Luar Biasa, Kritikan Pedas Ronaldo Tahun Lalu Kini Diambil Serius Oleh Sir Jim Ratcliffe

Cristiano Ronaldo membuktikan bahawa kritikan pedasnya terhadap Man United adalah betul. Dan beberapa point daripada kritikan beliuau itu dikatakan telah menjadi isu utama yang digariskan oleh Sir Jim Ratcliffe.

Jadi, nampaknya, kebimbangan utama Cristiano Ronaldo mengenai Manchester United akhirnya akan ditangani, lebih setahun sejak superstar Portugal itu meninggalkan kelab itu.

Jutawan Britain, Sir Jim Ratcliffe baru-baru ini melengkapkan pelaburan £1.3 bilion untuk membeli 25 peratus saham Manchester United. Dia bertekad mahu membawa Man United kembali kepada era kegemilangan dalam era baharu di bahagian hierarki tertinggi kelab itu.

Satu klausa menarik dalam perjanjian itu ialah bahagian Jim Ratcliffe akan meningkat kepada 29 peratus jika pelaburan infrastrukturnya meliputi lebih banyak saham.

Menurut The Independent, pasukan INEOS yang diketuai Ratcliffe telah menggariskan rancangan lapan tahun yang terperinci untuk menangani pelbagai isu stadium di Manchester United.

Ini memerlukan pembesaran stadium yang besar, atau membina venue baharu sama sekali.

Seperti yang dilaporkan oleh Football Insider, INEOS merancang untuk meningkatkan kapasiti stadium Old Trafford kepada 90,000. Ini kekal sebagai cara yang paling munasabah pada masa akan datang. Walaupun mereka sedia mempertimbangkan cadangan pembinaan semula stadium.

Sebuah stadium baharu akan menelan kos kira-kira £2 bilion dan pengarah INEOS Dave Brailsford dikatakan memerlukan kajian sedalam dalamnya.

Seterusnya, INEOS menggariskan tentang fasiliti di pusat latihan.

Menariknya, pada Oktober 2022, Cristiano Ronaldo dengan terbuka mendedahkan salah satu sebab Manchester United bergelut di atas padang adalah kerana fasiliti dan peralatan latihan yang sudah lapuk dan ketinggalan.

Dalam temu bual pedas dengan Piers Morgan, Ronaldo mendakwa beberapa kemudahan United masih yang sama dia gunakan ketika dia tiba pertama kali di United pada 2009.

Dia menegaskan bahawa, United sangat teruk dalam pelaburan untuk fasiliti membuatkan mereka jauh ketinggalan berbanding kelab lain terutama sekali Real Madrid dan Juventus, yang dia pernah wakili.

Ronaldo turut memberitahu bahawa staf di kantin kelab turut orang yang sama. Menunjukkan kelab langsung tidak kisah tentang isu di sebalik tadbir.

Ronaldo meminta kelab melantik mereka yang lebih arif dalam aspek pembangunan sukan dan segera menukar kemudahan yang ada.

Kritikan Ronaldo sebelum ini menjadi antara sebab kenapa Glazer tidak menghalang Ten Hag untuk menyingkirkannya. Ini kerana Glazer bengang dengan sikap Ronaldo yang dianggap melebih lebih.

Menariknya, semua perkara yang dikritik Ronaldo itu kini menjadi isu yang digariskan dengan serius oleh Sir Jim Ratcliffe.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah