Man City 2 Palace 2: Jaringan Penalti Masa Kecederaan Olise Ikat City

Orang kata, setiap kali Crystal Palace berdepan dengan Man City, mereka akan automatik menjadi prime Brazil. Ini kerana dalam beberapa musim kebelakangan ini, Man City sentiasa bergelut untuk berdepan dengan Palace.

Semalam kisah dia pun sama. Man City menguasai perlawanan dan mendahului dengan 2 gol. Namun masih dikejar oleh Palace yang menyamakan kedudukan pada masa kecederaan menerusi sepakan penalti.

Palace hanya menang daripada 10 perlawanan terakhir mereka. Selepas kekalahan pada masa kecederaan di tangan Liverpool minggu lalu, keputusan seri ini ibarat satu kemenangan buat skuad Roy Hodgson.

Sementara Man City hanya menang sekali dalam enam perlawanan liga terakhir mereka. Dan selepas ini mereka akan terbang ke Arab Saudi untuk Piala Dunia Kelab. Mereka juga mencatatkan rekod 3 perlawanan berturut turut tanpa kemenangan di tempat sendiri.

Dalam aksi antara City dan Palace, Foden berjaya menghantar bola kepada Grealish yang menemui sentuhan jaringan. Gol itu memerlukan VAR campur tangan beberapa minit untuk menyemak sama ada ianya ofsaid.

Dan akhirnya gol diberikan!

Josko Gvardiol hampir menambah gol kedua untuk City, tetapi dinafikan oleh penyelamatan Dean Henderson.

Man City kemudian dinafikan gol kedua mereka selepas VAR menafikan gol City selepas Rodri didapati ofsaid. City kemudian mendapat gol kedua menerusi Rico Lewis pada minit ke-54. Kali ini jaringan itu diberikan.

Man City bagaimanapun dihukum oleh Palace, selepas Marteta menyambar hantaran lintang rendah di hadapan Ederson dan menolak masuk untuk menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-76.

Namun drama sebenar berlaku pada masa kecederaan apabila Foden melakukan bentesan untuk memberikan penalti kepada Palace.

Olise dengan tenang menyumbat masuk bola pada masa kecederaan 90+5. Dan detik itu benar benar disambut riang peminat pelawat.

 

Keputusan seri ini bermakna Man City di tanggan keempat hanya 1 mata di atas Spurs yang berada di tangga kelima. Jadi dalam enam perlawanan terakhir mereka, Man City hanya menang ke atas Luton dengan keputusan 2-1.

Korang boleh saksikan highlight perlawanan di sini:

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah