Kenapa Pemain Muda Chelsea Mempersoalkan ‘Berpeluangkah Mereka Untuk Menembusi Skuad Utama’

Tiba-tiba terdapat sedikit perubahan berlaku di Chelsea. Pada bulan lepas graduan bertaraf tinggi, Fikayo Tomori melengkapkan perpindahannya ke AC Milan yang bernilai £25 juta.

Pada minggu ini Marc Guechi yang dianggap prospek lebih baik dari Tomori akan menyertai Crystal Palace dengan bayaran yang lebih rendah iaitu £20 juta.

Sementara itu terdapat 3 pemain dari pasukan junior -Lewis Bate, Tino Livramento, Myles Peart Haris– tidak bersama dengan pasukan tersebut dalam persiapan pra musim di Scotland.

Seorang lagi bakat besar Chelsea, Dynel Simue (19) dijangka akan menyertai sebuah pasukan Liga Perdana Inggeris apabila menolak kontrak 2 tahun yang ditawarkan kelab.

Secara umumnya Chelsea mengamalkan model perniagaan dengan membangunkan pemain muda dan kemudiannya dijual kepada pasukan lain.

Frank Lampard dan sekatan pembelian

Tidak semua pemain muda mendapat peluang seperti Mason Mount untuk berada dalam skuad utama dan membuktikan kemampuan.

Pemain muda yang dianggap tidak cukup baik oleh kelab untuk berada dalam skuad utama memilih meninggalkan kelab. Beberapa pihak di dalam kelab agak bimbang dengan situasi yang berlaku.

Mereka menuntut perhatian dari kelab dan kumpulan pemain dari kumpulan umur ini mula mempersoalkan apakah ada jalan buat mereka menjadi pemain utama dalam skuad senior atau berpindah ke pasukan lain jalan lebih baik bagi memajukan karier.

Kembali kepada 2 tahun lepas, kumpulan pemain muda meraih peluang apabila Chelsea dihukum oleh UEFA daripada membeli sebarang pemain pada tahun 2019.

Kelab hanya mempunyai pilihan menggunakan pemain dari akademiknya sendiri bagi memenuhkan pasukan utama.

Tetapi perkara yang paling signifikan berlaku apabila kelab melantik Frank Lampard. Lampard kemudiannya membawa masuk Jody Morris dan Joe Edwards menyertai staf kejurulatihannya.

Kedua individu ini lahir dari akademik Chelsea, melatih pemain di pelbagai peringkat umur dan mengetahui tentang pemain muda berbakat di kelab.

Sementara itu Lampard memberi peluang kepada pemain muda untuk membuktikan dan memikatnya.

Ketika Lampard menjadi pengurus Derby County pada musim 2018/19, dia meminjam Mount dan Tomori dan pada hari ini kedua pemain tersebut telah menjadi pemain utama bersama kelab besar eropah.

Bersama Chelsea, Lampard telah memberi debut kepada 8 pemain muda bermain untuk skuad senior. Tammy Abraham dan Tomori hanya membuat 3 penampilan sebelum Lampard hadir ke Stamford Brigdes.

Pada ketika itu ramai pihak menggambarkan pasukan utama dan akademik mempunyai penyambungan terbaik yang pernah berlaku dalam era Roman Avramovic.

Pemain muda mempunyai peluang untuk berkembang. Lampard memberi peluang kepada Tomori bermain dalam 6 perlawanan dan ia menjadi punca AC Milan tertarik kepada pemain tersebut.

Reece James dan Billy Gilmour juga antara pemain yang diberi peluang dan pada hari ini mereka mempunyai nilai tinggi untuk Chelsea sama ada mejadi pemain utama kelab ataupun dijual.

Usaha Lampard memberi peluang kepada pemain muda telah menunjukkan beberapa kesan yang baik, pada final liga juara eropah kedua-dua pemain tersebut bermain dan membantu kelab menjuarai piala tertinggi di eropah itu.

Pendekatan Lampard dan Thomas Tuchel tidak akan sama

Situasi itu mungkin tidak lagi sama selepas Lampard dan kakitangannya dipecat pada Januari lepas dan Thomas Tuchel mengambil alih tugasan tersebut.

Tetapi tidak adil untuk mengatakan Lampard lebih baik dari Tuchel kerana pengurus dari Jerman itu tidak mempunyai pendekatan yang sama sepertinya.

Tuchel dilihat tidak berminat untuk meneruskan apa yang berlaku dan tidak akan memberi peluang yang banyak kepada pemain akademik Chelsea seperti apa yang dilakukan oleh Lampard.

Walapun ketika di awal kehadirannya Tuchel berkata,

Pintu pejabat saya sentiasa terbuka untuk para jurulatih dan pemain akademi sentiasa terbuka.

Saya suka menonton sesi latihan dan latihan perlawanan mereka.

