Kisah Ben Arfa Yang Dianggap Benzema Persis Messi, Namun Hancur Kerana Disiplin

Karim Benzema dahulu pernah berkata: “Ben Arfa ibarat Messi, ini bukan guarauan. Namun dia seringkali gagal membuat keputusan terbaik dalam kariernya. Saya risau dia akan hancur. Apa yang dia perlu lakukan adalah fokus kepada bola sepak.”

“Dia mungkin tak setaraf Messi namun jika dia bersungguh sungguh, dia akan menjadi pemain elit.”

Itulah kata kata Benzema pada 4 tahun yang lalu.

Ternyata kata kata Benzema itu betul. Di mana Benzema pada hari ini masih menjadi pemain elit di dunia, manakala Ben Arfa hilang entah ke mana.

Jika bercerita soal bakat, Benzema memang di belakang Ben Arfa dari segi skil, kreativivi dan kepantasan ketika mereka sama sama membangun satu ketika dahulu. Baru baru ini, Djibril Cisse menyatakan perkara yang sama.

…. walaupun sebenarnya mereka berdua pernah bergocoh ketika dalam pasukan yang sama dahulu. Namun itu bukan alasan Cisse untuk menafikan kehebatan Ben Arfa.

Wonderkid harapan bangsa

Ketika itu, nama Ben Arfa dikaitkan dengan label seperti pengganti Zidane. Kerana dia adalah pemain muda Perancis yang paling menyinar.

Dia pernah terpilih ke akademi Clairefontaine di Perancis yang hanya untuk pemain pemain cilik elit. Ben Arfa kemudian menyertai kelab besar di Perancis dan seterusnya menyertai beberapa kelab eropah yang lain.

Pada awalnya dia banyak memanaskan bangku simpanan dan sukar menembusi skuad Lyon yang ketika itu dianggap skuad generasi emas. Namun Ben Arfa berjaya melakukannya pada musim 2007/08. Di mana pemain muda itu bermain 43 perlawanan dalam musim tersebut. Menjaringkan 8 gol dan mencetak 5 assist.

Terus Ben Arfa dinobatkan pemain muda terbaik tahunan Perancis.

Bakat dan kontroversi

Namun tidak lama selepas itu, Ben Arfa terlibat kontroversi pertama dalam karier profesional. Di mana dia bergaduh dengan rakan sepasukan Sebastien Squillaci di pusat latihan.

Oleh kerana dia seringkali bermasalah disiplin termasuk suka lambat ke latihan, maka Lyon menjualnya.

Ben Arfa tidak sukar mencari kelab baharu. Kerana Marseille terus menyambarnya. Di Marseille nama dia terus meningkat naik.

Dan sekali lagi dia bergaduh dengan pemain senior. Bukan sekali namun dua kali. Iaitu dengan Modeste M’bami dan juga Djibril Cisse.

Akibat daripada masalah tersebut, pengurus memutuskan untuk menghukum Ben Arfa dengan menggugurkannya daripada kesebelasan utama pada aksi berikutnya. Perkara biasa dilakukan pengurus.

Tak nak masuk padang

Ben Arfa menunjukkan sikap ditanya ketika itu. Dia mengejutkan jurulatihnya apabila enggan memanaskan badan. Dia marah kerana diletakkan di bangku simpanan.

Lebih teruk, Ben Arfa tak mahu masuk ke padang ketika pengurus memintanya masuk. Dia menyatakan dia cedera. Namun ternyata itu cuma kecederaan yang direka reka.

Ben Arfa terus memberikan masalah. Dia ponteng latihan dan didenda €10,000. Macam macam alasan dia datang lewat ke latihan. Paling teruk dia terlepas penerbangan pulang dari kampung keluarganya di Tunisia. Ketika itu bukan minggu rehat, tetapi dia selamber balik ke Tunisia.

Pengurus ketika itu, Didier Deschamps marah dan bersemuka dengannya. Deschamps terkejut kerana Ben Arfa dikatakan biadap dengannya. Dia melawan dan keras kepala.

Ben Arfa kemudian tampil dengan permohonan maaf. Itupun selepas media di Perancis dan peminat mulai mengecamnya. Mujur masa tu media sosial tak seteruk sekarang.

Rakan sepasukan di Marseille mulai menyampah dengan Ben Arfa. Mereka kemudian berterus terang bahawa secara majoriti, mereka tidak mahu Ben Arfa ada dalam pasukan.

Dia akhirnya dijual ke Newcastle dengan jumlah perpindahan yang dirahsiakan.

Di Newcastle, nama Ben Arfa meningkat naik. Dia mulai mencetak banyak gol dan assist. Namun hanya beberapa minggu selepas permulaan cemerlang, Ben Arfa mengalami kecderaan selepas dibentes oleh Nigel De Jong dengan satu bentesan kotor. Ini adalah kecederaan serius pertama Ben Arfa. Pertama kali juga dia berehat panjang.

Menjadi wira di St James’ Park

Ben Arfa banyak berehat pada musim pertamanya di Newcastle. Namun di England, Ben Arfa berubah menjadi insan lebih baik. Dia lebih berdisiplin. Mungkin kerana baru berada di tempat orang, maka dia tak banyak hal.

Dia kembali semula selepas 9 bulan berehat. Ben Arfa benar benar persis Messi di Tynside. Dia lincah, laju dan sukar dikawal.

Alan Pardew menganggap Ben Arfa adalah pemain istimewa. Dia boleh bergerak dari tengah dengan seorang diri tanpa bantuan sesiapa dan kemudian mencetuskan ancaman gol.

