Kisah Ibrahimovic Tunggu 4 Tahun Untuk Melakukan Sepakan Taekwando Ke Arah Materrazi

Legenda bola sepak Sweden, Zlatan Ibrahimovic mengakui dia menunggu empat tahun untuk membalas dendam terhadap Marco Materazzi.

Kisah dendam Ibrahimovic terhadap Materazzi bermula ketika Ibrahimovic masih bermain untuk Juventus. Di mana dalam satu perlawanan Ibrahimovic turun beraksi menentang Inter Milan.

Ketika itu Ibrahimovic terpaksa berduel dengan Materazzi. Dan menurut Ibra, dia mendapat ‘layanan’ sangat kejam daripada Materrazi.

Materrazi berterusan melakukan kekasaran ke atas Zlatan. Sehinggakan Ibrahimovic tercedera kerana bentesannya.

“Saya berada di Juve dan kami menentang Inter. Materazzi melancarkan terjahan seperti seorang pembunuh dan mencederakan saya.”

“Dia seorang pemain bola sepak yang sangat susah untuk dilawan – dia pemain yang sukar. Tidak mengapa,” sambung Ibrahimovic lagi.

Ibrahimovic mengakui ketika itu dia mahu segera membalas terjahan Marco Materazzi. Malangnya ia tidak berjaya kerana dia cedera akibat terjahan Materazzi.

“Tetapi ada dua cara untuk menjadi seseorang pemain pertahanan ini menjadi pemain yang sukar. Salah satunya bertujuan untuk menyakiti anda. Sebaliknya satu lagi, pemain seperti [Paolo] Maldini juga sukar, tetapi dengan matlamat berbeza,” katanya.

“Ia adalah perlawanan Juventus-Inter pada 2006 dan selepas berlaku kekasaran ke atas saya, saya kemudian terpaksa meninggalkan padang buat sementara waktu dan [jurulatih Fabio] Capello berkata, ‘Saya akan menggantikan kamu’. Saya berkata, ‘tidak, saya akan teruskan,'” katanya yang berniat sekurang kurangnya mahu membalas dendam pada hari itu.

“Saya mahu kembali ke padang untuk membalas dendam terhadap Matrix. Kalau ada pemain yang lain ‘buat’ kat saya, saya juga takkan lupakan mereka.”

Tetapi selepas dua minit, saya terlalu sakit untuk meneruskan. Saya tidak boleh bermain. Kemudian saya berhijrah ke Inter, Barcelona, ​​​​Milan…”

Ketika beraksi Di Milanlah Zlatan Ibrahimovic boleh mendapat peluang untuk membalas dendamnya dalam derby della madoninna ataupun derbi Milano.

Ketika di Inter, mustahil untuk Zlatan melancarkan serangan ke atas Materrazi. Kerana mereka berdua menjadi rakan sepasukan ketika di sana.

Oleh itu kesempatan untuk membalas dendam tiba apabila Zlatan menyarung jersi Inter dan ianya lebih baik apabila berlaku dalam perlawanan derbi.

Dalam aksi tersebut, tanpa banyak songeh Ibrahimovic telah memutuskan untuk melancarkan sepakan taekwando ke arah Marco Materazzi dalam perlawanan itu apabila kesempatan itu tiba.

Ibrahimovic benar benar melakukannya dan membuatkan pemain itu tersungkur. Dia menapak lutut pemain itu dengan sikunya singgah di kepala Materrazi.

Aksi itu benar benar mengejutkan ramai pemain Inter yang lain.

“Dalam perlawanan pertama, derby 2010-11, mereka semua menentang saya. OK, ini akan memotivasikan saya. Tetapi, jika anda tidak mempunyai apa-apa kawalan daripada lawan, makan ianya tidak bagus.”

“Apabila anda hilang akal, anda akan melakukan sesuatu yang bodoh. Saya mendapat penalti, dan siapa yang melanggar saya? Materazzi. 1-0 kepada Milan,” katanya lagi kepada Football Italia.

“Pada separuh masa kedua, Matrix menghampiri saya dan saya menewaskannya dengan gerakan Taekwondo, saya menghantarnya terus ke hospital. [Dejan] Stankovic bertanya kepada saya; ‘Mengapa kamu berbuat demikian?’ Dan saya menjawabnya: Saya telah menunggu saat ini selama empat tahun. Sebab itulah [saya buat],” jelasnya.

“Kemudian saya dibuang padang. Setiap tindakan ada akibatnya. Milan menang dan ia adalah saat yang sangat bagus, kerana kelab itu kelab yang hebat,” kata Ibrahimovic.

Ibrahimovic merupakan pemain yang dikenali dengan sikap egonya di atas padang. Beliau antara penyerang terbaik pada generasinya.

Pada usianya yang sangat lanjut, Ibrahimovic masih beraksi di liga utama di Eropah sebagai pemain utama AC Milan.

 

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi