McGregor Anggap Khabib Biadap Dan Tak Hormat Atlet Lain

Conor McGregor telah membalas balik kenyataan panas oleh Khabib Nurmagomedov kepadanya setelah kekalahannya di tangan Dustin Poirier.

Seteru peritnya itu sengaja menabur garam pada lukanya dengan mengkritik tindakan McGregor yang menukar pasukan kejurulatihannya dan menyingkirkan rakan sparringnya sebelum ini.

Menurut Khabib, mereka itu semua yang menjadikan McGregor menjadi juara dunia,

Khabib berkata: “Inilah padah yang akan terjadi apabila kamu menukar pasukan kamu, meinggalkan rakan sparring yang menjadikan kamu juara. Dan kemudian sparring dengan budak mentah, jauh daripada realiti.”

Dan ketika ditanya oleh wartawan dalam wawancara pasca-pertarngan mengenai respon daripada petarung Rusia itu, McGregor membalas Khabib:

“Pasukan saya adalah pasukan yang sama sejak hari pertama, saya tidak mengubah apa-apa.”

“Apa yang ada sekarang itulah dia. Tolong hormati atlet lain.”

“Itulah karakter lelaki itu, jelas sekali, di sebalik topengnya.”

“Apa yang dia mahu buat sekarang? Dia mahu kembali atau tak? Kerana dia tak mampu menghayunkan sepakan.”

“Saya bertarung sengit dengan Dustin dan memberikannya masalah. Lihat sedikit beberapa detik dalam pertarungannya. Macam saya katakan, gaya seseorang itu mencorakkan pertarungan ini.”

“Setiap pertarungan adalah berbeza. Sebab itulah prestij ini cuba dipertahankan oleh semua orang. Tapi saya tak mempertahankannya, sama ada seseorang itu menang atau kalah banyak kali. Setiap petarung ada gaya pertarungan tersendiri.”

“Dan gaya pertarungan Dustin hari ini, dia bertarung dengan kelasakan, pengalaman dan leg kick yang menjadi senjata utamanya sekarang.”

“Saya akan mengubah diri saya, dan saya akan meneruskan perjuangan. Jika Khabib terus mahu memberikan komen biadap, ayuh kembali dan bertarung sekali lagi kawan. Saya sedia untuknya.”

“Itulah cara bercakap dengan bertarung. Jika kamu nak kembali, kembali sahaja. Kamu cuba dan lakukannya!”

Dana White berkongsi kisah beliau berbincang dengan Khabib Nurmagomedov berkaitan dengan potensi petarung itu kembali semula ke octagon.

Dan beliau berharap aksi menarik pada UFC kali ini boleh membawa “The Eagle” kembali ke octagon. Namun keadaan sekarang White menegaskan ianya agak mustahil.

Selepas kekalahan McGregor, White berkata:

“Dia berkata kepada saya, ‘Dana, jujur ​​pada diri sendiri. Saya berada jauh dari tahap petarung petarung ini dan mengalahkan mereka’.”

Dana White menambah:

“Tapi itu tidak terdengar sangat positif [untuk melihat Khabib kembali], jadi kita akan lihat. Tetapi apa yang saya katakan sebelumnya – dia tidak akan mempertahankan gelarannya. ”

Nurmagomedov telah pun menyerahkan kejuaraannya yang dimenangni ketika menentang Justin Gaethje di UFC 254.

Di mana beliau ketika itu melanjutkan rekodnya kepada 29-0.

Baca yang lain