Maghribi Hantar Portugal Pulang, Negara Afrika Pertama Ke Semifinal

Maghribi meneruskan kisah yang ibarat kisah dongeng dalam kempen Piala Dunia 2022 mereka.

Selepas berjaya menyingkirkan Belgium dari peringkat kumpulan kemudian menyingkirkan Sepanyol dari peringkat 16 akhir, kini mereka menyingkirkan Portugal daripada suku akhir.

Ronaldo diletakkan di bangku simpanan untuk memberikan peluang kepada peledak hatrik, Goncalo Ramos berada di kesebelasan utama.

Portugal memulakan perlawanan dengan ciptaan peluang seawal minit ke-5. Di mana hantaran cantik Bruno Fernandes ditanduk oleh Joao Felix. Namun Yaccine Bounou berjaya menyelamatkan bola itu.

Maghribi turut melakukan ancaman apabila Ziyech melakukan hantaran kepada En Neysri. Malangnya pemain itu gagal melakukan timing lebih baik untuk free header.

Felix sekali lagi melakukan percubaan deras pada minit ke-31. Percubaan itu dihadang oleh El Yamiq.

Portugal walaupun dominan, namun mereka tidak begitu banyak mencipta peluang. Membuatkan penyerang utama mereka Goncalo Ramos kelihatan agak kecewa kerana kurangnya servis yang dia terima.

Portugal malah dikejutkan oleh Maghribi pada minit ke-42. Apabila Altiyat-Allah melakukan hantaran yang ditanduk masuk oleh En-Nesyri selepas dia melonjak tinggi mengatasi Diogo Costa.

En Nesyri kini menjadi pemain Maghribi pertama menjaringkan 3 gol di pusingan akhir Piala Dunia.

Maghribi masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan 1 gol.

Pada separuh masa kedua Portugal memperbaiki lagi aspek serangan mereka menjadi lebih intensif.

Ronaldo turut dimasukkan untuk menambahkan sengat di bahagian serangan.

Portugal mendapat beberapa peluang gol, namun Yaccine Bounou tenang berkawal di gawangnya termasuk menafikan percubaan deras Joao Felix yang melencong.

Seperti separuh masa pertama, Portugal tidak berjaya mencipta lebih banyak peluang.

Secara keseluruhan mereka hanya melakukan 12 percubaan ke arah gawang. Sementara Maghribi melakukan 9 percubaan.

Azzedine Ounahi yang mendapat pujian daripada Luis Enrique sebelum ini, menjadi pemain penting Maghribi di tengah.

Maghribi kemudian dikurangkan kepada 10 pemain pada minit ke-90+3.

Namun Portugal berterusan hampa di hadapan gol. Rafael Leao banyak melakukan hantaran lintang cuba mencari permain serangan di atas namun ianya serba tak kena.

Akhirnya Maghribi meraikan kejayaan mara ke separuh akhir Piala Dunia buat pertama kali dalam sejarah mereka.

Maghribi turut menjadi pasukan Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia.

Cristiano Ronaldo yang memburu Piala Dunia pertama dalam kariernya bersama Portugal tidak dapat menahan sebak dan terus beredar masuk ke terowong dengan tangisan.

Baca yang lain