Man United Cuba Sedaya Upaya, Namun De Jong Mahu Kekal Di Barcelona

Frenkie De Jong menyatakan bahawa dia mahu terus kekal di Barcelona. Pemain tengah antarabangsa Belanda itu dekatkan dengan perpindahan ke Manchester United.

De Jong merupakan pemain tengah Barcelona dan juga pemain antarabangsa pasukan Belanda. Sudah tentunya dia menepati segala profile yang dicari Ten Hag.

Walaupun menarik minat daripada Man United. Tetapi pemain itu dengan tegas menyatakan bahawa dia selesa dan bahagia di Barcelona. Lebih lebih lagi kelab itu merupakan kelab impiannya dari kecil.

Dipetik dari sumber Fabrizio Romano, De Jong berkata: “Saya memilih untuk terus kekal di Barca. Saya dah kata kan sebelum ni kan? Barcelona adalah kelab impian saya.”

Ditanya tentang sama ada kelab lain ada membida atau menghubunginya, De Jong berkata: “Kontak dengan kelab lain? Saya tak nak lah bersama tentang khabar angin lagi. Saya selesa di Barcelona.”

“Selagi lagi tiada persetujuan dicapai maka tiada yang rasmi.”

Barcelona dilaporkan berdepan masalah kewangan yang kritikal sekali lagi. Walaupun mereka sudah cuba sedaya upaya menyusun atur semula perbelanjaan kelab.

Barcelona berdepan risiko gagal mendaftarkan beberapa pemain bintang mereka. De Jong berkata:

“Kelab tak beritahu saya apa apa pun? Mereka tak ada mencadangkan apa apa kepada saya.”

Sumber yang sama juga mendakwa bahawa Manchester United masih sesuai upaya cuba memastikan perpindahan De Jong ini dapat direalisasikan.

Ini kerana Man United mahu membuktikan kepada pengurus baharu Erik Ten Hag bahawa mereka serius mahu membantu pengurus itu membina pasukan kuat mengikut kehendaknya.

Ten Hag sangat mahukan De Jong pernah menjadi nadi pasukannya ketika di Ajax sebelum dijual ke Barcelona.

Ten Hag perlu menguatkan bahagian tengah pasukannya. Ini kerana Manchester United sudah kehilangan Nemanja Matic dan juga Pogba yang tak ada tanda tanda dia akan terus bersama United musim hadapan.

De Jong mengakui dia ada mendengar berita tersebut menerusi laporan media. Tetapi dia tidak menganggap ianya perkara yang sahih kerana tiada perkara yang rasmi setakat ini.

Baca yang lain