Liga Nak Mula, Barca Masih Gagal Daftar 4 Pemain Baru Walaupun Dah Lepaskan Messi

La Liga akan bermula dalam 2 hari lagi. Namun Barcelona masih gagal mendaftarkan 4 orang pemain baharu mereka untuk musim 2021/22.

Mereka ialah Eric Garcia, Sergio Aguero, Memphis Depay dan Emerson.

Walaupun sudah mengeluarkan Lionel Messi dari senarai pemain mereka, namun Barcelona masih gagal untuk mematuhi siling gaji yang ditetapkan untuk pemain mereka.

Oleh sebab itu, jika Messi mahu bermain percuma sekalipun untuk mereka sebelum ini, tetap juga Messi tidak boleh didaftarkan kerana status ratio FFP Barcelona sangat kritikal.

Barcelona akan cuba sedaya upaya mendaftarkan sekurang kurangnya dua pemain iaitu Emerson dan juga Memphis Depay. Di mana Eric Garcia dan Aguero kemungkinan akan terpaksa dibiarkan terlebih dahulu.

Aguero mengalami kecederaan. Manakala Eric Garcia kemungkinan akan ditolak ke pasukan B terlebih dahulu.

Depay merupakan pemain penting yang dianggap Koeman sebagai nadi pasukannya yang baru. Selain daripada laporan sebelum ini menyatakan bahawa Barcelona cuba menggunakan Depay sebagai imej utama kelab untuk publisiti.

Daripada laman rasmi La Liga, hanya nama Emerson sahaja yang ada dalam senarai rasmi. Tetapi beberapa laporan menyebut bahawa, Emerson juga masih tidak dapat didaftarkan secara rasmi untuk perlawanan La Liga.

Cedena SER melaporkan Barcelona akan cuba berunding dengan beberapa lagi pemain pada hari ini untuk meminta mereka menerima pengurangan gaji. Ini untuk membolehkan kelab mendaftarkan pemain pemain baharu.

Sebelum ini pemain pemain senior Barcelona menolak pemotongan gaji, walaupun Messi sedia untuk dipotong 50% gajinya.

Antara pemain yang menolak pemotongan gaji ialah Antoine Griezmann yang memiliki gaji paling tinggi di Barcelona ketika ini.

Griezmann menerima €880 ribu seminggu di Barcelona. Salah satu sebab kenapa Barcelona cuba menjualnya adalah cuba mengurangkan impak gaji untuk mereka mendaftarkan Messi.

Namun usaha itu gagal. Ini kerana tiada kelab lain sanggup membayar gaji Griezmann sebesar itu termasuk Atletico yang sebelum ini sudah berunding untuk membawa pulang pemain itu.

Griezmann sudah setuju ke Atletico namun tak menerima pengurangan gaji. Mungkin beliau mengharapkan Barcelona membayar sebahagian gajinya. Malang sekali Barcelona tidak dapat melakukannya kerana ratio gaji mereka sangat kronik ketika ini.

Selain Griezmann, pemain pemain lain turut tidak setuju untuk dipotong gaji mereka. Keadaan itu benar benar merumitkan pengurusan Barcelona yang kini menanggung hutang €1.3 billion dan dijangka akan menjadi €1.5 billion pada hujung tahun ini.

Itulah sebabnya kenapa Messi terpaksa dilepaskan walaupun sudah mencapai persetujuan secara lisan untuk kontrak lima tahun. Ditambah dengan polisi La Liga yang baru yang lebih ketat.

Cedena SER turut menyatakan bahawa, Barcelona masih berusaha menjual beberapa pemain mereka ke kelab lain. Kesukaran menjual pemain pemain ini berlaku kerana gaji yang sangat tinggi. Dan mereka hanya mahu berpindah ke kelab yang sudi membayar jumlah gaji yang sama.

Wartawan dan pengulas La Liga, Sique Rodriguez berkata: “Di kelab Barcelona ketika ini, mereka masih berharap pemain akan menerima pemotongan gaji untuk membolehkan mereka mendaftarkan kesemua pemain baharu mereka.”

“Jika keadaan tidak berubah, maka kesemua pemain baharu itu tidak akan dapat didaftarkan.”

Situasi ini jelas sekali bercanggah dengan kenyataan Joan Laporta ketika majlis pengumuman pemergian Messi. Di mana Laporta menyatakan bahawa kelab tiada masalah mendaftarkan kesemua pemain untuk musim baharu. Dan beliau menyatakan bahawa pemain pemain itu masih belum didaftarkan secara rasmi hanya atas sebab sebab tertentu yang akan diselesaikan.

Selain itu, Gini Wijnaldum sebelum ini memberikan bayangan tentang kesukaran rundingan dengan Barcelona. Di mana bekas pemain Liverpool itu berkata, beliau terpaksa melupakan Barcelona kerana kelab Catalan itu terlalu lama dalam rundingan kontrak. Dan PSG datang lalu mengebasnya.

Mungkin kita dapat buat andaian bahawa, Laporta melihat situasi sanga sukar untuk menawarkan kontrak kepada pemain itu.

Laporta sebelum ini melabel situasi di Barcelona sebagai lebih teruk daripada yang disangkakan.

Nasib 4 pemain

Barcelona masih ada masa mendaftarkan pemain pemain baru mereka dan membuat transaksi dalam perpindahan kali ini sehingga jendela perpindahan ditutup.

Ramon Alvarez menegaskan bahawa Barcelona harus menjana sekitar €144 juta lagi daripada penjualan pemain dan juga pengurangan gaji untuk mendaftarkan 4 pemain baharu mereka.

Jika tidak, pemain pemain ini akan melopong sahaja melihat aksi La Liga. Dan paling merisaukan adalah, pemain pemain ini akan menggunakan tindakan perundangan untuk membatalkan kontrak mereka kerana Barcelona melanggar perjanjian dengan kegagalan mendaftarkan mereka di dalam La Liga.

Jadi, Barcelona tiada cara lain dalam jendela perpindahan kali ini. Mereka harus meyakinkan beberapa pemain senior untuk menerima pengurangan gaji dan pada masa yang sama berharap dapat menjual beberapa pemain mereka.

Sebelum ini Laporta cuba meminta pengecualian khas untuk mendaftarkan Messi. Namun ianya ditolak La Liga. Laporta memberikan penjelasan, antara sebabnya adalah kerana tekanan daripada beberapa kelab lain yang berdepan situasi yang sama.

Cedena SER melaporkan, teradapat 14 lagi pasukan lain yang berdepan masalah mendaftarkan pemain baharu mereka kerana siling gaji pasukan. Jadi adalah sukar untuk La Liga bagi muka kepada Barcelona sahaja dan ianya akan mempengaruhi imej La Liga pada masa yang panjang.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai