Kecewa PUBG Diharamkan Kerajaan India, Pemuda 21 Tahun Bunuh Diri

Seorang pelajar berusia 21 tahun di India dilaporkan mati akibat bunuh diri di daerah Nadia di Benggala Barat.

Punca dia bunuh diri adalah kerana terlalu kecewa tidak dapat bermain PUBG lagi.

PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) adalah permainan dengan genre battle royale, di mana pemain boleh bermain dengan 100 orang dalam talian sekaligus.

Dalam permainan ini, pemain dapat bermain secara solo, pasukan 2 orang, dan pasukan 4 orang, dan dapat mengajak rakan untuk bergabung dalam permainan ini sebagai satu pasukan.

Ianya salah sebuah permainan yang memberikan ketagihan yang sangat kuat di kalangan remaja pada ketika ini.

Pada 2018, Game Quitter menyenaraikan 9 game yang paling ramai ketagihan ketika ini:

1. Fortnite
2. League of Legends
3. PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG)
4. World of Warcraft
5. Minecraft
6. The Elder Scrolls V: Skyrim
7. Clash of Clans
8. Path of Exile
9. PokemonGO

Menurut kenyataan oleh polis, Pritam Halder, seorang pelajar ITI, ditemui tergantung di rumahnya di Purba Lalpur di kawasan balai polis Chakdaha.

Polis telah mengklasifikasikan kes kematian yang itu sebagai bunuh diri.

Setelah bersarapan pagi Jumaat, Pritam pergi ke biliknya, kata ibunya Ratna.

“Ketika saya memanggilnya untuk makan tengah hari, biliknya terkunci dari dalam. Setelah diketuk berulang kali, dan dia masih tidak membuka pintu, saya memanggil jiran.”

“Mereka masuk ke dalam bilik dan mendapati dia tergantung dari kipas siling, ”katanya.

Ratna mendakwa bahawa anaknya nampaknya kecewa kerana tindakan kerajaan India yang mengharamkan permainan PUBG di India.

Ibunya menyatakan anaknya kemurungan selepas mendapat tahu berita itu.

“Dia sering bermain permainan itu pada waktu malam. Saya rasa dia mati kerana bunuh diri kerana tidak dapat bermain PUBG, ”katanya.

Polis mengatakan bahawa setelah bercakap dengan ahli keluarga mereka percaya bahawa Pritam bunuh diri kerana tidak dapat bermain permainan mudah alih itu, yang disekat oleh pemerintah pada hari Rabu.

Kes sebelum ini

Ini bukan kes kematian pertama di India tahun ini gara gara PUBG.

Gizmodo melaporkan seorang remaja berusia 16 tahun di India telah meninggal dunia kerana bermain game tapa henti untuk beberapa hari.

Remaja itu bermain PUBG yang membuatkan nyawanya melayang kerana mengabaikan kesihatannya.

Remaja tersebut dilaporkan  tidak makan dan tidak minum kerana terlalu khusyuk dengan PUBG.

Dan akhirnya dia mati dengan sebab yang mengejutkan yang berpunca daripada ketagihannya bermain game.

India TV melaporkan bahawa remaja itu berasal dari Andhra Pradesh itu sangat ketagih dengan PUBG.

Dan dia memutuskan untuk bermain PUBG untuk non stop dalam beberapa hari tanpa keluar daripada biliknya.

Bukan itu sahaja, dia langsung tak makan dan tak minum ketika bermain game tanpa henti. Akhirnya dia mulai sakit.

Keluarganya yang melihat keadaannya yang lemah terus menghantarnya ke hospital swasta di bandar Eluru. Mereka mulai panik melihat keadaan remaja itu yang tidak bermaya dan kelihatan kritikal.

Doktor awalnya mengesahkan bahawa remaja itu dehidrasi kerana tak minum air.

Oleh kerana remaja itu turut mengalami cirit birit yang kronik yang memerlukannya untuk dibedah. Malang sekali selepas pembedahan itu dia meninggal dunia.

Ini bukan kes pertama kematian kerana PUBG di India. Kes kematian pertama tahun ini akibat ketagihan berkaitan PUBG direkodkan di India melibatkan seorang lelaki berusia 25 tahun bernama Harshal Memane.

Dia meninggal dunia selepas mengalami strok otak kerana bermaian permainan mudah alih PUBG tanpa henti.

