Lingard Bengang Tak Dapat Sertai Newcastle Hanya Kerana Greenwood Buat Hal

Jesse Lingard pada  awalnya penuh harapan bahawa beliau akan dapat meninggalkan Man United pada Januari ini untuk mencari minit perlawanan bagi membolehkannya kembali ke pasukan kebangsaan England.

Man United sebelum ini mendapat bidaan West Ham. Namun Man United sudah memberitahu Lingard bahawa mereka tak akan melepaskan pemain itu ke West Ham atau Spurs – yang turut berminat – ini kerana 2 kelab itu merupakan pesaing secara langsung United untuk ke UCL musim hadapan, dalam perebutan slot 4 teratas.

Lingard menghormati pendirian kelab dan kemudian mempertimbangkan tawaran daripada Newcastle United. Jesse Lingard masih menaruh harapan agar dapat beraksi dalam Piala Dunia 2022 di Qatar kelak.

Namun kemudian, Man United menyatakan kepada Lingard bahawa mereka tidak membenarkan pemain itu keluar pada Januari ini kerana apa yang berlaku melibatkan Mason Greenwood pada ketika ini.

Ianya selepas pemain remaja itu ditahan polis atas pertuduhan memukul dan mer0gol teman wanitanya sendiri. Dengan memaksa wanita itu melakukan hubungan dengannya dalam keadaan wanita itu tak rela.

Oleh kerana Greenwood yang masih dalam siasatan polis, dan kelab sedang menggantung pemain itu, maka United tidak ada jaminan bahawa Greenwood akan kembali semula ke dalam pasukan. Atau mungkin dia berada di sebalik tirai besi?

Lalu ianya telah menghalang sebarang usaha untuk Lingard keluar. Lingard dikatakan benar benar kecewa kerana sebelum ini Anthony Martial dan Amad Diallo sudah dilepaskan ke kelab lain secara pinjaman.

Begitu juga dengan Donny Van De Beek yang sudah dilepaskan ke Everton juga secara pinjaman. Pemain itu sangat teruja dengan cabaran baharu bersama dengan pasukan bimbingan Frank Lampard.

Sebelum ini Lingard menolak tawaran daripada West Ham selepas Ole Gunnar Solskjaer berjanji akan memberikannya peranan lebih banyak dalam pasukan selepas dia cemerlang ketika tempoh pinjaman di bawah kendalian David Moyes di West Ham. Di mana ketika itu Lingard menjaringkan 9 gol dalam 16 penampilannya.

Ternyata Lingard sudah kena game dengan janji janji manis Ole. Lingard kemudian kembali semula ke Old Trafford. Namun peluangnya jelas semakin menipis apabila United mengesahkan pembelian Jadon Sancho dan Cristiano Ronaldo.

Lingard gagal mendapatkan minit lebih banyak seperti dijanjikan sebelum Ole dipecat. Di bawah Rangnick, keadaan jelas tidak berubah. Lingard masih lagi pemain terpinggir. Malah laporan sebelum ini menyatakan bahawa Lingard merupakan salah seorang pemain yang sudah memberitahu Rangnick dia mahu pergi pada Januari ini.

Newcastle sedia meminjam Lingard dan menawarkan pakej bayar gaji penuh untuk pemain itu. Dikatakan bahawa Lingard sudah mencapai kesepakatan dengan kelab kaya baru itu. Newcastle yang berada dalam zon penyingkiran tidak ada kaitan dengan kempen United dalam usaha ke UCL musim depan. Jadi, Lingard rasa, peluangnya untuk ke sana sangat cerah.

Malangnya, Kayu Ijau pula buat hal. Di mana teman wanita Greenwood memuat naik video di IG nya menyatakan dia dibantai dan diperkosa. Tapi selepas itu dikatakan telefon pintarnya digodam. Itu tidak menghalang polis untuk melakukan siasatan di atas kedayusan Greenwood.

Man United sudah menyatakan bahawa Greenwood digantung sementara. Penaja Greenwood iaitu Nike turut menggantung kerjasama dengan pemain itu selagi lagi dia belum dibuktikan tidak bersalah.

Beberapa pemain United termasuk Jesse Lingard antara yang sudah menyahikut Greenwood di IG pemain itu buat masa ini.

Pada deadline day, United turut dikaitkan dengan Ousmane Dembele. Itu mungkin harapan terakhir Lingard untuk melangkah pergi. Malangnya United tidak serius mahukan pemain tersebut.

Baca yang lain