Kenapa Maradona Dekat Di Hati Orang Palestine Dan Syria?

Palestine merupakan sebuah negara yang memiliki ramai peminat Diego Armando Maradona.

Kehilangan Maradona merupakan satu tamparan hebat juga bagi mereka. Kerana Maradona antara ikon yang sangat lantang bersuara tentang nasib mereka yang ditindas oleh Israel.

Dalam satu peristiwa di mana seorang rakyat Palestine mengibarkan bendera Argentina dengan jersi Maradona di hadapan tentera Israel.

Sebaik sahaja kematiannya diumumkan secara rasmi, Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri malah menulis pesanan khas di akaun Twitter peribadinya.

Sami mengucapkan takziah atas pemergian Maradona. Di mana beliau berasa sangat sedih dan kehilangan pemain bola sepak hebat di dunia yang selalu menyokong Palestine sehingga ke akhir hayatnya itu.

“Kami sangat sedih dengan kematian salah seorang pemain bola sepak terhebat, Maradona, yang terkenal dengan sokongannya terhadap Palestin,” tulis Zuhri.

“Takziah daripda kami kepada keluarganya dan peminatnya di seluruh dunia.”

Maradona diketahui meninggal dunia pada hari Rabu, 25 November 2020. Pemergiannya sangat dirasai kerana dia sangat terkenal di kalangan peminat bola sepak.

Pada 2012, Maradona mengisytiharkan dirinya sebagai peminat nombor satu rakyat Palestine.

“Saya menghormati mereka dan bersimpati dengan apa yang menimpa mereka. Di sini, saya menyatakan saya menyokong Palestine tanpa rasa gentar.”

Dua tahun kemudian, ketika tentera Israel melakukan serangan besari di Gaza yang membunuh 3,000 rakyat Palestine, Maradona terus mengutuk tindakan Israel.

Walaupun di mata media pro-AS dan Israel tindakannya itu dikecam. Imejnya diburukkan oleh mereka yang menyokong AS-Israel dalam hal itu.

Namun siapa tak kenal Diego? Sentiasa lantang bersuara. Sentiasa tak takut hilang apa sahaja demi pendiriannya.

Maradona menyatakan secara terbuka: “Apa yang Israel lakukan kepada Palestine adalah tindakan memalukan.”

Setahun kemudian, pada 2015, Maradona pernah menawarkan dirinya menjadi ketua jurulatih Palestine untuk menghadapi Piala Asia.

Maradona bertemu dengan Presiden Palestine Mahmoud Abbas pada Julai 2018. Dalam pertemuan singkat itu, sekali lagi Maradona menegaskan bahawa dia akan terus menyokong Palestine sejak sekian lama.

Dan ketika itulah Maradona memuat naik kapsyen yang paling diingati rakyat Palestine menerusi IG miliknya.

“Dalam hati saya, saya adalah seorang rakyat Palestine.”

Pada satu pertemuan dengan Mahmoud Abbas, Maradona dengan wajah penuh berseri seri memberitahu presiden itu: “Saya pun orang Palestine.”

Dalam satu gambar yang tular semalam, seorang artis di Syria melakarkan mural Maradona di sebuah dinding yang hancur kerana serangan bom.

Bagi rakyat Syria, Maradona juga salah seorang individu yang sentiasa menyokong mereka.

Pada tahun 2018, Maradona mengecam permainan licik US yang dituduhnya menjadi dalang kepada perang saudara di Syria yang disifatkannya boleh membuatkan negara itu lenyap.

Maradona berkata: “Kamu tak perlu ke Universiti untuk tahu yang Amerika Syarikat mahu menghancurkan Syria dari bumi ini.”

Maradona pernah menyatakan dia seorang penyokong keamanan dan kemanusiaan walaupun apa sahaja latar belakang negara itu dari segi kepercayaan dan agama. Dia seorang pro Palestine dan itu tidak akan berubah walaupun sesiapa sahaja cuba memesongkan kepercayaannya.

 

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi