Keputusan Penuh Acara Royal Rumble 2021

WWE kini secara rasminya dalam langkah menuju ke acara terbesar mereka, WrestleMania 37.

Pay Per View Royal Rumble telah dilangsungkan pagi tadi dan berakhirnya acara tersebut, maka bermula lah kisah perjalanan menuju ke WrestleMania.

Ia merupakan detik yang akan kekal dalam ingatan para peminat selepas menyaksikan acara Royal Rumble pada tahun ini yang dilangsungkan di ThunderDome.

Terdapat banyak insiden menarik dan mengejutkan yang terjadi di acara Royal Rumble pada tahun ini walau dijalankan tanpa kehadiran penonton.

Seperti kebiasaan yang berlaku dalam mana-mana acara Royal Rumble sebelum ini, pastinya ada kemunculan semula penggusti lama di acara tersebut.

Untuk acara pada tahun ini, terdapat beberapa bintang lelaki dan perempuan yang turut membuat kemunculan semula dan ia membuatkan para peminat berasa sangat teruja walau sekadar menonton di kaca TV.

Sementara untuk perlawanan yang melibatkan sabuk kejuaraan juga tidak kurang hebatnya dengan banyak insiden menarik yang berlaku.

Agak mengejutkan untuk melihat Edge yang menjadi penggusti pertama masuk ke gelanggang dalam acara 30 lelakk Royal Rumble, berjaya bertahan sehingga ke akhir perlawanan bahkan turut muncul sebagai pemenang.

Untuk kategori wanita pula, penggusti pujaan peminat, Bianca Belair berjaya muncul sebagai pemenang seterusnya mengesahkan tiket untuk beraksi di acara WrestleMania nanti.

Untuk dua kejuaraan utama WWE pula, pertemuan antara Roman Reigns bertemu Kevin Owens untuk merebut sabuk kejuaraan Universal dilihat jauh lebih menarik berbanding perlawanan antara Drew McIntyre menentang Goldberg untuk kejuaraan Dunia WWE.

Berikut merupakan keputusan perlawanan yang telah dilangsungkan di acara Royal Rumble 2021.

1. Nia Jax dan Shayna Baszler vs Asuka dan Charlotte Flair (Women’s Tag Team Champions)

Perlawanan ini awalnya agak menarik untuk disaksikan, namun ia sedikit membosankan selepas Ric Flair dan Lacey Evans muncul membuat kacau.

Ayah kepada Charlotte itu memberi buku lima kepada Lacey Evans dan kemudian ia digunakan untuk menumbuk muka the Queen lalu menyebabkan Juara bertahan itu tewas kepada pasangan regu Nia Jax.

 2. Drew McIntyre vs Goldberg (WWE World Champions)

Seperti ramai yang duga, perlawanan ini berlangsung dalam masa yang sangat singkat. Kedua-dua mereka awalnya seolah mahu mempamerkan perlawanan yang dasyat, namun selepas beberapa minit, Goldberg jelas sudah kepenatan.

Selepas kedua-dua mereka saling melancarkan penyudah masing-masing, Goldberg akhirnya kecundang juga dengan gerakkan Claymore dari Drew.

Detik terbaik dalam perlawanan ini, Goldberg akhirnya memberi penghormatan kepada Drew dan mengiktiraf beliau sebagai individu yang layak untuk memimpin WWE.

3. Sasha Banks vs  Carmella  (SmackDown Women’s Championship)

Perlawanan ini juga tidak kurang hebatnya dengan Sasha Banks mempamerkan kelincahan beliau sepanjang pertarungan.

Pembantu Carmella, Reginald turut memainkan wataknya dengan baik dalam perlawanan ini sebelum beliau dihalau kembali ke bilik persalinan oleh pengadil perlawanan.

Carmella nyaris membahayakan nyawa beliau sendiri selepas beliau melayangkan badannya dari dalam gelanggang ke arah Sasha yang berada di luar.

Pendaratan beliau dilihat sedikit tersasar namun mujur saja badan beliau terlebih dahulu menyentuh lantai dan bukannya kepala.

Banks statements akhirnya membawa Sasha untuk memenangi perlawanan ini seterusnya mempertahankan sabuk kejuaraan dunia miliknya itu.

4. Royal Rumble Wanita

Bianca Belair berjaya memenangi acara Royal Rumble wanita pada tahun ini selepas beliau menyingkirkan Rhea Ripley ketika mereka berdua menjadi penggusti terakhir di atas gelanggang.

