Maka Bruno Fernandes Diiktiraf Lelaki Paling Pandai Main Bola Di EPL Bulan Dua

Seperti yang sudah dijangka semua manusia di dunia, Bruno Fernandes dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bulanan PFA untuk bulan Februari.

Ianya satu penghargaan yang hebat buat pemain yang baru sahaja merumput di England selama sebulan dan tak habis lagi dia hafal kedai di sekitar kediamannya di Manchester.

Sejak menyertai Man United pada Januari, pemain  tengah, Bruno Fernandes telah menunjukkan taringnya di atas padang. Beliau cepat menyerasikan diri dengan corak permainan Manchester United.

Kualiti Fernandes

Bruno Fernandes memberikan perbezaan yang ketara pada kualiti bahagian tengah pasukan Manchester United.

Beliau memang selayaknya mendapat anugerah tersebut. Ini apabila Bruno Fernandes menjadi pemain yang sangat berpengaruh di atas padang sepanjang bulan Februari yang lalu.

Sepertinya beliau sudah bermain di Man United selama bertahun tahun lamanya.

Bruno Fernandes turut menapau empat anugerah Pemain Terbaik Perlawanan ataupun Man Of The Match (MOTM).

Bruno Fernandes telah menewaskan calo calon lain iaitu, Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal), Dominic Calvert Lewin (Everton), Matt Doherty (Wolves) dan Marcos Alonson (Chelsea).

Sepanjang bulan Februari, Bruno Fernandes mencatakan 229 minit permainan bersama dengan Red Devils.

Pemain antarabangsa Portugal ini cemerlang dengan mencipta 7 peluang gol kepada rakannya.

Selain daripada itu Bruno Fernandes turut menjaringkan dua dan satu assist untuk United pada Februari.

Beliau membantu United menemui sentuhan dan rentak kemenangan. Man United tidak kalah sepanjang bulan Februari yang lalu.

Selain  daripada anugerah daripada PFA ini, Bruno Fernandes turut dianugerahkan anugerah Pemain Terbaik Bulanan Manchester United, juga bagi bulan Februari. Di mana Bruno Fernandes seolah olah pemenang yang sudah dijangka.

Walaupun beliau disaingi hebat pemain seperti Fred. Bintang Brazil itu juga wajar diberikan pujian dengan prestasi semasa beliau di atas padang.

Bruno menjadi nadi Man United

Bruno Fernandes terus menjadi nadi penting dalam pembentukan skuad Man United di bawah Ole Gunnar Solskjaer.

Kepulangan semula Scott McTominay dilihat hampir kepada pembentukan trio tengah idaman Man United dengan kepulangan Paul Pogba kelak.

Diharap Paul Pogba tidak meragam dan kembali fokus kepada Man United selepas ini.

Ole Gunnar Solskjaer sudah memberitahu bahawa Paul Pogba memang berada di dalam perancangan beliau.

Selain daripada keupayaan teknikal, dari segi taktikal Bruno Fernandes pemain yang boleh bermain sebagai no.10 dan no.8 di dalam padang.

Beliau memiliki keupayaan mencipta gol dan juga menjaringkan gol terutama sekali dengan rembatan dari jarak jauh.

Man United nampaknya telah melakukan pembelian yang sangat baik pada Januari lalu. Ini selepas beberapa signing mereka sebelum ini agak melingkup.

Ole telah membuat keputusan yang bijak dalam usaha memujuk Ed Woodward untuk mendapatkan Bruno Fernandes untuk beliau.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah