. Romelu Lukaku, yang menjadi pelaksana penalti tersebut, berjaya menjalankan tugasnya dengan baik.

Separuh masa pertama berakhir 2-1 memihak Belgium.

Pada separuh masa kedua Itali dan Belgium kembali bermain dengan aksi terbuka. Berberapa siri serangan dan ciptaan peluang berlaku. Namun tidak ada tambahan gol.

Itali berjaya bertahan dengan baik pada babak akhir. Dan memastikan mereka mara ke separuh akhir.

Barisan pemain

Belgium: Thibaut Courtois; Toby Alderweireld, Thomas Vermaelen, Jan Vertonghen; Thomas Meunier (70, Nacer Chadli), Axel Witsel, Youri Tielemans (70, Dries Mertens), Thorgan Hazard; Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku, Jeremy Doku

Itali: Gianluigi Donnarumma; Giovanni Di Lorenzo, Leonardo Bonucci, Giorgio Chiellini, Leonardo Spinazzola (79, Emerson Palmieri); Nicolo Barella, Jorginho, Marco Verratti (74, Bryan Cristante); Federico Chiesa (90, Federico Chiesa), Ciro Immobile (74, Andrea Belotti), Lorenzo Insigne (79, Domenico Berardi)

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai