Lelaki Ini Bekerja 70 Tahun Di Kilang Yang Sama Tanpa MC Walau Sehari

Mungkin sukar untuk kita percaya apabila ada seseorang itu bekerja selama 10 tahun tanpa ada satu pun MC. Apa pula reaksi kita kalau mendengar seseorang yang bekerja 70 tahun tanpa ada 1 MC pun.

Seorang atok di Britain yang berusia 85 tahun berjaya melakukannya. Dia bekerja dengan syarikat yang sama selama 70 tahun lamanya. Dan sepanjang tempoh itu dia tak pernah ambik MC pun.

Brian Chorley mula bekerja di kilang kasut asal Clarks — kilang C&J Clark di Street, Somerset di England pada tahun 1953 ketika itu dia baru berusia 15 tahun.

Selepas bekerja 45 jam seminggu, Brian pernah mendapat gaji pertamanya sebanyak dua paun dan tiga puluh sen. Dia pernah memberikan satu paun kepada ibunya sebagai tanggungjawab seorang anak.

Brian terus bekerja untuk Clarks sehingga tahun 1980-an. Apabila premis itu diubah menjadi pusat membeli-belah, dia berlatih semula untuk bekerja dalam perkhidmatan pelanggan.

Kehidupan awalnya

Keluarganya miskin dan bapanya menggalakkan dia mencari kerja pada usianya sangat muda. Dia menjelaskan: “Ayah saya berkata ‘nak, awak adah 15 tahun dan sekarang cuti sekolah, awak kena pergi kerja’. “Dan saya mahu melakukannya. Kami agak miskin selepas perang dunia ketika itu dan ayah berada dalam tentera. Saya mahu pergi bekerja dan mendapatkan sedikit wang untuk membantu keluarga saya.”

Brian, kini berusia 83 tahun, masih tidak bercadang untuk bersara dan berkata dia mahu menjadi seperti David Attenborough yang masih aktif bekerja pada usianya 95 tahun.

Membalas balik jasa majikan

Menurutnya, dia terhutang budi kepada majikannya yang baik dengannya sejak dari dulu. Walaupun sudah bertukar generasi. Oleh sebab itu dia akan cuba sedaya upaya hadir ke tempat kerja dan menjaga kesihatannya dengan sebaik mungkin.

Dalam rekod kehadirannya, dia sentiasa hadir 100% ke tempat kerja.

Bercakap kepada The Mirror,  Brian berkata: “Saya baru sahaja lulus pemeriksaan kesihatan dengan cemerlang dan saya mahu terus bekerja selagi boleh – saya mahu menjadi seperti David Attenborough.”

Menurut Brian lagi, dia tidak mahu hanya duduk atas kerusi malas di rumah. Kerana dia mahu sentiasa aktif dan berjumpa dengan orang ramai.

Brian berkata, “Saya kehilangan isteri saya lapan tahun lalu jadi di rumah saya tidak ada sesiapa yang saya boleh tengok. Saya mahu keluar, saya mahu melihat orang di luar dan saya sememangnya suka bekerja. Saya tidak mahu duduk di kerusi sepanjang hari – ia membosankan. Saya sentiasa berharap untuk bekerja.”

Adalah satu kepuasan bagi Brian apabila pelanggan mendapat perkhidmatan terbaik dan berpuas hati dengan layanannya.

Dia menambah, “Saya berusaha sedaya upaya untuk membantu orang. Saya melakukan segala yang saya mampu untuk memberi mereka perkhidmatan yang terbaik dan melayan mereka dengan penuh hormat. Saya dah banyak kali mendengar mereka berpuas hati dengan layanan saya. Setiap kali mereka memuji perkhidmatan saya, ianya adalah satu kepuasan bagi saya, itu sahaja yang saya mahu.”

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi