Media Indonesia Anggap Panggilan Arif Aiman Satu Petanda Bahaya Buat Garuda

Arif Aiman rasminya dipanggil untuk menguatkan skuad kebangsaan. Sebelum ini penggempur sayap JDT itu diletakkan dalam senarai menunggu.

Ianya telah membawa kepada banyak perdebatan. Ini kerana ramai peminat merasakan bahawa Arif Aiman selayaknya dipanggil kerana prestasi beliau musim ini.

Arif Aiman merupakan pemain utama JDT musim ini. Berjaya menyingkirkan Safawi Rasid daripada slot kesebelasan utama musim ini.

Arif Aiman membantu JDT menjuarai Liga Super dan juga menjadi naib juara Piala Malaysia 2021. Prestasi pemain muda itu menjadi sebutan kerana telah menjadi pemain sayap yang kreatif dan mampu menjaringkan gol.

Arif Aiman Tersenarai Ke Latihan Pusat Harimau Malaya.

Namun selepas beberapa pemain cedera, Tan Cheng Hoe akhirnya memanggil Arif Aiman ke dalam skuad kebangsaan.

FAM dalam kenyataan rasmi mereka berkata:

“Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah memanggil pemain Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Mohd Hanapi, 19, untuk melapor diri ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya, hari ini bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura.”

Selain daripada Arif Aiman, Kalamullah Al Hafiz turut dipanggil sebagai pemain yang mengisi slot pasukan utama daripada senarai menunggu.

Berita tersebut membuatkan media Indonesia menganggap ianya adalah ancaman kepada pasukan Indonesia. Pasukan Garuda diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan Malaysia.

Penulis laman Sukan Libero Indonesia menganggap Arif Aiman adalah pemain yang sangat bahaya dan perlu diberikan perhatian oleh Indonesia.

Dalam ulasannya penulis menyatakan:

“Arif, yang secara luas dianggap sebagai salah satu talenta paling cemerlang dalam sepak bola Malaysia, secara mengejutkan dihilangkan ketika pelatih Tan Cheng Hoe mengumumkan skuad pendahuluannya yang berjumlah 28 orang, yang awalnya bahkan tidak termasuk di antara tiga pemain cadangan.”

“Tetapi Asosiasi Sepak Bola Malaysia (FAM) mengumumkan pada hari Kamis (2/12/2021) bahwa pemain berusia 20 tahun itu dipanggil ke skuad pelatihan, sebelum secara resmi diumumkan dipilih pada keesokan harinya.”

Arif Aiman dirasakan sebagai salah satu faktor yang mungkin akan menjadi perbezaan kepada Indonesia dan Malaysia jika kedua dua pasukan bersaing merebut satu slot ke kalah mati.

Ketum PSSI Mahu Indonesia ‘Hajar’ Malaysia!

Ketua Umum (Ketum) PSSI Mochamad Iriawan meminta pasukan kebangsaan Indonesia menewaskan semua lawan pada Piala AFF 2020.

Iriawan berkata, Indonesia akan ‘menghajar’ kesemua lawan mereka dalam edisi kali ini. Lebih-lebih lagi musuh utama mereka, Malaysia dan juga jaguh Asia Tenggara Vietnam di peringkat kumpulan.

Selain Vietnam dan Malaysia, dua lagi pasukan dalam Kumpulan B bersama pasukan kebangsaan Indonesia ialah Kemboja dan Laos. Piala AFF akan berlangsung dari 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2021 di Singapura.

Pasukan kebangsaan Indonesia akan menentang Kemboja dalam perlawanan pertama pada 9 Disember ini. Kemudian, menentang Laos.

Perlawanan ketiga dan keempat adalam perlawanan hidup dan mati Timnas Indonesia menentang Vietnam, dan pada 19 Disember 2021 menentang Malaysia.

“Saya berharap kita akan menewaskan semua lawan di peringkat kumpulan. Jangan takut, anda perlu kuat mental menentang mereka! Tunjukkan pasukan kebangsaan Indonesia adalah pasukan yang kuat dalam Piala AFF 2020,” kata Ketum PSSI itu.

“Hajar (ajar) semua lawan kita, terutama sekali Vietam dan Malaysia.”

“Untuk Piala AFF 2020, kami mahu pasukan kebangsaan Indonesia menang di acara berprestij Asia Tenggara itu. Pemain mesti terus berjuang, bekerja keras, berdisiplin, dan mengikut arahan jurulatih,” jelasnya.

Sebelum memasuki Piala AFF, pasukan kebangsaan Indonesia akan mengadakan berbentuk kem terlebih dahulu di Turki. Selain itu, terdapat dua perlawanan ujian menentang Afghanistan (16 November) dan Myanmar pada 25 November 2021.

Selepas selesai urusan di Turki, pasukan bimbingan Shin Tae-yong segera berlepas ke Singapura pada 3 Disember bersama dengan 25 pemain mereka.

“PSSI terus menyokong penuh semua program daripada jurulatih Shin Tae-yong demi mencapai pencapaian terbaik pasukan kebangsaan Indonesia,” tambah Ketum yang bijaksana itu.

“Saya juga berterima kasih kepada kerajaan khususnya Menteri Belia dan Sukan, Zainudin Amali yang tidak henti-henti membantu dan menyokong penuh kami,” tutup beliau.

Iriawan berharap Indonesia akan mengakhiri penantian mereka yang masih belum pernah menjuarai Piala AFF di dalam sejarah negara mereka.

Indonesia menjadi naib juara sebanyak 5 kali di dalam sejarah. Menjadikan mereka pasukan paling banyak kalah di final Piala AFF.

Baca yang lain