Lihat Gareth Bale Troll Real Madrid Dalam Iklan Terbaru Dengan Berpakaian Golf

Minggu ini BT TV menghargai super sub di dalam bola sepak.

Antara yang menariknya adalah mereka mengeluarkan satu iklan dengan idea pertukaran tanpa had ataupun unlimited subs.

Iklan yang agak kelakar. Di mana beberapa pemain terlibat dalam iklan kali ini termasuk coach legenda Carlo Ancelotti.

Beberapa personaliti tv seperti Gary Lineker dan Rio Ferdinand juga dalam iklan.

Iklan bermula dengan perbincangan di pejabat jawatankuasa pertandingan yang mahu memperkenalkan pertukaran tanpa had.

Ianya menarik perhatian ramai termasuk pemain. Jamie Vardy yang sedang bercuti di Mykonos menyatakan pengurus tak akan mengeluarkan beliau, namun dia terperasan bahawa peraturan unlimited subs, terus dia pun menjadi mangsa.

Anda bayangkan satu pasukan boleh ditukar pada bila bila masa.

Marcus Rashford pula tidak berminat dengan topik itu kerana beliau adalah pemain kesebelasan utama dan mahu tempatnya terus kekal.

Bale tak mboh main bola boh

Kemudian tiba ke babak Trent Alexander-Arnold yang diminta untuk komen peraturan pertukaran pemain tanpa had.

Arnold terus menghubungi Gareth Bale dan menyatakan bahawa, mungkin Bale antara pemain yang akan dapat bermain selepas ini dengan peraturan baru itu.

Malang sekali Bale tak berminat dan membaling telefon pintarnya dengan menunjukkan gaya dia sedang bersedia untuk bermain golf.

Bale ternyata troll Real Madrid. Di mana sebelum ini dia pernah menolak untuk bermain kerana nak bermain golf.

Bale dengan nada sarkastik berkongsi iklan tersebut:

Bermain Hobi Golf

Bercakap mengenai Gareth Bale bukan hanya mengenai bola sepak. Terdapat satu sukan lain yang dia gemari, iaitu golf.

Walaupun rumah itu mempunyai semua yang diperlukan, ada satu perkara yang hilang, iaitu padang golf.

Oleh itu, Bale telah mendaftarkan dirinya sebagai ahli kelab golf Ciudad Grupo Santander.

Bale pernah meminta cuti sakit / MC ketika diminta kembali ke kem latihan pra musim.

Namun dia kantoi dengan Zidane bahawa dia ada aktivit golf hari itu.

Ketika itu Bale agak kecewa perpindahannya ke China dilarang.

Ketika wartawan bertanya adakah beliau selesa dengan kehidupan di Madrid, seolah olah beliau makan gaji buta.

Bale berkata: “Aku tak kisah kekal di sini sampai kontrak tamat, walaupun aku terpaksa bermain golf.”

Dalam satu perlawanan persahabatan, para pemain Wales meraikan kemenangan dengan bendera Wales.Golf.Madrid.

Ianya adalah merujuk kepada kenyataan Bale yang mengutamakan Wales, kemudian gol dan ketiga barulah Real Madrid.

Terbaru nama Bale tidak tersenarai dalam pemain yang akan dibawa ke Man City sebaliknya pemain yang digantung, Sergio Ramos pula ada.

Had kemasukan ke stadium yang terhad membuatkan ramai mempersoalkan tindakan Zidane.

Namun Zidane menyatakan sebenarnya Bale sendiri yang tak nak terlibat.

 

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah