Lelaki Ini Menerangkan Kekayaan Jeff Bezos Dengan Beras, Hasilnya OMG!

Seorang lelaki yang tak ada kerja lain nak buat telah cuba menerangkan kekayaan Jeff Bezos dengan nisbah beras.

Di mana, sebutir beras mewakili USD100,000.00. Dan dia membandingkan kekayaaan itu dengan Jeff Bezos.

Jeff Bezos merupakan manusia terkaya di dunia pada ketika ini. Dan beliau memiliki kekayaan sekitar USD122 billion / RM488 billion.

Hasil daripada usaha pemuda ini yang mahu membandingkan sebutir beras ibarat setitis peluh petani bersamaan dengan USD100,000 dengan kekayaan Jeff Bezos membuatkan dia hanya mampu berkata, OMG!

Jom saksikan perbandingan di sini:

Siapakah Jeff Bezos?

Jeffrey Preston Bezos lahir pada 12 Januari 1964. Beliau adalah usahawan yang terkaya di dunia pada sejarah manusia era moden.

Beliau adalah penubuh, Pengerusi, CEO, Presiden, dan pemilik saham terbesar dalam Amazon.com.

Baru baru ini Forbes melaporkan kekayaannya sekitar USD122 billion.

Jeff Bezons merupakan billionaire  lulusan Universitas Princeton. Dan Bezos pernah menjadi anggota Phi Beta Kappa, bekerja sebagai penganalisis kewangan untuk D. E. Shaw & Co.

Beluau kemudian mendirikan Amazon pada tahun 1994. Bezos pernah dinobatkan sebagai Person of the Year oleh majalah TIME.

Baru baru ini, beliau menghadiahkan teman wanitanya rumah agam paling mahal di Los Angeles dengan harga USD165 juta.

Dan ianya kurang 10% darioada harta kekayaannya. Tak luak pun.

Sebelum membeli rumah tersebut untuk marka dia, Jeff Bezos baru sahaja membeli rumah pada Januari lalu di New York. Di mana dia membeli apartment bernilai USD80 juta.

Memang sukar nak membayangkan betapa kayanya Jeff Bezos di planet ini. Cukai beliau dekat Amazon sahaja tahun 2018 dilaporkan bernilai USD162 juta hasil daripada keuntungan USD13.3 billion.

Jadi kepada sesiapa yang rasanya ada pertalian persaudaraan ataupun kawan lama dengan Jeff Bezos bolehlah menghubungi beliau bertanyakan khabar.

Mana la tau kan.

Baca yang lain