Man United Bagi Amaran Agar Ronaldo Ubah Perangai Atau Ditamatkan Kontrak!

Manchester United tidak gembira dengan kelakuan Cristiano Ronaldo dan mengancam akan menamatkan kontrak pemain itu jika dia tidak mengubah sikapnya.

Sky Sports melaporkan bahawa Cristiano Ronaldo masih tidak menggambarkan bahawa dia benar benar mahu terlibat dalam projek baharu Manchester United bersama Erik Ten Hag.

Ronaldo sebelum ini dilihat kurang gembira dengan arahan taktikal Erik Ten Hag pada aksi pra musim. Dan kemudian balik awal pada hari tersebut. Membuatkan Erik Ten Hag dengan terbuka menyatakan bahawa kelakuan seperti itu adalah tidak boleh diterima dalam Manchester United.

Ronaldo diletakkan di bangku simpanan untuk perlawanan pertama EPL kerana dia tak cukup bersedia dari segi taktikal, menurut Ten Hag.

Ini selepas pemain itu terlepas aksi pra musim di Asia dan Australia.

Dalam perlawanan tersebut, Ronaldo juga dilihat menunjukkan kekecewaannya ke arah David De Gea yang melakukan kesilapan yang membenarkan lawan mendapatkan gol.

Selepas aksi berdepan dengan Brentford, Ronaldo dilaporkan saling bertikam lidah dengan seorang pegawai Man United dipercayai Steve McLaren yang meminta pemain itu pergi ke arah penyokong United.

Pemain pemain lain pergi ke seksyen penyokong tempat lawan dan meminta maaf di atas prestasi mereka. Namun Ronaldo menolak untuk berbuat begitu dan terus menuju ke terowong.

Ronaldo turut dikatakan masih lagi mahu keluar dari Manchester United pada jendela perpindahan kali ini untuk bermain di UCL.

Laporan terbaru ini pastinya mengejutkan ramai, kerana sebelum ini Ronaldo pernah meminta penamatan kontrak bersama dengan Manchester United. Tetapi kelab itu menolak kerana mereka masih memerlukan Ronaldo.

Manchester United turut berkeras menyatakan bahawa Ronaldo bukan untuk dijual. Ronaldo yang berusia 37 tahun sudah menyerahkan transfer request kepada kelabnya. Namun tidak dilayan.

Lagipun pada masa ini, tiada tawaran diterima untuk Ronaldo. Hanya tawaran daripada Arab yang benar benar konkrit. Namun pemain itu tak mahu ke Arab kerana mahu bermain di UCL.

Kini Manchester United meminta Ronaldo untuk mengubah sikapnya atau kelab terpaksa menamatkan kontrak pemain itu. Kontrak semasa Cristiano Ronaldo masih berbaki semuism dengan pilihan lajutan setahun lagi.

 

Baca yang lain