Newcastle pasukan yang bermain bertahan ke bawah. Jadi, bukan mudah untuk pemain penyerang bergerak sendiri ke atas. Ben Arfa melakukannya setiap minggu. Dia kemudian menjadi sanjungan peminat. Kelab kelab besar lain mulai mengintainya kembali.

Malang sekali, entah kenapa tiba tiba hubungan dia dengan Alan Pardew berantakan. Ben Arfa dikatakan kecewa kerap diletakkan di bangku simpanan ataupun dikeluarkan awal. Alan Pardew pula merasakan ketika itu Ben Arfa sedang merosot prestasinya.

Agak mengejutkan apabila Alan Pardew meminjamkan Ben Arfa ke Hull.

Musim hambar

Di Hull, pada musim 2014/15 adalah musim paling teruk dalam kariernya. Bermain 9 kali sahaja dan bertarung mengelak penyingkiran. Dia gagal menjaringkan sebarang gol dan hanya ada 1 assist.

Ben Arfa kemudian semakin dilupakan. Malah Steve Bruce yang ketika itu menjadi pengurus Hull langsung tak kisah di mana Ben Arfa berada. Dia nak datang latihan atau tak, dia punya pasal.

Dalam satu wawancara dengan wartawan, Bruce berkata: “Tak taulah teman di mana Ben Arfa chorr. Entah entah ada di rumah dia di Paris tu agaknya chor.”

Hull kemudian membatalkan perjanjian pinjaman itu lebih awal. Dia kembali ke Newcastle dan dihantar bermain dengan pasukan simpanan. Ben Arfa kemudian memutuskan untuk membatalkan kontraknya atas persetujuan bersama.

Menjadi bintang semula

Ketika kariernya kelihatan sudah mati, Ben Arfa menyertai Nice pada 2015/16. Dan siapa sangka, Ben Arfa menikmati karier terbaiknya sekali lagi.

Ramai yang menyatakan bahawa, musim 2015/16 sebagai musim terbaik dalam hidupnya sebagai pemain bola sepak,.

Menjaringkan 18 gol, 7 assist dan menjadi pemain kesebelasan terbaik tahunan Ligue 1.

Lebih menarik apabila bekas pengurus yang bergaduh dengannya dulu, Didider Deschamps memanggilnya kembali semula ke pasukan Perancis.

Media di Perancis menyatakan, Ben Arfa kali ini lebih fokus kepada karier. Kerana media tidak terarah kepadanya. Ramai yang tak sedar pun dia ada di Nice. Tengok tengok nama dia naik mendadak di sana.

Prestasi cemerlangnya bersama Nice membuatkan Ben Arfa menerima banyak tawaran. Antaranya dari kelab kaya, PSG.

Paris sebenarnya tak indah

Kariernya di PSG tidak seperti di Nice. Namun begitu, musim pertamanya dia tetap menyumbang sesuatu untuk membantu PSG menang 3 piala.

Pada musim kedua, dia terus hilang dari radar. Dia tak bermain langsung di bawah kendalian Unai Emery.

Unai mempersoalkan mentaliti dan juga dedikasi Ben Arfa di atas padang. Ben Arfa dikatakan sekali lagi berbalah dengan pengurusnya. Dan Unai mengarahkannya berlatih dengan pasukan simpanan.

Ben Arfa kemudian menyindir Unai Emery dan pengurusan PSG di media sosial beberapa kali. Namun dia tak nak membatalkan kontraknya kerana dia menerima gaji lumayan tanpa perlu bermain.

Seterusnya Ben Arfa mengecam Unai Emery yang menurutnya sengaja memanipulasi situasi kontraknya yang terkandung klausa bonus berdasarkan penampilan.

Di mana tindakan Unai itu membuatkan Ben Arfa terlepas banyak sekali bonus yang dia boleh dapat. Walaupun begitu, ramai peminat PSG meminta keadilan untuk Ben Arfa kerana merasakan Unai Emery bersikap kejam dengan pemain itu.

Emery menyindir Ben Arfa yang selalu mengkritiknya dengan menyatakan: “Jangan perasan kamu itu Messi”.

Saman PSG

Ben Arfa melantik peguam dan menuntut pampasan €8 juta daripada PSG. Dia kemudian meninggalkan PSG setelah kontraknya tamat dan menyertai Rennes.

Seperti kisah sebelum ini, selepas kejatuhan, Ben Arfa akan bangkit kembali.

Balas dendam

Pada musim 2018/19 dia menikmati musim cemerlang sekali lagi bersama Rennes. Dan lebih manis buatnya, dia menjaringkan gol penentuan penalti untuk membantu Rennes menewaskan kelab yang membekukannya – dalam aksi perlawanan akhir Piala Perancis.

Ia dianggap malam balas dendam Ben Arfa kepada PSG.

Walaupun musim cemerlang dilalui Ben Arfa, namun kedua dua pihak memutuskan untuk tidak mengaktifkan klausa opsyen lanjutan semusim.

Fasa akhir

Ben Arfa menyertai Real Valladolid 2019-2020. Dan sama seperti skrip sebelum ini, setiap kali dia meninggalkan kelab yang kariernya bagik, kariernya akan hambar sekali lagi.

Dia hanya muncul 5 kali untuk Real Valladolid dalam 6 bulan kariernya di sana.

Kini Ben Arfa beraksi bersam Bordeux bermain pada fasa akhir kariernya. Namun kisah Ben Arfa ini sangat tragis untuk dikenang. Kerana dia seorang wonderkid yang paling panas di Perancis ketika dahulu. Namun hanya meniiti karier yang turun naik.

Masalah disiplin ketika muda antara isu paling mempengaruhi Ben Arfa dalam kariernya.

Baca yang lain