Manchester United Masih Dalam Persaingan Merebut EPL Dan Piala FA Kata Ten Hag

Manchester United menyingkirkan cabaran Wigan dalam aksi pusingan ketiga Piala FA 2023/24.

Man United menang 2-0 dalam perlawanan tersebut yang Ten Hag rasa pasukannya harus menang dengan jumlah gol lebih besar.

Dua gol Red Devils dijaringkan oleh Diogo Dalot dan gol penalti oleh Bruno Fernandes.

Bercakap kepada wartawan sebelum perlawanan, Ten Hag menjelaskan bahawa pasukannya masih bersaing dalam perebutan dua piala utama iaitu Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.

Ini selepas United disingkirkan daripada Piala Liga dan Liga Juara Juara Eropah.

Ten Hag mengingatkan semua pihak bahawa Man United masih berada dalam perebutan 2 trofi musim ini.

Mereka masih bersaing untuk merebut Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.

Dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Man United kini berada di tanggan kelapan dalam carta. Mereka dibezakan dengan 14 mata daripada pendahulu liga Liverpool.

Dan dalam saingan Piala FA mereka menempah tempat dalam pusingan keempat. Di mana mereka akan menentang pasukan divisyen bawahan sama adan Eastleigh atau Newport Country.

Ten Hag berkata: “Jadi kami masih ada dua trofi untuk kami mainkan. Kami akan bermain dalam persaingan Liga Perdana Inggeris dan dalam Piala FA.”

 

Ten Hag turut bercakap tentang pertemuannya dengan Sir Jim Ratcliffe dari INEOS.

Ten Hag berkata: “Tentang perbincangan saya dengan INEOS, saya berasa sangat hebat selepas pertemuan itu. Saya tertarik dengan personaliti dan idea mereka yang akan memberikan kesan kepada proses yang mereka mahu terlibat.”

“Jadi saya sangat positif tentang perkara itu dan saya yakin ianya akan memberikan manfaat kepada Man United.”

Rata rata peminat United merasakan sasaran terbaik United musim ini dalam EPL adalah dengan cuba merebut slot  untuk ke UCL musim hadapan.

Ten Hag kini semakin hampir mendapatkan semula beberapa lagi pemainnya yang sebelum ini cedera. Lisandro Martinez dan Casemiro sudah kembali berlatih bersama pasukan.

Rasmus Hojlund pula dah kembali semula selepas dia disisihkan kerana tidak sihat sebelum ini.

Man United bagaimanapun akan kehilangan khidmat Andre Onana selepas ini yang akan pergi untuk bermain di Piala Negara Negara Afrika.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai