Man United Mahu Jual Wan Bissaka £40 Juta (No Nego Atau Joy)

Aaron Wan-Bissaka nampaknya bakal menamatkan kariernya di Manchester United lebih awal.

Pemain pertahanan kanan itu dilaporkan berada dalam senarai untuk dijual oleh Man United pada akhir musim ini.

Ini selepas Erik Ten Hag tidak pasti sama ada Wan Bissaka sesuai dengan corak permainan yang dikehendakiokanya.

Bissaka gagal meyakinkan Rangnick dan Ten Hag

Wan-Bissaka adalah salah seorang pemain yang dibawa masuk oleh Ole Gunnar Solskjaer ketika menjadi pengurus.

Di mana pada ketika itu, Manchester United membayar sekitar £50 juta kepada Crystal Palace untuk membolehkan pemain pertahanan itu menyertai mereka di Old Trafford.

Ketika di Palace, Wan Bisssaka menjadi rebutan banyak kelab bersar. Dia membina reputasi luar biasa. Malah pada mula dia menyertai Man United, peminat Man United membandingkannya dengan Trent Alexander Arnold, Joao Cancelo dan Reece James sebagai antara bakat fullback di EPL.

Pada era Solskjaer, Wan-Bissaka sentiasa menjadi pilihan pertama. Namun, sejak Manchester United dikendalikan oleh Ralf Rangnick, dia mula disingkirkan daripada skuad Red Devils.

Rangnick dikatakan tidak gembira dengan prestasi Wan Bissaka secara taktikal. Dan dia lebih menggemari Diogo Dalot untuk bermain di posisi tersebut.

Sky Sports melaporkan bahawa, keadaan ini tidak akan berubah dalam era Erik Ten Hag. Malah pengurus itu dilaporkan sedia menjual pemain pertahanan itu pada musim panas.

Agak mustahil untuk Ten Hag menyimpan pemain bernilai GBP50 juta di bangku simpanan jika ada kelab lain mahukannya.

Menurut laporan yang sama, Wan-Bissaka bukan sebahagian daripada rancangan Erik Ten Hag.

Wan Bissaka tidak menepati taktikal Ten Hag

Pengurus berusia 52 tahun itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan corak permainan pemain pertahanan itu. Beliau menganggap Wan-Bissaka tidak sesuai dengan taktikalnya yang memerlukan bek sisi yang progresif seperti mana Kyle Walker di Man City dan juga Trent Alexander Arnold di Liverpool.

Itulah sebabnya Ten Hag merancang untuk melepaskannya pada musim panas ini dan mencari pemain bek sisi ofensif yang baharu untuk dibawa masuk.

Laporan yang sama menyebut, Manchester United mahu segera menjual pemain itu kerana memikirkan soal baki kontraknya yang akan mempengaruhi nilai pasaran pemain itu.

Man United mahukan harga sekurang kurangnya GBP 40 juta untuk Aaron Wan Bissaka

Namun begitu, Man United tidak akan menjual murah pemain itu. Mereka sedia meminjamkan pemain itu terlebih dahulu dengan klausa pembelian tetap dimasukkan. Ini untuk membolehkan mereka mendapat bayaran yang mereka mahukan.

Kerana United yakin Wan Bissaka akan mampu menjadi pemain yang menyerlah di dalam pasukan lain.

United meminta sekurang kurangnya £40 juta untuk kelab yang mahukan Wan Bissaka.

Wan Bissaka dikenali dengan gaya permainannya yang agak klasik. Di mana dia suka bertahan dengan lasak dan membentes lawannya dengan segera.

Gaya permainan itu tak sesuai untuk pasukan yang cuba bermain dengan garisan tinggi.

Selain itu Wan Bisssaka dilihat tidak mempunyai kreativiti ataupun variasi hantaran berkualiti yang baik.

Jika dijual, ke manakah destinasi seterusnya Wan Bissaka? Bisakah Bissaka mendapatkan semula reputasinya sebagai salah seorang fullback paling berbisa?

Ramai juga peminat Man United tumpang sedih dengan Wan Bissaka. Ini kerana dia dianggap pemain yang masih muda dan memiliki segala potensi untuk menjadi fullback elit di dunia.

Malangnya di Man United dia tidak dapat dibangunkan dengan baik, sama seperti pemain pemain lain.

Ada juga yang merasakan bahawa Aaron Wan Bissaka mungkin harus diberikan peluang lagi membuktikan dirinya, terutama sekali dalam sistem bek bertiga.

Baca yang lain