Langkah Pertama Ancelotti, Mahu Memberi Motivasi Kepada Bintang Pudar

 

Carlo Ancelotti telah memulakan tugasnya di Real Madrid. Langkah pertama yang akan diambil oleh pengurus Itali ini adalah mengembalikan keyakinan dan memberi motivasi kepada bintang pasukan.

Ancelotti akan mula bercakap dengan beberapa pemainnya bagi meraih manfaat menjelang saingan musim hadapan.

Real Madrid mempunyai beberapa isu besar berkaitan prestasi pemain bintangnya. Eden Hazard tidak pernah menepati tanda harga yang dipikulnya.

Sejak sekian lama Gareth Bale juga tidak pernah menjadi tonggak penting pasukan sehinggalah pemain kebangsaan Wales itu dipinjamkan ke Tottenham Hotspur.

Real Madrid berbelanja lebih £200 juta untuk mendapatkan 2 pemain ini, namun sumbangan mereka serupa pemain £20 juta sahaja.

Ancelotti percaya beliau mampu mengembalikan kemampuan bintang dunia pada masa dahulu ini.

Musim lepas Hazard hanya tersenarai dalam kesebelasan utama sebanyak 7 kali, ia amat teruk. Vinius Junior terpaksa bekerja lebih keras walaupun mendapat gaji lebih kecil.

Kerja yang sepatutnya dilakukan oleh Bale di Real Madrid digalas Marco Asensio. Mungkin Real Madrid perlu membina sebuah padang golf khusus untuknya seperti yang dilakukan oleh Tottenham.

Satu lagi bintang yang mendapat perhatian Ancelotti ialah Sergio Ramos. Nama pemain ini tidak tersenarai dalam skuad Luis Enrique untuk menghadapi kejohanan Piala Eropah.

Merujuk kepada penglibatan Ramos dalam saingan La Liga, penyingkiran tersebut ada asasnya. Ramos tidak banyak terlibat dalam perlawanan liga. Rapael Varane dan Nacho menjadi pemain penting dibahagian pertahanan Real Madrid.

Walaubagaimanapun, Enrique masih mempunyai ruang untuk menyenaraikan Ramos sebelum sepak mula Piala Eropah bermula walaupun ianya agak mustahil.
Sepanyol perlukan sebab-sebab yang dibenarkan oleh UEFA untuk melakukan pertukaran pemain.

Bagi Ancelotti, beliau masih boleh mengembalikan Ramos sebagai pemain utama walaupun sudah berusia 35 tahun. Ia dibuktikan oleh Thomas Tuchel.

Kejuruteraan Jerman itu memberi peluang kepada pemain berusia seperti Thiago Silva untuk membuktikan dirimya masih layak berada dalam saingan tertinggi.

Marcelo pula antara pemain berusia bernama besar yang akan mendapat perhatian khusus oleh Ancelotti, sekurang-kurang menjadi pemain sokongan yang lebih baik kepada Ferland Mendy.

Selain mahu mengembalikan kegemilangan pemain-pemain bintang tersebut, Ancelotti juga dilihat berminat dengan Cristiano Ronaldo namun enggan mengulas lanjut.

Penyerang Portugal itu masih mempunyai baki kontrak bersama Juventus walaupun dilaporkan akan meninggalkan gergasi Itali.

RUMUSAN

Selepas dilantik menjadi pengurus Real Madrid, Ancelotti telah membayangkan bagaimana beliau mahu memulakan kerja disana.

Tidak seperti Barcelona yang kini sedang aktif pemain berkualiti pada harga percuma, Ancelotti pula melihat bagaimana mahu menguruskan pemain bintang mereka.

Buat kali pertamanya, sejak sedekad lepas, Real Madrid menamatkan musim tanpa sebarang piala.

Walaupun Zinedine Zidane pernah menghadiahkan 5 kejuaraan major (2 La Liga dan 3 Liga Juara Eropah), namun ia tidak menjadi lesen besar untuk Real Madrid mengekalkannya.

Jika Ancelotti berjaya memotivasikan pemain berusia seperti Tuchel, ia tidak akan dipanggil sebagai kejuruteraan Jerman tetapi mungkin the Italian Job.

Baca yang lain