Kisah Lucu Crouch Diabaikan Ronaldo Sebab Tak Kenal

Bekas penyerang Liverpool dan England, Peter Crouch, memang seorang yang sangat terkenal. Lebih lebih lagi kerana senang nak kenal dia kerana dia tinggi lampai macam Zirafah.

Dia pun menganggap zirafah sebagai keluarganya.

Tetapi ternyata bintang legenda Ronaldo Fenomeno tidak mengenali Peter Crouch langsung, walaupu si tinggi lampai itu berada di depan matanya.

Peter Crouch berkongsi kisah lucu tentang bagaimana dia diabaikan oleh Ronaldo R9 di Ibiza, sebuah pulau peranginan popular menjadi pilihan ramai selebriti untuk menghabiskan waktu cuti mereka.

Crouch ketika itu menghabiskan percutian ke pulau itu seperti mana ramai pemain terkemuka dunia. Di sana dia bertemu bekas pemain Real Madrid itu. Alangkah terujanya Crouch ketika itu.

Crouch mengakui bahawa beliau merupakan peminat tegar Ronaldo Fenomeno dan menganggap pemain itu sebagai idolanya. Apabila melihat Ronaldo berada depan matanya dia jadi teruja dan berharap akan dapat bersembang dan bermesra bersama legenda itu.

“Saya pernah bertemu dengannya [Ronaldo R9] sekali, ketika saya sedang bercuti di Ibiza dan saya melihat dia [Ronaldo] di pantai. Dia sibuk menikmati setiap botol bir.”

“Ronaldo adalah idola saya.”

“Ketika itu dia sedang duduk menikmati bir dengan asthray rokok diletakkannya di atas perutnya.”

“Setiap kali selepas dia menghabiskan minumannya, supermodel cantik yang menemaninya akan terus mengambilkan tin bir yang baru untuknya” kata Crouch.

Crouch segera menghampiri dan berharap Ronaldo akan mengenalinya dan beramah mesra dengannya sebagai salah seorang pemain paling terkenal dalam Liga Perdana Inggeris ketika itu.

Bagaimanapun, bintang Brazil itu bersikap acuh tak acuh dan tidak melayannya seperti dia adalah pemain profesional yang terkenal.

Ronaldo melayan beberapa peminat yang mahu bergambar dengannya. Crouch pun menghampiri Ronaldo untuk bergambar. Dan Ronaldo melayan Crouch sama seperti peminat yang lain.

“Saya tidak boleh melepaskan peluang untuk bergambar dengannya jadi saya menghampirinya. Saya berharap dia akan berkata: ‘Oh, awak Crouch!’ Namun malang sekali, dia tidak mengenali saya langsung.”

“Kemudian saya terus mengambil gambar bersamanya dan dia tidak menyedari bahawa saya sebenarnya seorang pemain bola sepak ketika itu,” kata Crouch.

Ronaldo bergambar bersama Crouch sebagai tanda menyantuni peminatnya. Selepas bergambar Crouch pun beredar daripada tempat tersebut.

Ronaldo dianggap sebagai penyerang no.9 paling elegan dalam sejarah bola sepak dunia. Beliau pernah beraksi dengan beberapa kelab terkemuka di Eropah termasuk Inter Milan, Barcelona, Real Madrid dan AC Milan.

Bersama dengan skuad Brazil, Ronaldo pernah memenangi Piala Dunia. Beliau menjadi idola kepada ramai pemain bola sepak pada hari ini. Antaranya Zlatan Ibrahimovic yang menganggap Ronaldo R9 sebagai bakat yang dilahirkan bukannya bakat yang dicipta.

Namun kariernya tidak panjang kerana masalah kecederaan dan kemudian masalah berat badan.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah