Kisah Maguire Dan Onana Pastikan Kemenangan United Pada Malam Peringatan Bobby Charlton

Andre Onana dan Harry Maguire adalah wira yang tidak disangka sangka apabila Manchester United meraih kemenangan pertama mereka dalam Liga Juara-Juara Eropah dengan menewaskan FC Copenhagen 1-0 pada malam penghormatan untuk mendiang Bobby Charlton di Old Trafford.

Bek tengah Maguire yang kerap dikecam, telah menanduk masuk gol tunggal perlawanan 18 minit sebelum tamat sebelum Onana menyelamatkan sepakan penalti Jordan Larsson dengan sepakan terakhir permainan pada masa kecederaan.

Kelab gergasi Inggeris itu telah tewas dalam dua perlawanan pembukaan kumpulan Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam sejarah kelab, tetapi kembali bersaing untuk merebut tenpat dalm pusingan 16 terakhir hasil kemenangan yang sangat penting ini.

Salah seorang pemain terbaik United, Bobby Charlton meninggal dunia pada hari Sabtu pada usia 86 tahun. Satu penghormatan yang mengharukan telah diberikan kepada pemenang Piala Dunia 1966 itu sebelum sepak mula apabila bos United, Erik ten Hag meletakkan kalungan bunga di bulatan tengah sebelum sesi senyap seminit.

Ten Hag menggesa pemainnya untuk mendapatkan inspirasi daripada legasi Charlton selepas permulaan yang sukar untuk musim ini.

Tetapi pengurus Belanda itu pasti kecewa dengan satu lagi persembahan hambar pada separuh masa pertama. Di mana pasukan juara Denmark hanya beberapa inci untuk mendahului selepas hanya lima minit.

Maguire terperangkap dalam penguasaan bola oleh Mohamed Elyounoussi dan hantaran lintang bekas penyerang Southampton itu disambar ke tiang oleh Diogo Goncalves.

Separuh masa pertama benar benar mengecewakan peminat United. Dan akhirnya Ten Hag bertindak balas dengan memperkenalkan pemain antarabangsa Denmark Christian Eriksen menentang rakan rakan senegaranya.

Bagaimanapun, Copenhagen sekali lagi hampir mendahului United.

Onana yang telah membuat kesilapan berprofil tinggi dalam kedua-dua kekalahan Liga Juara-Juara United kepada Bayern Munich dan Galatasaray.

Tetapi penjaga gol yang membantu Inter Milan mara ke final pertandingan musim lalu menunjukkan mengapa United membelanjakan £47 juta kepadanya pada Julai.

Penyelamatan penting pertama Onana dalam permainan menghalang rembatan Lukas Lerager menemui sudut atas gawangnya.

Beberapa saat kemudian Elias Achouri meledak bola voli apabila tidak dikawal di tiang belakang.

Rasmus Hojlund adalah pemain yang dianggap pengganti Eriksen sebagai harapan besar pasukan antarabangsa Denmark, tetapi dia gagal untuk menyinar menentang bekas kelabnya.

Sumbangan Hojlund yang paling ketara adalah apabila Eriksen melakukan rembatan rendah yang hebat namun diselamatkan dengan cemerlang oleh bekas penjaga gol Liverpool, Kamil Grabara.

Kehilangan prestasi luar biasa seperti musim lalu oleh Marcus Rashford telah memberikan impak yang besar ke atas prestasi United di hadapan gol musim ini.

Pemain antarabangsa England itu, yang menjaringkan 30 gol musim lalu, hanya mencetak 1 gol setakat ini pada kempen musim ini dan mensia-siakan peluang keemasan untuk membuka jaringan dengan sentuhan kurang kemas ketika satu lawan satu dengan Grabara.

Pemain gantian Alejandro Garnacho kemudian melakukan perkara yang sama dengan hanya Grabara untuk ditewaskan.

Sebaliknya pertahanan tengah Maguire menyelamatkan air muka barisan penyerang United dan memastikan perpisahan dengan Sir Bobby Charlton diperingati dengan kemenangan.

Pemain antarabangsa England itu sebelum ini bergelut untuk menjadi pemain kesebelasan Ten Hag walaupun pertahanan lain cedera. Tapi kali ini sudah beberapa kali dia diberikan kepercayaan itu. Sebelum aksi ini dia menjadi MOTM lawan Sheffield. Kini dia kembali menyinar.

Maguire menyambar hantaran lintang Eriksen dengan tandukan peluru 18 minit sebelum tamat.

United sepatutnya menambah satu saat lagi gol namun Garnacho dan Scott McTominay melepaskan peluang besar untuk menggandakan pendahuluan.

Dan mereka hampir terpaksa membayar harga yang tinggi apabila McTominay dihukum kerana mengasari Elyounoussi di dalam kotak penalti. Penalti kedua diberikan McTominay kepada lawan dalam 2 perlawanan terakhir.

Larsson, anak kepada bekas penyerang United, Henrik Larsson, melangkah ke hadapan tetapi usaha kuatnya dipatahkan oleh Onana untuk mencetuskan suasana perayaan yang sangat girang oleh United.

Kemenangan membawa United di atas Copenhagen ke tempat ketiga dalam Kumpulan A dan dalam beza hanya satu mata di belakang Galatasaray.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah