Kisah Jese Rodriguez: ‘Next Ronaldo’ Yang Gagal Kerana Cinggey Dan Tidak Berdisiplin

Korang mungkin masih ingat Jese Rodriguez yang pernah dianggap pengganti Cristiano Ronaldo pada satu ketika dahulu.

Teknik larian dan gaya permainannya memang mirip dengan stail Ronaldo.

Namun malangnya, kariernya pegun dan tak berkembang. Malah telatah di luar padangnya pula ibarat sinetron.

Daripada apartmen yang meletup hingga kisah tunangnya keluar lari dari rumah kerana mendapat tahu mereka akan ke Stoke, inilah kisah hidupnya yang penuh dengan dramat.

Penyerang Sepanyol itu pernah disebut sebagai prospek terhangat Real Madrid, dan digelar sebagai “Ronaldo seterusnya.”

Namun dia bergelut dengan beberapa siri kecederaan pada awal kariernya. Pemulihannya lambat kerana dia terlalu bergantung kepada rawatan di pusat latihan Real Madrid.

Tiada usaha tambahan untuk menyegerakan pemulihan itu serta gaya hidupnya yang kerap berparti.

Ketika berusia 21 tahun, rumahnya pernah terbakar selepas tong gas di dapur bocor.

Pihak bomba bergegas menyelamatkan Jese daripada terperangkap dalam kebakaran.

Itu antara gambaran betapa hidupnya penuh dengan kucar kacir di luar padang.

Jese kemudian jarang mendapat masa bermain di Real Madrid. Selain faktor Cristiano Ronaldo, dia sendiri juga puncanya. Dia malah tak mampu menjadi pemain gantian ataupun pilihan ketiga sekalipun.

Hal ini kerana masalah disiplin ada padanya. Dia terlalu leka dengan pujian media Sepanyol dan gagal mengendalikan status bintang Real Madrid yang hadir kepadanya pada usia muda.

Itulah sebabnya kenapa dia jarang bermain.

Dia kemudian dikurniakan ada dua orang anak bersama dengan teman wanitanya terdahulu, sebelum dia bercinta dengan selebriti, Aurah Ruiz.

Dia menamakan anak sulungnya Jese Jr. Dia bangga menyatakan bahawa nama itu akan membuatkan anaknya pun turut berbangga suatu hari nanti.

Bola sepak kemudian bergelar ayah pada usia muda agak sukar untuk ditangani Jese. Ini kerana dia seorang yang kuat berparti.

Dia malah mahu menjadi selebriti dan melabur wang untuk menjadi penyanyi dengan alter egonya Jey M.

Tertarik dengan penampilannya, membuatkan bintang realiti tv, Aurah Ruiz terpikat kepadanya.

Akibat terlalu banyak aktiviti berparti dan menyanyi di luar padang, Real Madrid mulai mencari jalan untuk menyingkirkannya.

Entah macamana, kelab seperti PSG boleh tertarik dengan Jese yang tidak memiliki rekod yang bagus dalam beberapa musim. Mungkin kerana mereka percaya Jese sebenarnya boleh kembali bangkit dan menjadi Cristiano Ronaldo seterusnya?

Aurah menyertainya tingal di Paris, di mana mereka dilaporkan menyembunyikan bahawa mereka mempunyai seorang anak lelaki.

Selepas PSG menolaknya, Jese telah dihantar secara pinjaman ke Stoke City milik Tony Pulis. Tidak mahu berpindah ke Potteries, dan masih mahu tinggal di Paris, Aurah dikatakan telah memutuskan untuk merajuk dan lari dari rumah. Dia berjalan sejauh satu batu dan dipujuk oleh Jese.

Selepas itu, Jese bertekad mahu merampas tempat dalam skuad PSG dan bertekad mahu kembali semula.

Tidak lama kemudian, Aurah telah mengheret Jese ke mahkamah kerana mengabaikan tugasnya sebagai bapa.

Namun kes itu kemudian tergantung kerana Aurah tiba tiba menerima kontrak untuk muncul dalam siri realiti Celebrity Big Brother.

Dia cuma bertahan selama 71 hari sebelum rakan serumahnya mencalonkannya untuk diusir keluar.

Jese ketika itu mengambil peluang untuk menjernihkan keadaan dengan Aurah dengan menunjukkan sokonganya. Dia mengeluarkan €5,000 untuk undian SMS demi Aurah. Masih tidak dapat membantu Aurah mengelak penyingkiran.