Lelaki yang tinggal di Pune itu tiba tiba memberitahu keluarganya bahawa dia tidak dapat menggerakkan tangan dan kaki kanannya semasa bermain PUBG.

Dia kemudian dikejarkan ke hospital berdekatan dan didiagnosis menderita pendarahan intraserebral. Tidak lama kemudian terus meninggal dunia.

 

Kepada korang yang bermain game tu, jaga kesihatan tu ye. Anggap game tu untuk fun. Yang pro gamer pun ada jadual diorang.

Paling penting jaga makan minum dan juga tidur tu. Sekarang ni banyak kes orang sakit dan mati sebab terlalu lama bermain game.

PUBG berpisah dengan Tencent

PUBG MOBILE, permainan yang sangat popular di India, dilarang oleh pemerintah India awal minggu ini.

Ianya berikutan ketegangan baru mengenai provokasi China di Ladakh. Sensor Tower melaporkan 144 juta daripada 600 juta muat turun PUBG adalah dari India.

Dan ketika ini lebih 33 juta orang pemain PUBG yang aktif di India.

Terbaru PUBG mengumumkan mereka dalam proses berpecah dengan Tencent di India.

Ini adalah sebahagian usaha mengembalikan semula PUBG ke India.

PUBG sedang mencari rakan baharu di India untuk mengendalikan lesen mereka di sana.

Namun para pemerhati menyatakan, tindakan PUBG ini mungkin hanya sia sia kerana kerajaan India mengambil kira pelbagai aspek.

FAU-G ada ni

Beberapa jam selepas pengumuman pengharaman PUBG di India, pelakon sensasi Bollywood, Akshay Kumar mengumumkan permainan baharu yang menjadi alternatif kepada PUBG di India.

Sejajar dengan visi PM Narendra Modi mengenai “Atmanirbhar Bharat”, Akshay Kumar mengumumkan pelancaran permainan aksi multiple player, FAU-G.

FAU-G adalah permainan PUBG versi India.

Dalam tweet beliau, pelakon berusia 52 tahun itu menyatakan bahawa selain daripada berhibur, para pemain “juga akan belajar mengenai pengorbanan tentera kita”.

Selain itu, 20% dari pendapatan bersihnya yang disumbangkan ke yayasan ‘Bharat Ke Veer’ – yang memberi penghormatan dan sokongan kepada hati negara yang berani.

“Menyokong perjuangan PM Narendra Modi, dengan bangganya saya mempersembahkan permainan aksi, Fearless And United-Guards FAU-G.”

“Selaim hiburan, pemain juga akan belajar mengenai pengorbanan tentera kita. 20% dari pendapatan bersih yang dihasilkan akan disumbangkan kepada @ BharatKeVeerTrust #FAUG.”

Bercakap mengenai permainan baru, pelakon itu berkata: “Bagi anak muda di India, permainan video telah menjadi bentuk hiburan yang penting.”

“Dengan FAU-G, saya berharap ketika mereka bermain permainan ini, mereka akan belajar tentang pengorbanan tentera kita dan juga memberi sumbangan kepada keluarga para perajurit yang berkorban.”

“Dan dengan ini, kita masing-masing memiliki kemampuan untuk mendukung visi PM Modi mengenai Atma Nirbhar.”

Menurut pembangun permainan ini, FAU-G adalah berdasarkan senario sebenar yang dihadapi oleh Pasukan Keselamatan India untuk menangani ancaman dalam dan luar negara.

Permainan ini dijangka dilancarkan pada akhir bulan Oktober dengan peta peringkat pertama berlatarkan Lembah Galwan diikuti dengan versi 3rd person shooting dalam rilis berikutnya.

Permainan ini akan tersedia di Google Play Store dan Apple App Store.

Pengasas dan Pengerusi penerbit permainan, Vishal Gondal, berkata: “Adalah suatu kebanggaan untuk menyahut seruan PM Modi dan mempersembahkan kepada dunia permainan bertaraf dunia.”

“Permainan ini tidak hanya akan membantu para pemain dalam suasana maya melawan kekuatan kejahatan; tetapi juga memberi sumbangan positif untuk pembangunan negara dengan menyokong para wira kita. ”

Selain daripada FAU-G ada lagi versi alternatif lain untuk mereka yang di India ketika ini iaitu PABJE, tapi cuma 1 bintang je la rating dia. Daripada tak ada kan?

Baca yang lain