Kerana Lapar, Arowana Kesayangan Anak Masuk Kuali Ayah

Bayangkan betapa terkejutnya korang apabila mengetahui bahawa ikan peliharaan kesayangan anda telah dimasak atas alasan demi mengisi perut keluarga anda yang lain yang kelaparan.

Ikan itu adalah ikan arowana yang berharga sekitar RM605.70 yang dipelihara seorang lelaki bernama Bayu Kabupaten Sukoharjo Jawa Tengah.

Beliau baru sahaja menangisi tragedi kehilangan arowana baru-baru ini telah menarik simpati dari ramai orang di Indonesia terutamanay mereka yang ada hobi yang sama memelihara ikan peliharaan yang berharga.

Bayu, yang bekerja di kota industri Cikarang di Kabupaten Bekasi, membeli ikan tersebut di pasar Jatinegara di Jakarta Timur, yang terkenal dengan ikan hiasannya.

Baru-baru ini, semasa Bayu berada jauh dari rumah, abangnya menghantarnya foto ikan itu ketika sedang disiapkan dan kemudian digoreng oleh ayahnya, yang memutuskan untuk memasaknya kerana lapar – tanpa izinnya.

Bayu menceritakan, dia menghantar arowana itu ke kampung supaya lebih sihat dan lebih besar. Namun ayahnya pula tak kuasa nak membela ikan itu.

Bayu menulis: “Arowana saya digoreng oleh ayah saya. Saya membelinya di Jatinegara, berusia sekitar empat tahun dan telah menemani saya di Cikarang selama dua tahun.”

“Saya membawanya pulang [ke Sukoharjo] tetapi ayah saya tidak kuasa nak menjaganya kerana dia malas nak menjaganya dan akhirnya menggorengnya,”kata Bayu.

Kisah arowana Bayu telah tersebar luas di internet, diikuti dengan berbagai laporan oleh media tempatan sejak hujung minggu lalu.

Arowana merupakan salah satu ikan peliharaan yang paling popular dan mahal di Indonesia.

“Saya membeli ikan arowana emas dengan harga IDR800,000 (US $56,70) di Jatinegara. Ianya sudah mahal ketika itu, [dan] ikan saya dapat dijual dengan harga sekitar Rp2 juta (US $ 141.7, RM605.70),”kata Bayu.

Ikan arowana tersebut bertambah besar setelah kira-kira dua tahun.

Kemudian, Bayu membawanya ke rumah orang tuanya di Sukoharjo, dengan harapan dapat menikmati tangki ikan yang lebih besar dan dijaga dengan baik.

Namun, sebaliknya yang berlaku. Bayu mengatakan ayahnya tidak menjaga arowana dan bahkan memakannya, walaupun arowana biasanya memakan cengkerik dan lipan.

“Semasa di sana, ikan saya tidak dijaga dengan baik kerana saya ada masalah mata. Mata saya sudah dibedah, alhamdulillah (syukur) ia kembali sihat. Kemudian saya mendapat berita bahawa ayah saya menggoreng ikan,”kata Bayu.

Bayu menambah bahawa dia telah menerima nasib ikannya, walaupun dia tidak tahan membayangkan ayahnya memakan arwana kesayangannya.

Syukurlah, dia mengatakan tidak ada ahli keluarga lain yang menyertai bapanya untuk makan arowana.

“Saya telah meredhakannya. Sekiranya saya membayangkan [ayah saya makan arowana saya] saya rasa muntah, ” jelas Bayu lagi.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi