Kvaratskhelia Kini Sasaran City & Newcastle, Pasarannya Melonjak Kepada €60 Juta Tak Sampai Setahun

Kvicha Kvaratskhelia kini semakin menarik perhatian ramai. Pemain Napoli itu sebenarnya tidak dikenali sebelum ini. Dia hanya dibeli dengan harga £7 juta / €9 juta daripada Dinamo Batumi pada musim panas yang yang lalu.

Dalam aksi UCL beberapa bulan lalu, Kvicha Kvaratskhelia menjadi pemain yang menyusahkan Liverpool di dalam aksi UCL di San Paolo.

Dan meneruskan lagi kecemerlangannya musim ini di peringkat domestik serta eropah.

Kini menjadi pemain dalam radar Pep Guardiola untuk dibawa masuk ke Manchester City.

Ini selepas dia berterusan mencetak gol dan memiliki kecergasan luar biasa.

Kvicha Kvaratskhelia memualakan 20 perlawanan daripada 21 aksi kompetitif untuk Napoli musim ini setakat ini.

Dan sudah menjaringkan 7 gol dalam Serie A serta 2 gol lagi dalam UCL.

Pemain antarabangsa Georgia itu dengan kreatif mencipta 7 assit di Serie A, hanya pemain Sergej Milinkovic-Savic yang sama jumlah dengannya.

Dia juga memiliki keupayaan menggelecek yang luar biasa, membuatkan dia digelar Kvaradona oleh peminat Napoli.

Wartawan CBS, Ben Jacobs dengan eksklusif mendedahkan bahawa Manchester City sedang memantau prestasi Kvicha Kvaratskhelia secara terperinci.

Selain daripada Manchester City, pasukan Newcastle United juga sangat berminat dengan pemain itu.

Jika Newcastle layak ke UCL musim hadapan, mereka akan memiliki had perbelanjaan yang lebih tinggi. Jadi, pemain Napoli itu adalah sasaran mereka.

Manchester City sebenarnya berminat untuk mendapatkan Kvicha Kvaratskhelia pada Januari. Namun Pep Guardiola merasakan ianya perbuatan yang sia sia kerana Napoli sedang dalam landasan terbaik untuk menjuarai Serie A musim ini dengan prestasi yang terus sukar dikekang.

Jika pun Napoli mahu menjual pemain itu pada Januari pastinya harga pemain itu tidak masuk akal.

Dengan squad depth City yang ada, mereka tidak begitu terdesak mahukan pemain itu segera. Tetapi di masa akan datang mereka mahukannya kerana mengambil kira usia pemain itu yang masih muda dan sangat sesuai dengan taktikal Pep Guardiola.

Kontrak semasa Kvaratskhelia sehingga 2027. Napoli pastinya sudah tahu bahawa pemain itu akan menjadi seperti pisang goreng panas pada jendela perpindahan akan datang.

Gandingan Kvicha Kvaratskhelia dengan Victor Osimhen musim ini sangat luar biasa. Sesuai dengan nama Kvicha Kvaratskhelia yang digelar Kvaradona, dia mungkin akan mengulangi pencapaian legenda itu memberikan kejuaraan Serie A pertama untuk kelab itu sejak 1989/90.

Berdasarkan sumber TranferMrkt, pemain itu kini diletakkan harga sekitar €60 juta, peningkatan luar biasa daripada €9 juta dalam masa kira kira hanya enam bulan.

Jika berlaku perang harga terutama sekali melibatkan kelab kelab EPL, harga itu mungkin boleh mencecah €100 juta.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai