Kisah Oliver Kahn Yang Tak Bagi Kanak-Kanak 9 Tahun Skor Dalam Perlawanan Amal

Oliver Kahn merupakan penjaga gol legenda Jerman dan Bayern Munich yang digelar ‘Der Titan.’

Mukanya yang ganas dan aksinya yang mantap menjadikan beliau sebagai salah seorang penjaga gol terbaik pada generasi beliau.

Dan bagi peminat bola sepak dulu dulu, nama Oliver Kahn ini memang di hujung bibir.

Dalam kariernya, Kahn tak pernah sekali diragui intergritinya. Dan selepas bersara, intergriti itu dibawa bersamanya.

Beliau akan cuba sedaya upaya untuk menghalang lawannya daripada menjaringkan gol. Daripada lawan di Jerman sehinggalah ke Piala Dunia, dan juga budak 9 tahun.

Ya, budak 9 tahun pun Kahn tak akan kasi can la.

Buku bola sepak Tor! dalam satu catatannya menyatakan; Pada satu acara amal, penganjur telah menjemput Oliver Kahn telah dijemput.

Penganjur acara tersebut mahukan Oliver Kahn menjadi penjaga gol berhadapan dengan kanak – kanak berusia 9 tahun.

Di mana Kahn akan mengawal gol dalam situasi sepakan penalti yang akan diambil oleh sekumpulan kanak kanak berusia 9 tahun.

Untuk setiap gol yang dijaringkan oleh kanak-kanak itu mengatasi legenda Bayern itu, ianya akan menjadi wang sumbangan amal.

Pasti korang akan expect penalti yang suka suki kan? Begitu juga pihak penganjur.

Malangnya harapan anda itu tak akan ditunaikan Kahn. Dia memang pantang nak bagi orang laluan mudah untuk melepasinya.

Kahn yang ketika itu berusia 49 tahun telah bersungguh – sungguh dan menyelamatkan kesemua penalti budak 9 tahun itu.

Malah Tor menyatakan bahawa, Kahn turut menggunakan body language yang sama dengan ketika dia berhadapan dengan pemain bintag profesional termasuk Ronaldo R9.

Kahn menunjukkan muka bengisnya dan memberikan kegerunan kepada kanak kanak itu dengan perang psikologi.

Kahn memang suka menunjukkan wajah bengis dan kelakukan panasnya di atas padang untuk mengganggu fokus para pemain.

“Saya sering menggunakan bahasa tubuh saya untuk menunjukkan kepada kawan saya bahawa saya ada di belakang mereka. Dan menimbulkan kegerunan pada lawan saya.”

“Penjaga gol memerlukan unsur kegilaan. Mana lagi ada manusia yang akan berdiri di sana dan membenarkan orang merembat bola ke wajah atau perut mereka, dan masih menganggapnya ia perkara hebat?”

Ternyata pihak penganjur membuat pilihan yang silap dalam acara ini. Mungkin mereka patut membayar setiap bola yang Kahn save.

Tapi tu la, kesian la bebudak ni kan.

Dikatakan selepas tamat acara itu, Kahn telah menyumbangkan dana peribadinya kepada program tersebut.

Kau tengok, sanggup Kahn pakai duit sendiri dan suruh penaja simpan duit yang mereka mahu bayar untuk bolos.

Diharap penganjur ni tak jemput Kahn, Diego Costa, Gatusso, Roy Keane dan Joey Barton dalam satu acara futsal amal pula berhadapan dengan kanak kanak.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai