Lihat 3 Hacker Bergabung Perbodohkan Dan Tumpaskan Lubuk Scammer Di India

Mark Rober, YouTuber dari Amerika Syarikat (AS), telah mengeluarkan video yang menerangkan bagaimana dia menutup pusat panggilan palsu menggunakan sekumpulan lipas.

Video tersebut telah disiarkan di saluran YouTubenya dan turut menjadi tular di pelbagai platform media sosial.

Rober berkata dalam video itu bahawa dia telah mencari pusat penipuan itu selama lebih dari setahun dan menumpaskan sekurang-kurangnya empat daripada mereka.

Pusat penipuan itu terletak di Kolkata, di Bengal Barat, menurut YouTuber tersebut.

Mark Rober bergabung tenaga dengan dua pencipta kandungan lain di YouTube termasuk Trilogy Media dan Jim Browning. Jim Browning merupaka seorang white hacker yang pernah menceroboh cctv scammer di India dari rumahnya.

White hacker adalah istilah digunakan untuk hacker yang menentang kejahatan dengan kemampuan mereka selaku penggodam. Di banyak negara, white hacker masih dikira penjenayah siber, namun mereka biasanya disokong oleh orang ramai kerana tindakan mereka yang biasanya menentang black hacker dan scammer.

Gandingan Rober dan Browning memang sangat padu.

Pasukan itu menyusup masuk ke pusat penipuan ini dan menghantar spy mereka untuk bekerja dengan pekerja di situ untuk beberapa ketika sebelum berjaya mengawal CCTV mereka dan merakam tindakan penipuan scammer tersebut.

Mereka juga mengeluarkan asap berbau kentut di dalam pusat tersebut. Selain daripada cecair pencuci tangan yang sebenarnya pewarna yang melekat pada tangan.

Rober turut mencipta alat untuk mengeluarkan lipas mengikut jam jangka yang sudah ditetapkan. Segala yang dia lakukan dirancang dengan rapi.

Keseluruhan video telah disiarkan di saluran YouTube Rober.

Lelaki berusia 42 tahun itu menjelaskan bagaimana mereka berjaya menyelesaikan misi mereka, yang membawa kepada penutupan bukan sahaja empat ini tetapi lebih banyak pusat panggilan palsu lain di seluruh India.

Polis di Kolkata mengambil kira bukti yang dikemukakan oleh pasukan Rober dan menyerbu pusat panggilan ini.

YouTuber juga telah mengeluarkan alamat pusat panggilan tersebut dan foto pemilik yang menjalankan perniagaan untuk menipu beribu-ribu di seluruh dunia.

Pusat panggilan seperti ini yang ditumpaskan oleh Rober telah menggunakan teknologi moden untuk menipu orang ramai dan menyedut wang simpanan mereka.

Dan masalah itu nampaknya semakin teruk.

Menurut kajian oleh Truecaller, sistem pengenalan pemanggil, hampir $30 bilion telah dicuri daripada warga Amerika sahaja oleh pusat penipuan seperti ini pada 2021.

Rober berada dalam berita tahun lepas kerana menangkap seorang pejalan kaki yang kurang ajar yang mencuri kotak penghantaran Amazonnya.

Rober mengenakan scammer dengan prank. Di mana menggunakan bom ‘glitter’, yang digelar oleh pengikut salurannya sebagai “gerakan cap dagang / trademark” Rober.

Rober bukan calang calang orang. Dia merupakan seorang jurutera. Sebelum ini bekerja di agensi angkasa lepas Amerika NASA dan Apple.

Dia menjadi YouTuber sedekad yang lalu dan mempunyai lebih daripada 21 juta pengikut.

Saksikan detik Rober, Trilogy Media dan Jim Browning memperbodohkan scammer ini sebelum pusat tersebut diserbu dan ditutup selamanya.

Tahun lalu, kami menulis tentang bagaiman Jim Browning menumpaskan scammer di India, hanya dari rumahnya.

Tengok Bagaimana Hacker Ini Godam, ‘Ayamkan’ Dan Londehkan Scammer Dari India

Seorang hacker yang menggunakan alias ‘Jim Browning’, telah menjadi vigilante (melantik dirinya sendiri untuk menyelesaikan kes), menentang sekumpulan scammer di India.

