Kehidupan Sederhana Marcelo Bielsa Di West Yorkshire, Duduk Dekat Flat Dan Suka Menapak Ke Tempat Kerja

Leeds United mengesahkan kelayakan ke Liga Perdana Inggeris setelah hampir 16 tahun hilang dari kancah utama. Kejayaan ini banyak dipengaruhi oleh pengurus mereka, Marcelo Bielsa.

El Loco dianggap sebagai sumber inspirasi kepada ramai jurulatih terkenal. Mauricio Pochettino dan Pep Guardiola, sekadar menyebut beberapa nama antara yang mengakui bahawa Bielsa banyak mempengaruhi cara mereka melatih dan mengurus pasukan ketika ini.

Disebalik kejayaan beliau, terdapat beberapa perkara yang jarang diketahui oleh peminat mengenai kehidupan sederhana Bielsa di West Yorkshire.

Dari Buenos Aires ke West Yorkshire

Bielsa tertarik untuk mengurus Leeds United kerana tradisi yang dimiliki dan ingin membantu mereka kembali ke liga utama setelah hilang lebih satu setengah dekad.

Beliau pada mulanya tidak berminat dengan terma kontraknya namun setelah berbincang dengan wakil pengurusan Leeds di Buenos Aires, akhir mereka bersetuju dengan beberapa syarat yang diletakkan oleh Bielsa.

Bielsa dengan gaya tersendiri di pejabatnya di pusat latihan.

Beliau menyenaraikan beberapa perubahan yang perlu dilakukan di pusat latihan. El Loco mahukan meja pool dan PlayStation sebagai alat untuk merehatkan minda pemainnya dari saingan liga yang memenatkan.

Katil juga perlu disediakan oleh pihak pengurusan bertujuan sebagai tempat rehat di antara sesi latihan. Antara syarat lain yang diletakkan oleh Bielsa ialah menaiktaraf kolam renang.

Setelah semua syarat dipersetujui oleh kedua-dua pihak, Bielsa telah dilantik sebagai pengurus baharu oleh pemilik Leeds, Andrea Radrizzani.

Rumah Flat Pon Dah Cukup

Apa yang anda akan buat jika mendapat gaji sebanyak £115 ribu seminggu? Beli rumah banglo? Tukar kereta Mustang? Pakai baju Nike Geisha?

Namun sebaliknya bagi Bielsa. Beliau hanya menyewa flat satu bilik di atas sebuah kedai. Itu pun selepas lama berunding dengan pemilik rumah tersebut.

Beliau tidak berpuas hati dengan harga yang ditawarkan kerana dianggap terlampau tinggi. Pemilik akhirnya mengalah dan hanya mengenakan bayaran sewa yang dikehendaki Bielsa.

Untuk pengetahuan anda, Radrizzani telah menyediakan sebuah bilik di Hotel Rudding Park, hotel lima bintang di Harrogate namun ditolak oleh Bielsa kerana telah bosan tinggal di hotel.

Beliau memilih flat berkenaan kerana lokasinya yang berdekatan dengan Thorp Arch, padang latihan pasukan Leeds United.

Alasannya mudah, agar beliau mudah ke tempat latihan hanya dengan berjalan kaki memakai pakaian sukan pemberian kelab sambil membawa beg sandang yang berisi semua notanya.

Salah satu sebab beliau suka menapak adalah kerana mahu bermesra dengan orang tempatan di sekitar.

Lebih Minat Berjalan Dari Memandu

Walaupun pernah dilihat berada di garaj Volkswagen pada Mei lalu, dilaporkan bahawa beliau hanya menemani kawannya sahaja.

Beliau lebih gemar berjalan kaki dari memandu kereta. Benda boleh jalan, buat apa nak pandu kereta tuan-tuan.

Sifat Rendah Diri

Bielsa pernah ditemubual oleh seorang wartawan Jerman pada awal 2019 yang mengatakan bahawa dia merupakan pengurus yang berjaya di mana dia berkhidmat.

El Loco hanya menggelengkan kepala seraya berkata “Saya hanya boleh cakap saya bukan begitu, malah bertentangan dengan apa yang anda katakan. Perkara yang ramai orang bercakap tentang saya ialah seorang pengurus yang kurang memenangi piala. Anda boleh pastikan itu”.

Bergaul Dengan Rakyat Tempatan

Beliau juga sering kelihatan berbelanja di pasaraya Morisson berdekatan Wetherby. Membeli roti gulung di Coopland dan makan di Sant Angelo.

“Bielsa selalu lepak kat sini”, ujar pengurus Sant Angelo, Catherine Spence.

Gaya bersahaja Bielsa ketika bergambar bersama peminat.

“Beliau sering disambut oleh pelanggan dan staf kami. Beliau juga tidak kisah untuk menurunkan tandatangan jika ada permintaan dari penyokong”, tambah Catherine.

Costa Coffee Rumah Ketiga Bielsa

Jika ingin merangka jadual latihan dan merancang taktikal pasukan, Bielsa kebiasaanya akan membawa pembantunya untuk berbincang di kedai kopi berdekatan rumahnya, selalunya Costa Cofee.

Walaupun Thorp Arch dilengkapi dengan katil, dapur dan ruang tamu, hanya espresso di Costa Coffee bersama sebatang pen dan gulungan kertas A4 yang diperlukan untuk merancang taktikal. Simple.

Rujukan: All Football

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai