Kembali Dari Kecederaan Hamstring, Ifedayo Sempat Minta Maaf Ketika Merobek Selangor 2 Kali

Dalam bola sepak, antara perkara yang sakit adalah ditembusi bekas pemain sendiri terutama sekali dengan gol kemenangan pasukan barunya.

Ifedayo dianggap wira gergasi merah beberapa musim lalu. Pemain yang dengan beraninya mencabar JDT ‘Come To Shah Alam’ untuk menunjukkan kuasa Gergasi Merah Kuning.

Semangatnya ketika bersama Selangor dan kualitinya di hadapan gol membuatkan Ifedayo dengan cepat menjadi pemain kesayangan peminat.

Namun dia meninggalkan Selangor selepas tamat musim lalu. Dengan tidak melanjutkan kontrak bersama pasukan tersebut.

Dalam aksi di antara Melaka United dan Selangor, Ifedayo Olesegun telah menjadi pemusnah pasukan lamanya.

Ifedayo sebelum ini terpaksa direhatkan ketika menentang JDT kerana kecederaan di hamstring.

Sebaik sahaja pulih Ifedayo memberikan impak segera di atas padang. Dan mangsa beliau adalah bekas majikan lamanya. Aksi cemerlang Ifedayo menyaksikan dia menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut yang gagal dibalas Selangor.

Sekaligus memberikan 3 mata berharga buat Melaka United di Stadium Hang Jebat.

Gol pertama adalah sangat mudah, di mana Ifedayo Olesegun menerima hantaran Sony Norde dan hanya perlu melakukan tap in. Sekali lagi Selangor berdepan masalah di pertahanan.

Ifedayo sempat meminta maaf kepada penyokong Selangor tanda menghormati kelab lamanya.

Pada separuh masa kedua, Ifedayo menjaringkan 1 lagi gol menerusi serangan balas pantas. Dia mengatasi perangkap offside dan berjaya mengatasi pertahanan Selangor dalam duel bahu.

Ifedayo sempat menggelecek penjaga gol lawan. Kali ini Ifedayo meraikan golnya dengan agak sederhana.

Saksikan detik detik Ifedayo merobek Selangor di sini:

Melaka menang 2-0 dalam perlawanan tersebut. Ifedayo menjadi nemesis kepada kelab lamanya. Sekali lagi percaturan Michael Feichtenbeiner gagal.

Kekalahan itu membuatkan Selangor terus terperangkap di pertengahan carta liga. Ianya menyukarkan usaha mereka untuk cuba beraksi di pentas Asia musim hadapan.

Sementara Melaka kini menyamakan kedudukan dengan pasukan Selangor dengan 14 mata.

 

Baca yang lain