Jim Browning hacker yang banyak berkongsi tentang scammer di channel youtubenya.

Scammer tersebut beroperasi sudah lama. Dan mereka menjana keuntungan berjuta juta ringgit.

Paling power mereka pernah menjana  lebih $400,000 ataupun lebih RM1.6 juta dalam masa sebulan.

Modus operandi scammer ini adalah, mereka menghantar satu mesej yang pop up pada layar komputer mangsa dan menyatakan window mereka ada masalah.

Seorang conman / scammer ini menyatakan dia bernama Chris Lawson dari San Jose, California, seorang lelaki British  untuk membayar £ 1,295 untuk membetulkan balik masalah komputernya.

Pemanggil yang panik ini akan diberikan nombor pin palsu ‘dari Microsoft’. Sebenarnya pin itu apabila dimasukkan akan terus menjadi satu persetujuan bahawa pemilik akaun bank setuju membayar sejumlah wang kepada scammer.

Ada mangsa yang memberitahu scammer itu mereka rasa bagai nak mati dan kemurungan mendengar bayaran dikenakan.

Footage video itu memaparkan scammer tersebut ketawa sesama mereka mendengar seorang mangsa yang terketar ketar suaranya apabila diminta membayar £ 1,295.

Scammer berkata: “Kenapa awak menangis, awak lelaki yang sangat baik, mengapa awak menangis? Semuanya akan baik-baik saja, jangan risau. Jangan macam tu,  janji dengan saya, kamu tidak akan menangis lagi, okay? ”

Lelaki itu hanya tinggal £ 90 di dalam akaunnya selepas dikerjakan scammer tersebut.

Jim Browning ayamkan scammer

Lalu mucul vigilante bernam Jim Browning. Beliau menggodam semua cctv dan komputer scammer tersebut. Kesemua aksi yang diceritakan di atas tadi ada di dalam fail yang dia godam.

Jim Browning menganggap misinya ibarat Robin Hood. Menentang kejahatan dengan cara sendiri.

Jika korang pernah tengok filem seperti Die Hard, Fabricated City, Fast And Furious yang ada mata-mata di udara, begitulah yang dibuat oleh Jim.

Dia telah menggodam sistem cctvv dan mendedahkan wajah scammer. Semua yang Jim lakukan ini menyalahi akta siber. Tetapi dia buat untuk menentang penjenayah siber yang lain.

Jim menyatakan dia seronok dapat melihat kelakuan para scammer daripada rumahnya. Nak tengok apa yang mereka buat.

Tak cukup dengan hacking / menggodam, Jim kemudian melalukan buli siber / cyber bully kepada si scammer yang bernama Amit Chauhan.

Habis data maklumat peribadi dan akaun media sosial Amit disebarkan oleh Jim Browing termasuk kepada media gergasi BBC di UK.

Jim kemudian mengumpan scammer ini masuk ke perangkap Jim.

Scammer itu menyatakan mereka dari San Jose. Jim pula meminta mereka menamakan salah satu restaurant yang ada di San Jose.

Scammer mulai koyak dan menjawab: ‘Apakah jenis soalan ni wei?’ Tempah tiket datang ke California dan kamu akan jumpa dengan saya.”

Jim berkata: “Kau nak aku book tiket ke Delhi ke?”

Jim kemudian mengesan scammer mulai membuka Google untuk mencari restoran di San Jose dan perkara itu memberikan Jim hiburan.

Jim kemudian menyerahkan semua maklumat yang dia ada kepada BBC.

Amit Chauhan kemudian terkejut mendapat panggilan daripada BBC. Dan enggan mengulas tentang dakwaan bahawa penipuan mereka telah dibogelkan oleh seorang hacker.

Hidup Amit Chauhan kini berubah kerana sudah ramai mengenalinya sebagai penipu. Walaupun polis India mengesahkan  amat sukar mengambil tindakan kerana ramai mangsa adalah di luar India.

Korang layan video kat sini:

 

 

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi