Man City Disiasat Lakukan 100 Kesalahan FFP, Boleh Disingkirkan Dari EPL Jika Bersalah

Martyn Ziegler dari The Times melaporkan bahawa Premier League kini membuka siasatan ke atas kira kira 100 salah laku dilakukan Man City berkaitan pelanggaran FFP / Financial Fair Play.

Jika didapati bersalah, kelab itu berdepan dengan hukuman berat termasuk pemotongan mata.

Selain itu, kesalahan FFP juga akan membuatkan Man City berdepan hukuman lain seperti dilarang mendaftarkan pemain baharu, dilarang bermain di UCL dan dilarang untuk melanjutkan kontrak pemain.

Sebelum ini Man City pernah dituduh melakukan kesalahan yang sama. Namun mereka berjaya melawan kes itu di CAS dan menang.

Akhirnya mereka mengelak daripada larangan bermain di UCL 2 tahun dan larangan membeli pemain baharu.

Beberapa tahun lalu, laman whistleblower Del Spieger mendedahkan City menipu dalam laporan kewangan mereka.

Memalsukan data penaja, dengan disyaki mewujudkan sendiri syarikat tajaan itu untuk mengaburi mata UEFA.

Perkara itu dinafikan Man City yang mengancam mengambil tindakan perundangan kepada wartawan Del Spieger yang membocorkan salinan dokumen mereka kepada umum.

Manchester City sebenarnya telah digantung daripada menyertai Liga Juara Juara Eropah, dan didenda €30 juta (£25 juta) oleh UEFA.

Kenyataan tersebut telah pun diumumkan secara rasmi oleh UEFA pada masa itu,

Manchester City dihukum berat sebegitu rupa, selepas mereka didapati melakukan kesalahan serius oleh UEFA. Penggantungan tersebut berkuat kuasa untuk musim 2020/21 dan 2021/22.

UEFA menyatakan, penggantungan Man City daripada Liga Juara Juara Eropah ini menunjukkan bahawa tegasnya UEFA dalam hal hal berkaitan dengan piawaian FFP.

Sebelum ini terdapat penyebaran dokumen yang dibocorkan menyatakan bahawa Man City melakukan pelbagai salah laku.

Man City didapati bersalah oleh UEFA selepas siasatan oleh Club financial control body (CFCB) Kerana pelbagai kesalahan termasuk pemalsuan dokumen tajaan dan keuntungan.

Dokumen tersebut dibocorkan oleh Der Spiegel pada November 2018. Berdasarkan informasi dan email yang dibocorkan, ia menunjukkan pemilik kelab, Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan sebenarnya yang menyuntik sebahagian besar dana tajaan.

Ini termasuk tajaan jersi, stadium dan akademi.

Pada korang yang tak faham. Dia macam ni. Pemilik kelab tak boleh sewenangnya menyuntik dana. Sebab FFP bak bagi persaingan lebih adil iaitu dengan menjana keuntungan menerusi operasi bola sepak.

Pemilik hanya boleh menyuntik dana dalam sejumlah yang ditetapkan sahaja.

Kalau tiada peraturan macam ni. Dan hanya bergantung kepada kekayaan owner, maka pemilik yang kaya raya akan memiliki kelebihan.

Dalam kes City, pemilik dia berselindung di sebalik tajaan dan menyuntik dana sebanyak mungkin untuk kelab menerusi penajaan yang dipalsukan.

Manchester City sudah memberitahu mereka sangat kecewa namun tidak terkejut dengan keputusan UEFA.

Mereka kemudia merayu di mahkamah timbang tara antarabangsa (CAS) selepas ini dan cuba memastikan Man City dapat beraksi di pentas tertinggi Eropah.

Dan mereka menang di mahkamah rayuan.

Pada hari ini, City berdepan dengan tuduhan yang sama sekali lagi.

Martyn Ziegler turut menyatakan bahawa kesalahan kali ini melibatkan kira kira 100 pertuduhan sejak 2009.

Dan jika mereka dibuktikan bersalah, City juga berpotensi ditolak mata dalam liga. Lebihb teruk mereka berisiko disingkirkan dari EPL sekalipun.

 

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai