Kelab Perlu Sediakan Pakej €400 Juta Untuk ‘Sign’ Haaland, Termasuk €50 Juta Untuk Raiola Dan Ayah Haaland

Kepada pasukan yang berminat mendapatkan Erling Haaland, pemain itu akan memasuki tahun kontrak untuk tahun 2022 yang menyaksikan klausa pelepasan beliau cuma €75 juta sahaja.

Beberapa pasukan sudah mulai mengintai khidmat Haaland sejak sekian lama.

Ianya dianggap klausa yang sangat murah untuk pemain berbakat seperti Haaland. Alasan utama kenapa Man United sebelum ini enggan menerima syarat pelik itu yang diminta Raiola.

Di mana Solskjaer ketika itu dikatakan tidak gembira dengan adanya kluasa pelepasan yang dianggap berat sebelah kepada pemain dan ejennya sahaja.

Solskjaer malah menyatakan, kenapa kelab perlu menandatangani pemain yang sudah memikirkan bagaimana cara keluar.

Raiola sudah pun dihubungi beberapa kelab tentang klausa pelepasan dianggap mampu milik itu.

Tetapi untuk mendapatkan Haaland, sesebuah pasukan itu perlu menyediakan kontrak dan bayaran ejen yang menelan kos keseluruhan €400 juta. Ini kerana Raiola meminta €70 juta semusim untuk pemain itu selama 5 tahun.

Sebelum memasuki tahun 2022, klausa tersebut tidak aktif. Jadi, Borussia Dortmund memiliki kawalan ke atas harga Haaland. Difahamkan CEO Borussia Dortmund, Hans Joaquim Watzke, pernah meminta sekurang kurangnya €100 juta untuk Haaland.

Itu pun selepas pandemik melanda, dengan mengambil kira kewangan kelab kelab Eropah. Chelsea, Real Madrid dan Manchester City, kesemuanya dikaitkan dengan Haaland.

Tetapi selepas itu, Borussia Dortmund menolak untuk berunding dengan mana mana kelab selepas penjualan Jadon Sancho. Di mana mereka tidak terdesak untuk mendapatkan wang.

Leipzig sebelum ini mendapatkan Haaland dengan harga murah €20 juta. Namun mereka perlu menerima syarat khas daripada Raiola.

Kini Raiola sudah sedia untuk membantu pemain itu mendapatkan kelab baharu. Dikatakan Haaland sangat tertarik untuk beraksi di England.

Raiola menjelaskan beliau hanya akan memilih pasukan yang berpotensi memenangi kejuaraan untuk Haaland. Selain itu pasukan itu juga harus menyediakan draf perancangan karier yang boleh membantu Haaland memenangi Ballon d’Or.

Dari segi gaji, Raiola mahu Haaland dibayar sekurang kurangnya €25 juta semusim selepas cukai. Bermakna, sesebuah kelab itu perlu menyediakan €50 juta gaji kasar kepada Haaland, sebelum cukai. Kali (darab) dengan 5 tahun, gaji Haaland sahaja akan menelan kos €250 juta ditambah dengan yuran perpindahan dalam €100 juta.

Walaupun Haaland ada klausa perpindahan €75 juta, namun Raiola dikatakan sedia untuk membantu Borussia Dortmund mendapatkan €100 juta sebagai tanda terima kasih kepada kelab itu yang telah membantu menaikkan Haaland dan pemain itu sangat selesa sepanjang di sana.

Bermakna gaji setahun ditambah dengan yuran perpindahan Haaland sahaja sudah memakan €350 juta dikeluarkan pada tahun pertama. Purata €70 juta semusim dibayar untuk Haaland sahaja.

Ke mana €50 juta lagi? Ianya akan menjadi milik Raiola dan ayah Haaland. Sebelum ini Raiola mendapat €14 juta dan ayah Haaland mendapat €7 juta. Dengan perpindahan ke kelab yang akan datang, Raiola dijangka akan mendapat €35 juta dan ayah Haaland akan mendapat €15 juta – daripada pecahan tersebut.

Baca yang lain