Keadaan masih tidak dapat dijernihkan. Malah selepas itu Jese pula yang melawan pertuduhan Aurah dengan mendakwa Aurah sebagai memfitnahnya dan menganggunya.

Jese menuntut mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 3 sehingga 5 tahun ke atas Aurah.

Dia menang dalam pertarungan di bilik mahkamah mereka, ketika hakim menjatuhkan hukuman kepada Aurah. Di mana wanita itu dikenakan hukuman 9 hari khidmat masyarakat.

Tetapi keadaan menjadi lebih gila. Wartawan terpinga pinga apabila Jese dan Aurah berjala keluar dari mahkamah dengan berpegangan tangan, kemudian sempat bercium di tangga di hadapan wartawan.

Drama bukan?

Pasangan kekasih itu kemudian mengumumkan bahawa mereka bersatu kembali berlepas ke Gran Canaria untuk meraikan ulang tahun Aurah yang ke-31.

Majlis harijadi itu turut kontroversi kerana Jese dan Aurah melanggar perintah lockdown pada ketika itu, Menganjurkan parti harijadi di tengah tengah lockdown.

Jese menjadi antara pemain yang pernah didenda kerana melanggar peraturan penjarakan sosial.

Tetapi dia mempunyai masalah yang lebih besar daripada PSG.

Dua hari kemudian, Aurah pulang ke rumah untuk mendapati Jese sedang bercengkerama di atas sofa bersama rakan baiknya, Amar Rocio.

Aurah yang bengang telah mengamuk dan menyerang Jese dan Amar dengan kayu mop yang digunakan kolam renang. Laporan turut menyebut, Aurah sempat membuang beberapa perabot mereka ke dalam kolam.

Aurah sengaja mendedahkan video dia menyerang Amar dan Jese itu kepada dunia. Dia melabel Amar sebagi perempuan murahan.

Sebagai tindakan balas, Amar berkongsi klip Jese memanggil Aurah “membosankan” dan “gila”, dan mengancam untuk mendedahkan “pesta hubungan ehem ehem” mereka di kelab malam.

Aurah melarikan diri dari kehidupan rumah tangganya yang kacau-bilau untuk kembali ke ruang selamat TV realiti dengan program La Casa Fuerta.

Jese yang putus asa kemudian menelefon saluran TV untuk bercakap dengan Aurah.

“Saya nampak awak tidak gembira”, dia memberitahunya dalam panggilan telefon yang disiarkan secara langsung kepada jutaan orang.

Jese cuba menunjukkan simpati dia kepada Aurah. Namun Aurah tidak melayannya.

Aurah ternyata sudah bosan dengan perangai Jese yang hipokrit dan buaya darat.

Aurah bukan satu-satunya yang menyampah dengan Jese – PSG akhirnya bosan dengan kisah kehidupan peribadi Jese yang menyebabkan kelab itu menamatkan kontraknya.

Dia malah mengalami masalah kegemukan.

Mereka menganggap Jese sebenarnya satu malapetaka dan menjadikannya sebagai salah satu panduan mereka di masa akan dayang.

Dia kemudian menjalani kehidupan sebagai seorang bujang dan tanpa kelab. Bekas wonderkid Real Madrid itu beraksi di peringkat divisyen 2 di Sepanyol, menyertai pasukan Kepulauan Canary, Las Palmas.

Tetapi ketika dia menemui semula sentuhan golnya, berita tersebar bahawa Jese telah menjadi mangsa insiden langgar lari.

Rakaman video kasar muncul menunjukkan penyerang itu terpincang-pincang di tepi jalan, dan saksi melaporkan seorang wanita yang sepadan dengan sosok Aurah memecut meninggalkan tempat kejadian.

Aurah menafikan dia melanggar Jese. Tidak lama kemudian, Jese turut menafikan bahawa Aurah yang melanggarnya. Jese tidak pernah membuat laporan atau aduan tentang perkara itu kepada polis. Itu lagi pelik.

Jadi, jika anda rasa kisah Wanda Nara dan Mauro Icardi sudah cukup gila, bagaimana pula dengan kisah Jese?

Setelah sekian lama Jese memujuk semula Aurah, akhirnya mereka kembali semula. Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada musim panas, dan minggu lalu diumumkan Aurah mengandung anak keenam Jese.

 

Baca yang lain