‘Masih Meratapi Kegagalan Ke Real Madrid Punca De Gea Banyak Kesilapan’

Penjaga gol legenda pasukan Manchester United itu Peter Schmeichel merasakan bahawa David de Gea melakukan terlalu banyak kesilapan.

Peter Schmeichel berpandangan bahawa David De Gea jelas sekali ada sesuatu yang mengganggu fokusnya di dalam padang.

Peter Schmeichel menyatakan bahawa, David De Gea melakukan terlalu banyak kesilapan sejak akhir akhir ini.

Terbaru David De Gea melakukan kesilapan ketika berhadapan dengan Everton. Di mana beliau telah melakukan sepakan yang terkena Dominic Calvert-Lewin.

Jelas sekali kesilapan itu berpunca daripada hilang konsentrasi di dalam padang. Membuatkan pasukan lawan mendapat gol.

Peter Schmeichel menasihati pemain yang memenangi 4 anugerah Pemain Terbaik Tahunan Man Utd itu agar meningkatkan lagi permainannya.

“Untuk kelab besar, anda tidak boleh melakukan kesilapan seperti itu.”

“Dalam tujuh perlawanan, 7 kesilapan daripada De Gea ketika menjaga gol membuatkan kelab keciciran mata. Itu bagi saya terlalu banyak daripada seorang penjaga gol Man United.”

“Dan inilah perkasa yang harus diperbaiki De Gea. Beliau harus keluarkan permainan terbaiknya.”

“Beliau perlu fokus dengan lebih baik lagi.”

Peter Schmeichel juga berpendapat bahawa fokus De Gea mulai terganggu selepas gagal memeterai perpindahan mega ke Real Madrid sebelum ini.

Dan selepas itu Real Madrid mendapatkan Thibaut Courtois. Beliau akhirnya setuju dengan kontrak lanjutan di United dengan gaji paling tinggi untuk penjaga gol.

De Gea merasakan dirinya terperangkap di Man United dan terpaksa membantu kelab untuk bangkit semula dengan membina semula kelab dari bawah.

Sedangkan kariernya ketika itu sudah stabil sebagai antara penjaga gol terbaik dunia.

“Saya rasa kekecewaan beliau tidak akan pergi ke Real Madrid pada masa itu, menguatkan beliau berasa seperti dia terperangkap di sini, terpaksa membina semula pasukan, rasa tidak selamat di pertahanan – ada banyak perkara yang berlaku.”

“Tetapi, saya fikir dengan pengalaman yang beliau ada, dia sepatutnya lebih tenang berhadapan situasi seperti ini dan memastikan setiap perkara dapat diatasi dengan.”

Namun Peter Schmeichel merasakan David De Gea patut lebih baik mengendalikan keadaan. Dan fokus semula kepada aksi di atas padang.

“Dalam situasi tertentu, jika sesuatu perkara itu tidak berlaku, maka mereka mula memberi tumpuan kepada aksi mereka di atas padang.”

“Apabila ada orang mulai membincangkan ada sesuatu pada persembahan kamu, maka kamu mulai percaya bahawa memang ada masalah. Itu yang kita dapat tengok pada situasi David De Gea.”

Selepas aksi berhadapan dengan Everton, Ole Gunnar Solskjaer memberikan jaminan bahawa penjaga gol itu tetap pilihan nombor satu.

Ole menegaskan David De Gea masih penjaga gol terbaik di dunia. Beliau masih percayakan David De Gea 100%. Meskipun ada pihak cuba mempersoalkan, kesilapan De Gea menentang Everton; adakah ini petanda De Gea bakal digantikan dengan Dean Henderson musim hadapan sebagai no.1.

Apa komen korang? Setuju dengan Peter Schmeichel?

Baca yang lain