Detik Mayweather Buka Aib McGregor, Akui Saja Je Melayan Agar Pertarungan Nampak Menarik

Rumah siap pahat masih berbunyi walaupun sudah bertahun. Itu sudah lumrah, terutama sekali melibatkan perkara-perkara yang besar. Beberapa tahun lalu, dunia menyaksikan pertarungan tinju mewah di antara Conor McGregor dan Floyd Mayweather.

Ianya memerlukan McGregor untuk crossover ke acara tinju

Legenda tinju Floyd Mayweather menang dalam pertarungan tersebut dan mengumumkan persaraan dengan rekod kemenangan 100%. Beliau memberitahu yang beliau boleh menamatkan McGregor lebih awal dan membelasah jaguh UFC tersebut.

Tetapi Mayweather terpaksa ‘melayan’ McGregor di atas ring untuk menampakkan pertarungan itu kelihatan sengit dan peminat yang hadir tidak rasa sesia membeli tiket kalau dia menamatkan Conor McGregor pada pusingan pertama.

Mayweather juga memberitahu, tindakan beliau telah membuatkan McGregor kelihatan seorang yang bagus dalam tinju.

McGregor berjaya melancarkan tumbukan lebih banyak daripada Manny Pacquiao ke atas Floyd Mayweather. Semuanya berlaku kerana Mayweather yang sengaja melayan McGregor ujar petinju rekod sempurna tersebut.

Malah ramai juga peminat Mayweather terperasan dengan gaya pentinju itu yang sengaja membuka badannya untuk ditumbuk McGregor.

Selain itu, Mayweather tidak mengambil beberapa peluang untuk melakukan hook, uppercut dan sebagainya apabila McGregor membuka mukanya.

Mayweather menewaskan McGregor pada pusingan ke-10. Dan beliau memuat naik satu video pengakuan yang pastinya mengguris hati Conor McGregor.

Mayweather berkata: “Saya nak beritahu anda semua perkara yang benar. Anda semua tahu tak yang saya melayan McGregor untuk menampakkan pertarungan itu menarik di mata anda semua.”

Sebelum ini juga, Conor McGregor menyatakan yang beliau akan menewaskan Mayweather jika ada pertarungan ulangan. Ini kerana sebelum ini adalah pengalaman pertama beliau di gelanggang tinju, itupun beliau mampu bertahan sehingga ke pusingan ke-10.

Mayweather berang dengan kenyataan itu dan menganggap McGregor suka merengek selepas kalah. Floyd Mayweather berkata:

“Benda macam ini membuatkan saya nak gila, saya kan sudah bersara. Jika saya bertarung satu lagi pertarungan, saya tetap akan tetap menang. Buang masa untuk saya kembali daripada persaraan untuk perkara seperti itu.”

Conor McGregor tidak terlibat dalam sebarang pertarungan lagi sejak daripada pertarungan tersebut sehinggalah pada 2019, di mana McGregor kembali ke Octagon dan menang ke atas Donald Cerrone.

Beberapa hari selepas kenyataan berang Mayweather itu, Manny Pacquiao sudah menghantar pelawaan kepada Mayweather jika beliau mahukan perlawanan tinju sebenar.

Ini kerana menurut Pacman, McGregor jelas sekali bukan lawan sebenar Mayweather di gelanggang tinju.

Namun kem Mayweather masih belum memberikan apa-apa respon ke atas cabaran tersebut yang sudah dibangkitkan Pacman sejak beberapa tahun lalu lagi sehingga kini.

Malah Mayweather dilaporkan sudah beberapa kali berlatih pertarungan UFC dan dikaitkan dengan rematch dengan McGregor dengan dia pula ke Octagon.

Baca yang lain