Komen Aguero Ini Buatkan Penyokong Barca Bengang

Sergio Aguero membuatkan ramai penyokong Barca bengang apabila dia menganggap kejatuhan Barcelona sebelum ini bermula ketika Ousmane Dembele gagal menyempurnakan peluang terhidang berdepan Liverpool.

Sergio Aguero adalah legenda Manchester City. Dia datang sebagai ejen bebas ke Barcelona dengan harapan akan bermain bersama Lionel Messi.

Malangnya, Messi terpaksa dilepaskan kerana situasi kewangan yang tidak memihak Barca.

Kemudian Aguero terpaksa bersara awal selepas itu kerana kondisi kesihatannya.

Kini Aguero banyak bercakap di Twitch dan juga temubual di podcast.

Terbaru dia mengingati bagaimana kejatuhan Barcelona sebelum ini bermula pada detik Ousmane Dembele gagal menyempurnakan peluangnya di Nou Camp ketika berdepan Liverpool.

Aguero berkata: “Saya ingat lagi aksi Barca – Liverpool, perlawanan di Nou Camp pada 2019.”

“Ousmane Dembele memiliki peluang terhidang untuk menjadikan kedudukan 4-0 [namun dia gagal melakukannya].”

“Selepas perlawanan itu, Barca merudum.”

Komen Aguero itu kurang disenangi oleh ramai peminat Barcelona.

Menurut mereka, bukan Ousmane Dembele sahaja yang harus bertanggungjawab, namun kesemua pemain dalam pasukan.

Seorang peminat berkata: “Ya Ousmane harus menjaringkan gol pada peluang itu, namun melepaskan 4 bolos adalah aksi pertahanan yang tidak boleh dimaafkan.”

Pandangan yang sama dikongsikan seorang lagi peminat. Kenapa harus menyalahkan seorang pemain sahaja, sedangkan ketika itu Barca sudah ada 3 gol agregat.

Kemudian peminat yang lain menyebut bahawa, di Anfield sendiri, Barcelona memilki kira kira 5 peluang terbaik untuk menjaringkan gol, namun semuanya tidak disudahkan.

Sementara seorang lagi berkata: “Jadi, sekarang ini Aguero [masih lagi] legenda Barcelona? Kenapa dia selalu bercakap tentang Barcelona?”

“Martin Braithwaithe memiliki karier lebih baik di Barcelona. Aguero adalah milik Atletico Madrid.”

Barcelona telah banyak berubah pada era Xavi Hernandez. Dan kini mereka di kedudukan terbaik untuk menjulang La Liga sekali lagi.

Xavi malah membentuk salah satu gandingan pertahanan terbaik di Eropah pada masa ini. Kerja yang agak luar biasa dilakukan Xavi berdasarkan tekanan yang kuat daripada situasi kewangan Barca dan tekanan daripada La Liga.

Xavi kini dalam rundingan untuk kontrak baharu dengan Barca. Cuma pada masa ini dia kekal fokus kepada prestasi anak anak buahnya di atas padang.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah