Kisah Wanita Saman Hooters Kerana Dijanjikan Toyota Tetapi Dapat Patung Yoda

Seorang pelayan restauran memiliki kisah luar biasa, menyaman syarikat yang dianggap menipunya. Ini selepas dia berusaha keras untuk memenangi sebuah kereta Toyota jika dia berjaya menjadi orang yang paling banyak menjual bir kepada pelanggan.

Jodee Berry, seorang bekas pelayan Hooters, menyangka dia berada dalam perjanjian sekali dalam hidupnya apabila dia dijanjikan sebuah Toyota serba baharu jika dia memenangi pertandingan jualan bir di restoran dalam masa sebulan.

Pada tahun 2001, akhirnya Jodee memenangi peraduan dengan menjual bir paling banyak dalam sebulan. Ianya memerlukan usaha yang berlipat ganda berbanding sebelum ini.

Syarikat tempat dia bekerja telah mengadakan majlis penyerahan hadiah. Mereka menutup matanya dengan kain dan membawanya ke tempat letak kereta. Dia benar benar mahu melihat kereta baharunya itu.

Ketika matanya dibuka, alangkah terkejutnya dia — malangnya dia cuma melihat patung mainan Yoda di hadapannya. Dia keliru apa yang berlaku. Syarikat memberitahu bahawa, hari itu adalah April Fools. Dan peraduan itu dibuat sempena menyambut hari April Fools.

Dia benar benar malu dan kecewa.Wanita itu, difahamkan, berang dan bukan sahaja meletak dari restauran itu tetapi juga bertindak menyaman mereka.

Rakan sekerja Jodee menggambarkan wanita itu benar benar bengang dan marah pada hari itu. Menganggap usahanya selama ini cuma sia sia.

Walaupun pengurus Hooters mendakwa ia hanya gurauan April Fools, setahun kemudian Berry dan Gulf Coast Wings, Inc., pemilik korporat restoran itu, berakhir dengan penyelesaian di mahkamah.

David Noll, peguamnya, mengumumkan mereka memenangi kes itu. Dan berkata bahawa jumlah wang yang diterima wanita itu akan membolehkan Jodee “memilih apa sahaja jenis Toyota yang dia mahu.”

Agak ironi kerana pada hari ini patung Yoda yang diterima oleh Jodee itu lebih mahal daripada Toyota miliknya. Ini kerana kolektor memburu barangan itu, ditambah dengan, patung di tangannya itu ada kisah yang popular di sebaliknya. Jika dia jual balik patung itu, dia akan mendapat wang sangat tinggi.

Jadi mereka tertanya tanya, adakah Jodee masih menyimpan patung Yoda itu atau sudah mengembalikannya sebagai sebahagian perjanjian.

Baca yang lain