Jorge Mendes Minta Man United Lanjutkan Kontrak CR7, Agar Dia Boleh Main UCL Secara Pinjaman

Semalam Cristiano Ronaldo telah bertemu dengan pengurusan tertinggi Manchester United. Dia kembali semula ke Old Trafford selepas cuti khas diberikan kepadanya berikutan ada masalah keluarga menurut kelab.

Selain Ronaldo, kelibat Sir Alex Ferguson turut ada di Carrington semalam. Ini kerana ada mesyuarat khas Lembaga Pengarah. Tidak pastilah sama ada Sir Alex Ferguson akan terlibat dalam perbincangan soal Ronaldo?

Ronaldo tidak terlibat langsung dalam aksi pra musim di Asia dan Australia baru baru ini. Namun Erik Ten Hag berkata dia percaya Ronaldo akan sentiasa berada dalam kondisi fizikal terbaiknya. Ini kerana kita semua tahu Ronaldo adalah atlet yang sangat profesional dalam menjaga pemakanan dan latihan peribadinya di rumah.

Ten Hag dalam sida media pertamanya beberapa bulan lalu sudah menyatakan bahawa Ronaldo ada dalam perancangannya. Selain itu Ronaldo juga pernah meminta penyokong Manchester United untuk bersabar dan memberikan Ten Hag masa secukupnya untuk membina semula Manchester United menjadi kuasa besar dalam bola sepak Inggeris.

Selepas beberapa minggu berlalu, dan masih tiada tawaran yang bagus, Ronaldo masih lagi cuba untuk meninggalkan Manchester United bagi menyertai kelab yang beraksi di UCL.

Cristiano Ronaldo sudah menghantar transfer request kepada Man United sejak awal jendela perpindahan lagi. Dia meminta Man United mempertimbangkan tawaran yang baik dari kelab yang beraksi di UCL.

Ronaldo kecewa kerana Manchester United gagal ke UCL. Di mana dia mahu beraksi di UCL setiap musim untuk baki kariernya. Selain itu Ronaldo juga tidak yakin dengan cita cita kelab selepas gagal memenangi piala untuk musim kelima berturut turut. Walaupun Manchester United sudah mendapatkan pemain seperti Christian Eriksen, Tyrell Malacia dan Lisandro Martinez, Abang Do masih belum benar benar yakin dengan projek di Old Trafford.

Namun sehingga ke hari ini, Manchester United masih berpegang kepada pendirian bahawa mereka tidak mahu menjual pemain itu. Beberapa kelab sudah dikaitkan dengan Ronaldo sepanjang jendela perpindahan musim panas ini, termasuk Chelsea, Bayern Munich, PSG, Atletico Madrid, AS Roma, Napoli dan Marseille.

Sukar untuk mana mana kelab mendapatkan Ronaldo kerana gajinya yang terlalu tinggi. Dia boleh merosakkan struktur gaji dalam kelab lain kecuali PSG. Namun PSG tak berminat mendapatkan Ronaldo.

Tetapi Mendes sudah memberikan jaminan bahawa kliennya itu sedia untuk menerima pengurangan gaji jika menyertai kelab lain pada jendela perpindahan kali ini.

Perbincangan tentang masa depan Ronaldo terus menghiasi minggu minggu terakhir jendela perpindahan kali ini.

Zack Lowry melaporkan bahawa ejen Ronaldo, Jorge Mendes memiliki cadangan geliga kepada Manchester United. Di mana sang ejen merasakan kontrak semasa Ronaldo yang masih berbaki setahun harus dilanjutkan.

Di mana dia mencadangkan agar Manchester United memperbaharui kontrak Ronaldo. Sebagai balasan, pemain itu akan pergi secara pinjaman sahaja ke kelab lain.Dan akan kembali semula ke Man United pada musim hadapan, dengan harapan Man United kembali beraksi di UCL.

Adakah ianya boleh dikira sebagai ‘pulangan?’

Masih tidak dapat dipastikan sama ada Ronaldo akan beraksi dalam perlawanan pembukaan EPL musim ini. Sebelum ini Ten Hag dikatakan sudah memberikan jaminan bahawa Anthony Martial sedang mendahului persaingan untuk mengepelai serangan Manchester United. Ini selepas pemain asal Perancis itu cemerlang sepanjang aksi pra musim.

Manchester United cemerlang dalam aksi pra musim kali ini. Mereka mulai semakin memahami kehendak taktikal Ten Hag.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai