Liverpool Dilarang Berkunjung Ke Leipzig Untuk Aksi UCL

Liverpool telah dilarang untuk terbang ke Jerman bagi bertemu dengan RB Leipzig untuk pusingan pertama kalah mati 16 pasukan akhir.

Perlawanan pertama dijadualkan di Red Bull arena pada 16 Februari akan datang.

Dengan penularan wabak yang masih lagi kritikal, dan varian baharu daripada mutasi wabak tersebut, membuatkan Liverpool dilarang untuk ke Jerman.

Jerman melarang masuk kesemua penerbangan dari UK sehingga 17 Februari.

Liverpool juga dilaporkan sukar untuk mendapatkan pengecualian khas. Oleh itu penyelesaian kepada masalah ini adalah untuk mencari venue berkecuali.

Daily Mail melaporkan bahawa perlawanan mungkin akan ditukar venue ke stadium London.

Selain itu Daily Mail juga menyatakan bahawa, perlawanan tersebut mungkin akan dilangsungkan dengan format kalah mati satu perlawanan, tanpa timbal balik.

Goal melaporkan bahawa, jika tidak ada kesepakatan dicapai, maka Liverpool akan diberikan kemenangan 3-0.

Bunyinya agak pelik kerana Liverpool yang perlu hadir ke Jerman untuk berlawan di sana. Namun UEFA dilaporkan mempertimbangkan situasi di mana pihak kerajaan Jerman yang melarang penerbangan dari London ke negara mereka.

Sebagai tambahan, EPL seperti liga yang lain, mengamalkan sistem gelembung sukan untuk kesemua pemain dan pegawai mereka.

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid