Masih Sayangkan United, Glazers Kini Berat Hati Nak Jual United

Penjualan Manchester United kini menemui halangan. Ini selepas keluarga Glazer dikatakan tidak serius dalam perkara itu.

Seperti yang diketahui, Manchester United masih sibuk dengan pencarian pemilik baru setelah Keluarga Glazer mengumumkan penjualan klub sejak November 2022 lalu.

Perkara itu diumumkan dalam laman rasmi kelab. Di mana antara isu yang digariskan adalah pembangunan semula Man United termasuk Old Trafford.

Tetapi dalam kenyataan tersebut keluarga Glazer berterus terang menyatakan mereka mempertimbangkan untuk mencari rakan niaga dan juga bersedia menjual sepenuhnya kelab, jika ada tawaran menarik.

Beberapa bulan kemudian keluarga Glazers mengarhkan sebuah firma mengendalikan proses bidaan pemilikan baharu kelab.

Dan setakat ini, sudah ada beberapa pihak yang benar benar berminat dan mengemukakan bidaan mereka.

Mereka adalah Jassim bin Hamad Al Thani dan Sir Jim Ratcliffe.

Sebelum ini ramai menjangkakan Glazers sedia menjual Man United dengan nilai sekitar £4 billion ke £5 billion.

Selepas Glazers dikatakan menjadikan harga penjualan kelab Chelsea sebagai penanda aras harga Man United. Dan pastinya mereka mengharapkan yang lebih tinggi. Kerana Man United memiliki status yang lebih besar daripada Chelsea.

Chelsea sebelum ini dijual dengan harga £4.25 juta kepada Todd Boehly.

Dan kini pembida kelab Man United dikatakan terkejut apabila keluarga Glazers sebenarnya mengharapkan bidaaan yang diterima adalah £6 billion.

Nilai semasa Manchester United ialah £3.75 juta.

Avram Glazers kemudian menyatakan bahawa proses bidaan itu dibuka tidak semestinya untuk menjual kelab itu sepenuhnya, tetapi ia juga boleh digunakan untuk mencari rakan pemilik baharu yang bersama sama memajukan Man United.

Ben Jacobs dari CBS menyatakan bahawa keluarga Glazers terharu dengan sambutan yang mereka terima sejak mereka membuka bidaan. Namun sekali lagi menegaskan, tidak semestinya mereka mahu menjual Man United.

Ramai pakar berpendapat, Glazers tidak terdesak menjual Manchester United berbanding dengan situasi di Chelsea sebelum ini yang ada faktor peperangan di Ukraine yang menjadi punca.

Keluarga Glazers menyatakan bahawa mereka masih lagi bersemangat mahu memiliki Manchester United dan terus melabur dalam pembangunan kelab itu.

Kejayaan Manchester United menjuarai Piala Carabao baru baru ini membuatkan Glazers benar benar yakin bahawa mereka sedang berada di landasan yang betul untuk mengembalikan semula kegemilangan Manchester United.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai