Nama Odion Ighalo bukannya nama yang mengujakan sangat bagi penyokong United ketika beliau ditandatangani.
Namun bintang Nigeria itu setakat ini telah memulakan kehidupannya dengan sangat baik bersama dengan Red Devils.
Dalam aksi berhadapan dengan Derby County pada awal pagi tadi, Ighalo meledak 2 gol untuk membantu Man United menang 3-0.
Aksi yang boleh dianggap sebagai Derbi Wayne Rooney. Ini apabila legenda dan penjaring terbanyak sepanjang zaman Man United itu bermain untuk Derby County.
Dua kali Wayne Rooney hampir menjaringkan gol dalam perlawanan ini. Kedua – duanya adalah menerusi sepakan percuma.
Dan kedua-duanya dihadang oleh Romero dengan save kelas dunia.
United kali ini sangat cemerlang beraksi berhadapan dengan pasukan daripada liga bawahan itu. Man Utd sekaligus mara ke pusingan suku akhir Piala FA.
Mereka sangat tajam di hadapan gol, walaupun aksi separuh masa kedua – pada babak babak akhir tu – agak longgar.
Aksi padu Odion Ighalo
Satu nama yang paling menarik perhatian ialah Odion Ighalo. Beliau diturunkan dalam kesebelasan utama pada aksi kali ini.
The boss has made 6️⃣ changes from Sunday's game at Goodison Park 👇#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) March 5, 2020
Ketika kau sedang nyenyak tidur tadi, Odion Ighalo mencetak double untuk pertama kali sejaka 2015 – ketika itu berhadapan dengan dengan Liverpool.
2 – Odion Ighalo has scored his first brace for an English club since netting twice for Watford against Liverpool in a Premier League tie in December 2015. Threat. #FACup #DERMUN pic.twitter.com/drz3K95TAe
— OptaJoe (@OptaJoe) March 5, 2020
Manchester United di hadapan menerusi Luke Shaw pada minit ke-33. Satu voli yang dilantun ke tanah oleh Shaw – dan melemakan penjaga gol.
Korang tengok kat sini, lawa dia buat voli tu.
Not Shaw who's claiming this one 🤷♂️#UndertheLights #DERMUN pic.twitter.com/bXA9NbCfDR
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 5, 2020
Kemudian bermulalah kisah Odion Ighalo.
Beliau meletakkan Man United dua gol di hadapan menerusi jaringan pada minit ke – 41. Satu gol yang terhasil selepas Ighalo sangat lasak dan kental ketika dicabar oleh pertahanan lawan.
Ighalo melepaskan rembatan jarak dekat.
IGHALOOOOOO#UndertheLights #DERMUN pic.twitter.com/TQTWgDwn9M
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 5, 2020
Pada separuh masa kedua, pemain kacak itu menambah satu lagi gol pada minit ke-70. Gol yang terhasil daripada tindakan susulan Odion Ighalo selepas rembatan pertama beliau dihadang.
IGHALO at the double 🔥#UndertheLights #DERMUN pic.twitter.com/2N4jpDZv9a
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 5, 2020
Ighalo kini mencatatkan jumlah gol sama dengan Alexis Sanchez dalam kempen Piala FA untuk Man United.
Odion Ighalo has now scored as many FA Cup goals for Man Utd as Alexis Sanchez.
This is Ighalo's first FA Cup appearance for Man Utd. 😛 pic.twitter.com/9Ea54IZUo8
— Squawka Football (@Squawka) March 5, 2020
Malah seksyen penyokong Man United menyanyikan lagu Viva Ighalo dengan girang sekali.
https://twitter.com/i/status/1235664878691667970
Syabas kepada Odion Ighalo. Pemain yang dibawa masuk sebagai panic signing selepas kecederan penyerang seperti Rashford dan kegagalan mendapatkan pemain penyerang dari kalangan kelab Eropah.
Ighalo ditandatangani pada hari terakhir jendela perpindahan Januari dengan status pemain pinjaman.
Setakat ini Ighalo sudah menjaringkan 3 gol daripada dua perlawanan yang beliau diturunkan sebagai kesebelasan utama.
Jude Ighalo. 2 starts. 3 goals* (*and counting) #IghaloFC pic.twitter.com/sGbdTYkC2V
— JJ. Omojuwa (@Omojuwa) March 5, 2020
Selain daripada Ighalo, Luke Shaw juga sangat cemerlang dalam perlawanan ini. Mencatatkan 1 gol dan 1 assist.
Goal ✔️
Assist ✔️A good night's work for @LukeShaw23, who is replaced by Williams in our third and final change.#MUFC pic.twitter.com/PddItPQxEr
— Manchester United (@ManUtd) March 5, 2020