Terdapat banyak juga insiden dan detik menarik dalam perlawanan ini antaranya entrance Shotzi Blackheart yang menuju ke gelanggang dengan menaikki tank.

Terdapat juga beberapa penggusti veteran yang membuat kemunculan semula dalam perlawanan ini dan antara yang menarik tentunya kemunculan semula Torrie Wilson.

Alicia Fox turut sempat mencipta sejarah dalam perlawanan ini selepas beliau berjaya muncul sebagai Juara sabuk kejuaraan 24/7 dari R-Truth.

R-Truth dan beberapa penggusti lain turut bermain kejar-kejar di kawasan sekitar gelanggang ketika perlawanan ini berlangsung hanya semata-mata untuk merebut sabuk kejuaraan 24/7 itu.

Kemenangan Bianca Belair menggembirakan peminat dan ini antara keputusan paling tepat dilakukan oleh pihak kreatif WWE.

Beliau sememangnya layak untuk memenangi perlawanan ini seterusnya mendapat tempat di acara WrestleMania 37 nanti.

(Naomi #2, Shotzi Blackheart #5, Toni Storm #7, Jillian Hall #8, Victoria #10, Santana Garrett #12, Torrie Wilson #17, Mickie James #19, Alicia Fox #21, Dakota Kai #23, Lana #26 dan Ember Moon #28 merupakan antara kemunculan paling mengejutkan dalam perlawanan ini.)

5. Roman Reigns vs Kevin Owens (WWE Universal Champions)

Perlawanan dalam peraturan last man standing ini sememangnya mencuri tumpuan peminat di acara Royal Rumble pada tahun ini.

Sudah lama tidak melihat aksi ngeri seperti yang dipamerkan oleh kedua-dua penggusti ini di mana-mana PPV WWE sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Banyak insiden menarik yang terjadi dalam perlawanan ini dengan aksi Kevin Owens dicampak ke meja pengulas dari tempat stand entrance, KO memanjat Forklift lalu menghempap Roman dan banyak lagi.

https://twitter.com/WWE/status/1356071184467701765?s=19

Satu insiden memperlihatkan Kevin Owens menggari Roman Reigns dan beliau ketika itu hampir saja untuk memenangi perlawanan ini, namun seperti biasa, helah penipuan menyelamatkan The Big Dog itu.

Mujur saja gari itu berjaya dibuka oleh Paul Heyman, lalu Roman Reigns mengunci leher Kevin Owens sehingga bekas Juara NXT itu gagal bangun semula selepas kiraan 10.

6) Royal Rumble Lelaki

Tidak terlalu banyak insiden menarik berlaku dalam perlawanan ini melainkan melihat Edge berjaya memenangi Royal Rumble tahun ini seterusnya mendapat tempat di main event WrestleMania 37 nanti.

Kemunculan semula Kane, Christian dan Carlito memberi impak kepada perlawanan ini dengan kesemua mereka berjaya mencuri tumpuan peminat.

Carlito membuat kemunculan semula dengan penampilan lebih menarik serta potongan badan yang lebih besar.

Damian Priest antara penggusti yang paling menyerlah dalam perlawanan ini dan ia satu petanda kepada WWE bahawa beliau layak untuk mendapat jalan cerita yang lebih menarik selepas ini.

Randy Orton hampir saja membuat para peminat memaki hamun WWE selepas beliau muncul di saat akhir lalu melancarkan RKO ke atas Edge yang ketika itu menduga beliau sudah memenangi perlawanan tersebut.

Mujur saja ketika Orton mahu membuang Edge keluar, The Rated R superstar itu berjaya mengelak lalu mengeluarkan The Legend killer itu dari gelanggang.

Kemenangan Edge tidak lah menjadi masalah besar kepada peminat andai jalan cerita untuknya selepas ini menarik.

Ia kerana peminat sangat mahukan Cesaro untuk memenangi Royal Rumble pada tahun ini dan mendapat peluang untuk beraksi di acara kemuncak WrestleMania 37 nanti.

Siapakah yang bakal Edge pilih untuk menjadi lawannya di acara WretleMania 37 nanti? Mungkin kah Roman Reigns? Atau Drew McIntyre? Atau akan ada jalan cerita lain yang sudah disediakan oleh WWE?

(Carlito #8, Damian Priest #14, Kane #18, Hurricane Helms #23, Christian #24 and Seth Rollins #29 merupakan antara penggusti yang membuat kemunculan mengejutkan dalam perlawanan ini.)

Jadi kongsikan pendapat anda tentang apa kisah seterusnya untuk Edge selepas beliau memenangi Royal Rumble tahun ini.

Baca yang lain