Lelaki Ini Terpaksa Terima Lamaran 3 Beradik Kembar Dan Tinggalkan Keluarga

Berkahwin dengan tiga wanita serentak membuatkan seorang lelaki di Congo tiba-tiba menjadi buah mulut netizen dan viral di alam maya. Lelaki yang dikenali sebagai Luwizo itu telah berkahwin dengan 3 adik beradik kembar untuk dijadikan isteri.

Perkara itu benar benar mengejutkan ramai orang. Ini kerana, berkongsi kasih itu biasanya menjadi perkara paling dibenci wanita walaupun mereka kembar sekalipun. Tetapi tidak untuk lelaki bernama Luwizo.

Kisahnya menjadi bualan ramai selepas ketiga tiga adik beradik kembar wanita melamarnya secara serentak. Akhirnya Luwizo mengahwini 3 beradik kembar itu dengan mengadakan majlis perkahwinan di Kivu Selatan, bahagian timur Republik Demokratik Congo.

Luwizo menyatakan dia tak sampai hati memisahkan 3 beradik kembar itu hanya kerana dia mahu memilih seorang sahaja.

Luwizo pada mulanya menjalin hubungan dengan salah seorang kembar tiga, bernama Natalie. Luwizo sangat sayangkan Natalie dan berjanji akan menjadikannya isteri. Begitu juga dengan Natalie yang menganggap Luwizo lelaki terbaik untuk dijadikan pasangan hidupnya.

Mereka mula berkenalan menerusi Facebook.

Kemudian Natalie memperkenalkan Luwizo kepada dua adik kembarnya, Nadege dan Natasha. Tanpa disangka sangka, selepas pertemuan itu, kedua-duanya juga telah jatuh cinta dengan Luwizo, yang merupakan teman lelaki baru Natalie ketika itu.

Mereka tertawan dengan Luwizo yang kacak dan baik hati. Mereka jadi gila bayang dan sakit angau kerana Luwizo.

Luwizo dilamar

Lebih mengejutkan, pada akhirnya, Luwizo dilamar secara serentak oleh Natalie, Nadege dan Natasha. Kembar tiga itu sudah berbincang sesama sendiri. Akhirnya memutuskan bahawa bahawa lelaki itu harus mengahwini mereka bertiga.

Mereka memberitahu perkara itu kepada Luwizo. Mereka meminta Luwizo memilih, kahwin tiga atau putus dengan Natalie?

Sebagai lelaki yang setia, ia keputusan yang berat untuk Luwizo. Dan akhirnya dia menuruti permintaan itu.

Luwizo malah menyatakan bahawa, ketika ketiga tiga awek itu melamarnya, dia terkejut dan hampir pengsan. “Saya rasa seperti sedang bermimpi,” kata Luwizo.

Walaupun terkejut dengan lamaran 3 beradik kembar itu, Luwizo mendedahkan dia terpaksa mengahwini kesemua mereka kerana mereka adalah kembar tiga.

Luwizo mengakui idea untuk mengahwini tiga wanita sekali gus mendapat tentangan daripada ibu bapanya.

“Ibu bapa saya tidak faham apa yang saya sedang lakukan,” katanya.

Perkahwinan Luwizo dengan Natalie, Nadage, dan Natasha telah diadakan walaupun tanpa restu dan kehadiran ibu bapa Luwizo.

Walaupun ramai yang mengecam tindakan ketiga tiga gadis itu, namun bagi Natalie, Nadege dan Natasha, mereka tidak hairan dengan perkara itu. Malah mereka memang pernah terfikir akan perkara seperti itu akan berlaku.

Ia jelas bukan perkara luar biasa bagi mereka, kerana mereka sudah biasa berkongsi segala-galanya sejak kecil.

“Hari ini kami sangat gembira, kerana impian kami menjadi kenyataan tanpa dipisahkan oleh suami, Tuhan mendengar doa kami,” kata mereka bertiga.

Putus keluarga

Luwizo berkata dia tidak berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan keluarganya untuk mengahwini pasangan kembar tiga itu bersama-sama.

Buat masa ini ibu bapanya melarang Luwizo pulang ke rumah mereka kerana telah melakukan perkara yang tidak direstui mereka. Namun Luwizo menganggap itu satu pengorbanan demi menjaga hati cinta hatinya dan juga dua lagi adik beradik kembar Natalie.

Luwizo berkata: “Anda perlu kehilangan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lain. Selain itu, orang ramai mempunyai pilihan dan cara mereka sendiri untuk melakukan sesuatu.”

Luwizo percaya suatu hari nati ibu bapanya akan menerimanya kembali. Cuma pada masa ini, mereka masih terkejut.

Baca yang lain