Kisah Balotelli Memanggil Aguero Bongok Selepas Momen Agueroooo

Penjaring gol sepanjang zaman di Man City, Sergio Aguero meninggalkan kelab tersebut pada akhir musim ini dan akan menyertai Barcelona.

Kontrak penyerang Argentina berusia 32 tahun itu berakhir pada akhir musim ini dan tiada kesepakatan baharu dicapai di antara kedua dua pihak.

Aguero, yang menyertai City dari Atletico Madrid pada tahun 2011, telah menjaringkan 247 gol dalam 374 penampilan untuk City.

Aguero telah memainkan peranan utama dalam kebangkitan City dalam beberapa musim – era pemilikan Sheikh Mansour di kelab tersebut.

Dan paling ikonik adalah detik menjaringkan gol kemenangan ketika menentang QPR pada tahun 2012 yang merangkul gelaran pertama Liga Perdana Inggeris dalam 44 tahun.

“Sumbangan Sergio kepada Manchester City selama 10 tahun terakhir tidak dapat dilanjutkan,” kata ketua pengarah Man City, Khaldoon Al Mubarak.

“Kelegendaan beliau akan terpahat dalam ingatan semua orang yang mencintai kelab dan mungkin juga pada mereka yang suka bola sepak.”

Aguero memuat naik ucapan selamat tinggal yang menyentuh perasaan untuk para peminatnya.

“Apabila kitaran ini menuju penghujungnya, banyak detik sensasi muncul.”

“Satu kepuasan dan kebangaaan bagi saya bermain untuk Man City sepanjang 10 musim penuh, perkara yang luar biasa bagi pemain profesional pada hari dan zaman ini.”

“Sepuluh musim dengan pencapaian besar, di sampig kejayaan saya menjadi pencetak gol terbanyak dalam sejarah dan menjalin ikatan yang tidak dapat dihancurkan dengan semua orang yang mencintai kelab  ini –  mereka adalah orang yang akan sentiasa ada di hati saya.”

“Saya menyertai semasa era pembinaan semula tahun 2011, dan dengan bimbingan pemilik dan sumbangan ramai pemain lain, kita berjaya menempatkan diri di tempat di antara yang terhebat di dunia.”

“Tugas untuk mengekalkan kedudukan istimewa ini selayaknya akan dipikul oleh orang lain.

“Bagi saya, saya akan terus berusaha semaksimum mungkin untuk memenangi lebih banyak gelaran dan membawa lebih banyak kegembiraan kepada peminat.”

“Kemudian, tahap baru dengan cabaran baru akan bermula, dan saya sepenuhnya sudah siap sedia menghadapinya dengan semangat dan profesionalisme yang sama yang selalu saya dedikasikan untuk terus bersaing di level tertinggi.”

Pep Guardiola sebelum ini menyatakan bahawa rundingan dengan Aguero menjadi rumit kerana kelab perlu menghormati beliau sebagai pemain berstatus legenda.

Guardiola sudah membayangkan bahawa pemain itu bakal meninggalkan kelab dan mencari cabaran baharu dan beliau ketika keraian piala EPL mengesahkan Aguero akan menyertai Barcelona – kelab yang dicintai Guardiola.

Aguero menunjukkan dia adalah penyerang elit yang kerap menewaskan penjaga gol dari sudut sukar.

Lebih menarik laporan yang sama memaparkan Aguero memiliki kemampuan untuk menjaringkan gol dengan kedua dua belah kakinya.

Selain itu beliau juga seorang pakar menewaskan penjaga gol di near post. Saksikan di sini visual laporan tersebut.

Ada juga yang mencuri tumpuan di sini. Satu gol jauh dari sebelah kanan beliau itu sangat ikonik di mana beliau menewaskan Pepe Reina dengan penyudah sangat tajam.

Aguero memiliki naluri pemusnah yang sangat hebat. Dan beliau mampu menjangka dan mengukur penjaga gol dengan tepat.

Premier League memberikan penghargaan kepada Aguero dengan memuat naik kompilasi gol beliau ketika bersama Man City.

Detik Aguerooooo!

Ianya dianggap sebagai salah satu detik paling gila dalam bola sepak. Di mana Manchester City dan Man United menentukan kejuaraan pada hari terakhir liga.

City memerlukan kemenangan di Etihad selepas Man United yang menamatkan perlawanan di sebelah lagi stadium.

Pada masa kecederaan, Aguero menerima bola daripada Balotelli yang sudah kehilangan keseimbangan badannya. Aguero dengan tenang melakukan body feint dan merembat masuk.

Dengan itu marilah kita ulang kembali detik AguerOOoOOooO:

Aguero berkongsi detik tersebut dalam buku autobiorafinya “Born to Rise.”

“Masa tu tak ada ruang untuk melakukan percubaan. Dan saya melihat peluang untuk menyusup masuk ke dalam kotak penalti. Ketika saya menolak bola melepasi Taye Taiwo, saya merasakan ada kontak dari belakang, saya berfikir adakah saya nak penalti ataupun meneruskannya. Tapi kontak itu terlalu minima dan saya meneruskannya.”

“Dan itulah dia, satu satunya peluang yang saya harapkan akan muncul dan saya harus memanfaatkannya, jadi saya merembat bola sekuat mungkin dan berharap hasil terbaik.”

“Saya masih ingat, ketika melihat bola menggegar jaring, mendengar jeritan gegak gempita. Saya membuka jersi saya dan memutarknannya di atas kepala. Ianya menjadi agak gila.”

Balotelli: Eh bongok, aku sayangkan kau

“Saya tahu masa perlawanan sudah berakhir dan gol itu akan memberikan kami kejuaraan. Namun saya masih terkejut dan hanya sedar ketika rakan rakan saya meluru ke arah saya dan memeluk saya sehingga saya terbaring di atas padang. Mereka memberitahu mereka sayangkan saya.”

“Mario kemudian merangkul saya dan berkata: You f***ing idiot! I love you big b****cks!”

Aguero meninggalkan City dengan menjadi pemain paling banyak menjaringkan gol untuk satu kelab.

Beliau juga mencatatkan rekod sebagai pemain dengan rekod purata minit setiap gol yang terbaik.

Sebelum meninggalkan England, Aguero sempat mendapatkan nota ulasan perlawanan ikonik ketika detik Agueroooo satu ketika dahulu.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi