Lingard Akhirnya Pilih Barcelona

Bekas pemain sayap Man United, Jesse Lingard dilaporkan telah memilih destinasi beliau yang seterusnya iaitu Barcelona.

Lingard masih tidak ada kelab ketika ini setelah meninggalkan Nottingham Forest enam bulan lalu.

Sebelum ini Lingard dipinjamkan ke West Ham United dan dia menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Ketika West Ham berunding untuk mendapatkan dia secara tetap, pemain itu memutuskan untuk memilih kekal di Man United.

Dan dia yakin selepas prestasi luar biasa di West Ham pada masa itu, dia akan menjadi pemain utama di United.

Malangnya kepulangan semula dia ke United sangat hambar. Dan prestasinya membuatkan United memutuskan untuk tidak melanjutkan kontraknya.

Dia menyertai Forest pada musim 2022/23 secara percuma dan menjadi penerima gaji tertinggi di kelab itu.

Lingard kemudian gagal memikat hati Forest untuk menawarkan kontrak baharu dan dia akhirnya bergelar ejen bebas.

Lingard menarik minat beberapa kelab Turki dan kelab Arab Saudi. Namun dia masih percaya bakat sepertinya harus bermain di kelab elit.

Lingard tidak terdesak untuk mencari kelab baharu dan membuat beberapa pertimbangan.

Newcastle juga pernah dikaitkan dengan Lingard namun minat itu dikatakan mulai berkurangan selepas melihat kondisi fizikal Lingard yang dianggap tidak di tahap terbaik.

Akhirnya dia kini memilih Barcelona. Menurut laporan ESPN Sepanyol, Lingard menghubungi Barcelona dan menyatakan bahawa kelab itu adalah kelab yang telah dia pilih.

Lingard menawarkan dirinya kepada Barca dan sedia menerima gaji yang jauh lebih kecil berbanding sebelum ini ketika di EPL.

Barcelona berdepan masalah dengan akaun FFP. Jadi Lingard percaya Barca juga berminat untuk mendapatkan pemain sepertinya yang merupakan ejen bebas, percuma.

Lingard akan menunggu panggilan daripada Xavi sama ada dia sedia menerima pemain itu bersama dengan Barca?

Lingard merupakan pemain graduan akademi Man United. Dia merupakan pemain penghibur di dalam dan di luar padang.

Kariernya tidak seperti yang diharapkan peminat. Kerana dia dianggap terlalu santai dalam aspek latihan dan aspek pembangunan bola sepak.

Lingard sudah memiliki 32 kaps antarabangsa bersama dengan England.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah