Lionel Messi Pertimbang Tinggalkan PSG Hanya Selepas Semusim

Lionel Messi dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan PSG, walaupun hanya beraksi semusim sahaja bersama kelab Perancis, PSG.

Pemenang Ballon d’Or 7 kali berusia 34 tahun itu tidak memiliki musim debut yang cemerlang setakat ini di Ligue 1. Di mana beliau hanya menjaringkan hanya 1 gol daripada 11 penampilan.

Mujur prestasi beliau di UCL adalah lebih baik dengan menjaringkan 5 gol daripada 5 penampilan bersama PSG musim ini.

Sumber El Chiringuito mendedahkan bahawa, jika Messi berterusan gagal mendapatkan sentuhan gol seperti mana beliau lakukan di Barcelona sebelum ini, di mana Messi menjaringkan gol di mana mana pertandingan sesuka hatinya, Messi bakal meninggalkan PSG.

Messi mencari keseronokan bermain sebenar dengan menjaringkan gol. Lobo Carrasco bercakap menerusi El Chiringuito, jika PSG memenangi UCL musim ini, ianya mungkin akan membantu Messi menaikkan semula semangatnya untuk terus kekal di PSG.

Jika tidak, PSG berisiko besar kehilangan kapten Argentina itu. Ini ditambah dengan fikiran Messi yang masih memikirkan Barcelona.

Kini situasi kewangan di Barca kian membaik. Barca sudah mendapatkan beberapa pemain dan mengeluarkan beberapa nama untuk mengurangkan bil gaji pemain.

Xavi sebelum ini tidak menolak kemungkinan bahawa Messi mungkin akan pulang semula ke Barcelona.

Lobo berkata: “Messi sentiasa merindui “modus vivendi” [cara hidupnya] di Barcelona.”

“Jika dia berjaya, iaitu memenangi UCL, dia mungkin akan melanjutkan lagi perkhidmatannya di PSG, semusim lagi. Jika PSG gagal memenangi UCL, ianya akan menjadi tahun yang panjang untuk Messi dan PSG.”

“Saya tak rasa dia menyesal menyertai PSG dari segi alasan kesukanan, namun dari segi alasan peribadi, dia merasakan bahawa itu ibarat satu kesilapan dalam hidupnya.”

Messi baru baru ini dijangkiti wabak selepas dia berpesta bersama dengan isterinya. Laporan di Perancis menyebut bahawa Messi tidak memaklumkan sendiri perkara itu kepada Pochettino, sebaliknya pengurus itu mengetahuinya menerusi pihak ketiga.

Perkara itu kurang menyenangkan bekas pemain PSG yang kini menjadi pundit iaitu Jerome Rothen.

Rothen berkata: “Kamu harus menghormati jurulatih kamu setiap masa. Ini yang saya belajar ketika di Clairefontaine. Pochettino tidak diberitahu di mana Messi berada. Dan itu menjelaskan banyak perkara. Ini bukan benda yang bagus dan mengejutkan daripada seorang yang bernama Messi.”

Messi dijangka akan kembali memperkuat PSG berdepan dengan Lyon.

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid