Maurizio Sarri Minta Lawan Barcelona Pada Pusingan 16 Akhir

Pengurus Lazio Maurizio Sarri berharap pasukannya diundi menentang Barcelona pada aksi pusingan 16 akhir Liga Juara Juara Eropah.

Lazio mara daripada kumpulan E sebagai naib juara kumpulan di belakang Atletico Madrid. Dan Barcelona pula mara sebagai juara kumpulan H dengan kelebihan rekod head to head selepas terikat mata dengan Porto.

Jadi Maurizio Sarri benar benar berharap Lazio akan diundi menentang Barcelona pada pusingan seterusnya.

Sarri berkata, dia tidak pernah menentnag Barcelona dalam kariernya sebagai pengurus. Dan ini adalah peluang terbaik untuk dia berbuat demikian.

Sarri menjelaskan: “Saya nak lawan Barcelona pada pusingan 16 akhir Liga Juara Juara Eropah, jujur.”

“Itu akan jadi pilihan saya memandangkan saya tak pernah berdepan Barcelona sebagai pengurus dan ia akan menjadi pengalaman yang hebat.”

Barcelona berjaya memperbaiki prestasi mereka di UCL selepas bergelut pada musim lalu. Walaupun dirundung dengan masalah kewangan dan kekangan FFP, mereka masih mampu menjuarai La Liga musim lalu dan berjaya meneruskan kemaraan dalam UCL musim ini.

Lazio musim ini tidak berada dalam prestasi terbaik mereka di kancah Serie A. Di mana skuad Sarri sudah menelan 6 kekalahan setakat ini. Berada di tangga ke-10. Namun mereka sebenarnya masih 4 mata dari Roma yang berada di tangga keempat.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi