LS4: Selangor Berhak Tewas Selepas Hanya Mampu Catat 1 Percubaan Tepat

Gerakkan Ifedayo Olusegun bersama Brendan Gan pada minit ke-9 berjaya menghasilkan 1 percubaan tepat, dilepaskan oleh Gan diluar kotak penalti.

Itulah satu-satunya percubaan tepat tunggal Selangor dalam perlawanan semalam, Selangor gagal melakukannya sekali pagi pada baki 81 minit.

Kedah pula menampatkan perlawanan dengan 7 percubaan tepat, jika berpandukan kepada statistik pasukan ini lebih berhak kelaur sebagai pemenang.

Kesilapan Prabakaran ketika bertemu pasukan yang efektif situasi bola mati

Selepas bola terkena tangan Prabakaran Kanadasan, Azzamudin melakukan sepakan percuma yang terus singgah di kepala Renan Alves yang berada di penjuru kotak 6 ela bagi memberi pendahuluan kepada pasukan Kedah.

Ia merupakan jaringan peribadi ke-2 Alves yang sebelum ini membuka akaun jaringan Kedah ketika menentang Terengganu di LS2.

Juga dalam situasi bola mati, Alves pada ketika menolak masuk selepas sepakan percuma Hadin Azman muntah dari tangkapan Rahadiazli.

Kpah Sherman melakukan tapping selepas rembatan Hadin terbias dari penjaga gol Selangor, Kahirul Azhan Khalid. Bermakna 2 dari 6 jaringan Kedah terhasil dari bola muntah percubaan Hadin.

Jaringan dalam 3 perlawnan berturut-turut oleh Kpah Sherman

Ini merupakan kemenangan pertama Kedah selepas hanya mampu seri 1 kali dan tewas 2 kali pada 3 perlawanan awal, sementara itu pula Selangor mencatat kekalahan pertamanya.

Prabakaran dan Taylor Reagan terlalu longgar

Pada babak pertama, Kedah banyak mengasak kubu pertahanan Selangor di sebalah kanan melalui Azzamuddin. Prabakaran tidak mampu menyerap asakan tersebut sehingga melakukan hadangan hantaran silang yang mengenai tangannya.

Sherman, Kipre dan Alves merupakan pemain Kedah yang mempunyai fizikal yang baik untuk berada di dalam kotak penalti dan Alves berjaya memenangi perebutan bola di udara untuk menghadiahkan gol pendahuluan kepada Kedah.

Sehingga kini Kedah sudah mendapat 3 gol dari situasi sepakan percuma di luar kotak penalti lawan.

Jaringan ke-2 Kedah tercipta selepas kekeliruan pertahanan Selangor untuk menetapkan ‘siapa mahu jaga siapa’, mengulangi situasi yang berlaku ketika menentang Terengganu.

Sherman hanya perlu melakukan larian di hadapan Prabakaran dan menyambar bola muntah dari percubaan Hadin. Selangor juga melepaskan gol sebegini pada perlawanan lepas apabila Sanjar hanya perlu membuat larian di hadapan Prabarakan tanpa dikejar atau ditanda.

Tiada apa yang boleh diulas tentang serangan pasukan Selangor kerana mereka hanya mempunyai 1 percubaan tepat sepanjang perlawanan.

Selangor pasukan yang kerap melakukan kekasaran

Daripada 4 perlawanan lepas, pasukan ini 3 kali melakukan kekasaran lebih banyak dari pasukan lawan iaitu ketika menentang Perak, Terengganu dan Kedah.

Selangor agak kurang menguasai bola dan kerap melakukan kekasaran pada 4 perlawanan awal liga

Sehingga kini Selangor mengumpul catatan 53 kekasaran dan menerima 8 kad kuning.

Namun begitu, tiada pemain dari pasukan ini akan digantung pada perlawanan akan datang kerana masih tiada pemain yang sudah mengumpul 3 kad kuning.

Kedah akan mendapat  penggantugan pertama selepas Shakir Hamzah sudah mempunyai 3 kad kuning selepas perlawanan semalam.

Perlawanan 2 pasukan yang tidak gemar menguasai bola

Kedua-dua pasukan mengamalkan direct flow football, Kedah tidak menguasai perlawanan ketika bertemu JDT dan Terengganu sebelum ini. Malahan perlawanan menentang pasukan lemah, UiTM, Kedah juga tidak terlalu menguasai bola.

Namun Kedah merupakan pasukan yang aktif melakukan percubaan. Percubaan mereka dilepaskan seawal di zon 14. 3 jaringan Kedah berlaku dari percubaan di kawasan itu.

Kipre dan Sherman akan melepaskan percubaan seawal di zon 14 kerana Kedah melakukan final pass di Zon 8 bagi memecah blok pertahanan lawan

Begitu juga dengan pasukan Selangor, mereka tidak menguasai perlawanan ketika bertemu Pahang dan Terenganu sebelum ini. Hanya kerap melakukan kekasaran.

Statistik 6 jaringan pasukan Kedah

Sehingga kini Kedah masih belum mempunyai penjaring tempatan, 6 jaringan berlaku melibatkan 3 nama pemain import. Sherman menjaringkan gol dalam 3 perlawanan terakhir berturut-turut.

  • 3; Kpah Sherman (3 gol)
  • 2; Thcethce Kipre (2 gol)
  • 2; Hadin Azman* (2 bantuan)
  • 1; Renan Alves (1 gol), Rizal Ghazali, Fadzrul Danel, Azzamuddin Akil (1 bantuan)

*dalam kaedah pengiraan bantuan gol, bola muntah tidak dikira. Hanya memberi kredit kepada Hadin kerana mencipta peluang

Kredit Foto: Halaman rasmi Kedah FA

Baca yang lain