Tuchel terus mengotakan kata-katanya apabila memasukan nama Livramento ketika bertemu Manchester City pada bulan Mei lepas.

Sukar untuk mencari kesalahan Tuchel memandangkan dia mengubah pasukan yang menduduki pertengahan liga dan mengangkat Chelsea berada dalam kelompok 4 terbaik.

Chelsea juga mara ke final Piala FA dan yang paling terbaik adalah menjuarai liga juara eropah. Namun masih terdapat sedikit kelemahan.

Kekangan Thuchel dengan harapan tinggi kelab

Ketika Tuchel mengendalikan 30 perlawanan Chelsea, Abraham hanya bermain 230 minit. Dia juga tidak berada dalam senarai 23 pemain di final liga juara eropah.

Sebelum itu minit permainan Callum Hudson-Odoi dan Faustino Anjorin merosot dengan teruk.

Gilmour yang disarankan tidak dipinjam keluar pada jendela perpindahan tengah musim lepas hanya mendapat 5 penampilan -3 darinnya pada hujung musim.

Untuk musim depan, Gilmour akan menyertai juara Championship, Norwich City.

Tuchel sedar tugas utamanya adalah memenangi piala dan dia akan mendapat lebih tekanan berbading musim lepas. Faktor memenangi liga juara eropah telah meningkatkan harapan lebih tinggi.

Namun Tuchel sebenarnya boleh membuka sedikit peluang kepada promising youngster berbanding terlalu mengharapakan pemain yang telah menghabiskan banyak duit kelab.

Sebagai contoh, Timo Werner menelan belanja £45 juta ketika dia dibeli dari RB Leipzig. Werner diberi kesempatan demi kesempatan untuk memperbaiki prestasi buruknya sedangkan Ambraham yang berasal dari akademiknya diabaikan.

Sebelum kehadiran Tuchel, Chelsea telah berbelanja lebih £200 juta, ia angka ‘balas dendam’ kerana tidak dapat melakukannya pada musim 2019-20.

Pada musim ini Chelsea mahu berbelanja besar lagi dengan menyasar Erling Haaland dan Declan Rice. Kedua-dua pemain bernilai lebih £200 juta. Sudah semestinya ia dibeli bukan untuk berada di bangku simpanan.

Para penyokong akan gembira dengan pelaburan tersebut kerana ia akan meningkatkan peluang Chelsea untuk menang lebih banyak piala, tetapi dalam masa sama ia akan memadamkan impian pemain muda mereka.

Disebabkan itu Chelsea perlu memutuskan melepaskan beberapa pemain seperti Ross Barkley yang akan kembali dari pinjaman. Dia merupakan antara pemain yang memiliki gaji besar dan apa akan berlaku dia dia kekal.

Marc Guechi

Peluang Guechi juga menjadi terhad walaupun Tuchel menggunakan sistem 3 center back. Kelab mempunyai Thiago Silva, Andreas Christensen, Antonio Rudiger, Kurt Zouma dan Cesar Azpilicueta.

Namun sedikit harapan apabila 2 darinya cuma mempunyai baki kontrak 1 tahun dan mereka sudah berusia lebih 30 tahun.

Bagaimananpun Chelsea juga sedang mengintai beberapa pemain baharu yang boleh dibeli. Kelab menunjukkan minat terhadap Niklas Sule dari bayern Munich dan Ben White (kini hampir menyertai Arsenal) dari Brighton.

Sebelum itu Chelsea juga melihat kepada Sergio Ramos sebelum pemain itu menyertai Paris Saint Germain.

Rakan sepasukannya di Real Madrid, Raphael Varane juga antara sasaran Chelsea tetapi pemain itu lebih cenderung untuk ke Manchester United.

Peluang untuk Gusechi lebih cerah di Crystal Palace berbandig kekal di Chelsea walaupun bola sepak yang dimainkan oleh Crystal Palace lebih rendah.

Namun ia tidak boleh diremehkan apabila melihat apa yang berlaku kepada Tomori dan Tariq Lamptey yang ditandatangi oleh Brigton 18 bulan lepas.

Lamptey muncul antara pemain paling bernilai walaupun bersama kelab kecil berbanding kekal di Chelsea.

Disudut lain Chelsea boleh menawarkan gaji besar kepada pemain mudanya diamana ia akan menjadi tarikan utama.

Terdapat banyak contoh bintang muda Chelsea mengambil tawaran tersebut dan kemudiannya dipinjam keluar untuk membina karier.

Chelsea juga boleh mengaku memiliki akademik terbaik di England, salah satu perkara yang mereka sering banggakan apabila melihat beberapa pemain yang bersama akademiknya -kemudiannya menjadi pemain profesional di kelab lain.

Guechi bukanlah bakat pertama yang akan hilang dari Chelsea dan dia bukan yang terakhir.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang