Maxi Lopez Sindir Kak Wan Yang Umum Berpisah Dengan Icardi: “Karma Tu Wujud Ke Tak?”

Bekas suami Wanda Nara, Maxi Lopez menyindir Wanda Nara dalam satu muat naik ringkas di media sosial.

Di mana Maxi bertanya: “Adakah karma itu wujud?”

“Ya atau Tidak”

Maxi Lopez pastinya teringat peristiwa dia dikhianati oleh Wanda Nara yang tergilakan Mauro Icardi satu ketika dahulu.

Wanda Nara dipanggil kak Wan je di kalangan rakan rakan sekerjanya. Tak percaya tengok komen daripada rakan sama pengamal media dengan dia.

Berbalik kepada kisah Lopez…

Pada masa itu Maxi Lopez merupakan suami kepada Wanda Nara. Dia membantu Icardi menyesuaikan diri dengan kehidupan di Eropah. Icardi masa itu masih muda dan dia menumpang di rumah Maxi Lopez.

Maxi Lopez menganggap Icardi seperti adiknya sendiri. Persahabatan mereka sangat utuh.

Namun di belakang beliau, Icardi telah menggoda Wanda Nara. Dan kemudian menjalinkan hubungan sulit.

Wanda Nara kemudian meminta cerai daripada Maxi Lopez. Ianya kerana Icardi! Namun Icard dan Wanda Nara menafikan mereka ada hubungan sulit ketika Wanda Nara masih bergelar isteri Maxi Lopez.

Maxi Lopez mengetahui itu semua dusta belaka kerana mereka berdua memang bermain cinta di belakangnya.

Icardi yang semakin meningkat naik memiliki karier lebih baik dan gaji lebih besar. Itu yang membuatkan Wanda Nara memilih untuk curang demi mengejar wang, kata Lopez.

Seterusnya, pasangan Mauro Icardi dan Wanda Nara juga melarang Maxi Lopez bercakap dengan anaknya.

Baru baru ini, Wanda Nara mengamuk di media sosial kerana mendapat tahu suaminya Icardi sekali lagi menggatal.

Wanda Nara mendapati Icardi curang dengan dia. Di mana Icardi menjalinkan hubungan dengan super model Argentina, China Suarez.

Wanda Nara menyindir Icard: “Adakah kau nak hancurkan satu lagi keluarga demi betina gatal.”

Wanda Nara kemudian memuat naik gambar dia tanpa cincin kahwin.

Icardi memujuk Wanda Nara kembali ke pangkuannya. Namun tiba tiba, Icardi juga meletakkan syarat, jika Wanda Nara pulang, dia harus menuruti syarat khas itu.

Antaranya, Wanda Nara dilarang menggunakan media sosial peribadinya. Seterusnya, Wanda Nara dilarang terbang menggunakan jet mereka tanpa ada Icardi bersama. Ini agak mustahil kerana Wanda Nara berulang alik dari Paris ke Itali. Dia bekerja sebagai hos tv di Itali.

Bukan itu sahaja, Icardi mengugut akan menamatkan kontraknya dengan PSG jika Wanda Nara tak nak kembali. Wanda Nara merupakan ejen kepada Icardi. Dia bertanggungjawab dalam soal salah laku dalam kontrak kliennya itu.

PSG sampaikan sanggup memberikan cuti khas kepada Icardi hanya kerana memberikan peluang kepada Icardi menyelesaikan kes curangnya itu.

Beberapa hari lalu, Wanda Nara memuat naik gambar dia dan Icardi bersama dengan anak anaknya. Membuatkan ramai merasakan bahwa pasangan ini sudak berbaik semula.

Namun kemudian, Wanda Nara dilaporkan mengumumkan bahawa dia berpisah dengan Mauro Icardi.

Tapi harus diingat pasangan ni suka buat kejutan. So tengoklah apa jadi lepas ni. Mereka digelar Icardashians kerana suka dengan drama drama serupa ini.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu